Tuesday, November 22, 2011

Kawan-kawan

Aku sebenarnya tak ramai sangat kawan-kawan. Sebab aku jenis pilih kawan. Kalau aku rasa macam tak ngam, so maaflah aku nak jadi kawan. Ni antara tipikal-tipikal kawan-kawan aku.


1. Yang jenis Steve Jobs. Eh arwah Steve Jobs. Kau tanya la dia apa jenis teknologi, godam, server, binari, segala mak nenek jenis gajet, beliau tahu.


2. Yang jenis producer syarikat rakaman. Rap? Pop? Rock? Hip-hop? Malahan Dondang Sayang pun beliau pakar. Nirvana? Coldplay? Snoop Dogg? Shakira? Ramlah Ram? Malahan Halwa Latip pun beliau kenal. Beliau ibarat wikipedia musik bergerak. Kau masuk nama penyanyi, lepas tu kau tekan 'Cari', maka dengarlah sejarah penyanyi tu dari penyanyi tu lahir sampailah penyanyi tu mampos. Sampaikan penyanyi yang tak mampos lagi pun beliau dah dapat ramal bila penyanyi tu akan mampos.


3. Yang jenis taknak kalah. Jenis ni yang paling banyak aku jumpa. "Semalam aku jumpa Nora Danish."
-"Kau jumpa je? Aku minggu lepas siap shisha-shisha lagi dengan Nora, kau dapat autograf dia? Aku ni, Nora yang mintak autograf aku tau! Setakat jumpa tepi Mydin macam kau tu, apalah sangat."
Jenis ni yang paling aku menyampah. Kau cakap satu, dia balas sepuluh. Manjang je dia lagi hebat.


4. Yang jenis Ziana Zain. Jenis kalau bersembang, serupa menjerit high pitch, padahal duduk sebelah. Kalau bersembang kat kedai makan, satu deret kedai makan tu pun dengar suara beliau. Aku sangat saspek bahawa jenis ini jarang korek telinga, sebab tu beliau terjerit-jerit, beliau ingat suara beliau perlahan. Padahaaaaal. Macam speaker konsert.


5. Yang jenis adik Ziana, Anuar Zain. Muka hensem nak mamp- eh silap, apahal aku describe diri sendiri pulak ni? Pui, masuk lif tekan sendiri.


6. Yang jenis Mek Zukerbek. Suapan berita dekat facebook penuh dengan nama beliau. Kejap-kejap kang beliau kongsi video, kejap-kejap kang kongsi lagu jiwang, kejap-kejap kang kongsi fatwa yang entah betul entah tak, kejap-kejap kang like itu, kejap-kejap kang like ini. Kadang-kadang bagus jugak ada kawan macam beliau, buat aku rasa bahawa ada lagi insan yang takda life kat dunia ni.


7. Yang jenis Didi Elias. Tak bukan kurus kering, ini yang jenis mulut celaka. Insurans terlebih, tu yang berani cakap ikut suka hati. Bab mencarut, beliau juara. Kalau ada yang censor mulut tuuuut macam kat TV tu, nescaya itu je yang keluar dari mulut beliau, "Eh tuuuut, kau tahu tak tuuuuut sebelah rumah aku tu dia tuuuuut tuuuut tuuuuut tuuuut."


8. Yang jenis "'Cause you're hot then you're cold, you're yes then you're no, you're in then you're out, you're up then you're down" by Kati Peri. Iman tak kuat. Hari ni kau tanya, dia on. Esok kau tanya, dia taknak. Lusa kau tanya lagi, dia on balik. Tulat kau tanya, dia cakap tengok dulu. Susah nak rancang apa-apa program dengan beliau.


9. Yang jenis *bunyi cengkerik*. Ye, yang jenis suka buat lawak, tapi lawak beliau, beliau sorang sajalah yang paham. Aku kalau gelak pun, sebab beliau yang gelak dulu, orang panggil gelak simpati. Sendiri buat lawak, sendiri gelak. Macam lori kontena. HAHAHAHA, lori kontena, kelakar gila. *bunyi cengkerik*


10. Yang jenis Najib Razak. Kalau beliau berkata-kata kau boleh nampak api keluar kat mulut beliau. Beriya-iya menyampaikan kisah yang ingin beliau sampaikan. Beliau boleh buat cerita bagaimana membuat cekodok jadi macam cerita Lord of The Rings. Dramatik, suspens, gaya tangan, sampaikan disertai dengan efek bunyi tssss tssss bunyi cekodok tu digoreng. Kalau kau ada member macam beliau, hidup kau takkan bosan, boleh beli popcorn untuk dikudap semasa beliau bercerita.




Bila aku baca balik kan. Ini macam aku tengah mendeskripsi diri sendiri. Kecuali nombor 5 tu, sah-sahlah aku lagi hensem dari Anuar Zain, HAHAHAHA, Anuar Zain, kalakar gila. *cengkerik pun taknak bunyik sebab lawak bangang nak mampus*

1 comment:

emak. bukan penari tiang said...

kesian hat no 9

sebab aku pun camtu. buat lawak orang tak gelak

babi feelingnya