Thursday, February 4, 2010

Berguling-guling macam tenggiling

Sehari je lagi, cuti pun start. Dan France adalah negara yang aku rasa banyak gila babi cuti, balik-balik cuti, balik-balik U tutup sebab orang buat mogok, balik-balik kelas kensel.



Tetapi sampai sekarang aku still merempat kat rumah orang. Jubur betul. Encik Besar Gajah kata nak mai, sebab dia pun cuti jugak, mahu berfoya-foya di bandar-bandar dekat sini sebelum berski di Grenoble. Merempat jua la anda kalau anda ke mari.



Bukan aku minat sangat pun ski ni, nak kata hobi bukan, nak kata cita-cita lagi la jauh menyimpang. Yang best main ski ni, perasaan time meluncur dengan kelajuan yang gila babi tinggi (lepas tu tak reti brek) dan perasaan time jatuh bergolek-golek (sangat best walaupun rasa sakit yang melampau).



Pemandangan time berski memang tak payah cakap la, cantik teramat, time tu memang akan terpikir 'Ya Tuhan, cantik banget ciptaan-Mu' (time tu baru nak ingat Tuhan, tipikal manusia). Kalau pegi ski, lutut aku konfem akan buat hal, lepas dua tiga round beliau akan jadi longgar semacam dan secara otomatik aku tak dapat kontrol papan ski maka bergolek-golek lah aku di situ. Best woooo.

2 comments:

K said...

butuh a banyak cuti.....ko je banyak cuti

PokaPola said...

banyak la,kalau nak banding dengan negara lain. ko je yang tek bersyukur ada cuti,haha