Saturday, February 27, 2010

Ingin tahu membunuh kucing

Sepanjang hidup aku, tak penah aku jadi se-curious semalam.



Tengah syok tidur, tetiba aku terjaga dalam pukul 4.30 pagi. Lepas tu dengar bunyi orang bising-bising kat luar rumah.



Mula-mula macam orang tengah bersembang.


Lepas tu perbualan jadi panas sikit.


Lepas tu dengar dua tiga orang lelaki menjerit.


Lepas tu dengar suara perempuan menjerit.


Lepas tu dengar diorang ramai-ramai menjerit.


Lepas tu senyap. Sunyi.


Lepas dua tiga minit diorang bising balik. Macam orang bergaduh. Tambah dengan bunyi orang ketuk pintu kuat-kuat.



Apajadah?





Aku tengok ikut tingkap rumah, haram tak nampak benda. Dan view aku dihalang oleh berketul-ketul pokok. Ingat nak keluar ke tengah jalan besar sebab aku rasa bunyi-bunyian tu dari situ. Tapi dengan sejuk haramnye dan dengan perasaan takutnye (tak pasal-pasal diorang belasah aku ke, sembelih aku ke, takpun terajang aku bertubi-tubi ke, siapa nak jawab?), aku simpan niat aku.




Bermula la episod imaginasi aku pukul 4.30 semalam, "Ada orang gaduh ke?" , "Diorang buat party ke?", "Suami isteri begaduh kot", "Maybe diorang tengah tengok match bola" (pepagi buta???), "Babi la, apa yang kecoh-kecoh tu, teringin nak tau". Kaki aku getar-getar, suruh aku keluar kejap depan rumah, pegi tengok, rekod apa yang berlaku, dan balik rumah. Tapi apakan daya, aku takut kena terajang sebab kacau tepi kain orang.




Bila tanya budak-budak yang tinggal dalam rumah ni, diorang semua cakap tak dengar apa-apa. Dah sekor-sekor tidur mampus, kalau bom jatuh pun tak dengar.







Sekarang pukul 10.30 pagi dan aku still curious, apakah yang berlaku semalam? Atau adakah aku berhalusinasi? Babi la perasaan ingin tahu ini.

3 comments:

Yuen Shue, Michelle said...

Bukan tido mati. Tapi korg snore terlalu kuat! =p

PokaPola said...

damn, u found my blog

Yuen Shue, Michelle said...

haha! too bad! =p