Wednesday, August 10, 2011

Nombor best.

Ramai orang suka nombor.




Kalau orang cina, nombor lapan sangat best. Nombor empat sangat tak best sebab bunyi dia dekat-dekat dengan mati.




Kalau kat France, tigabelas haribulan yang jatuh pada hari Jumaat adalah sangat best. Sebab bertuah.




Kalau nak beli nombor pendaftaran kereta pun, mesti nak yang best-best. Paling best pernah aku tengok, MAT1, PEN15, dan DE1. Kau tau tak, harga nombor pendaftaran yang sangat best cecah harga sebijik kereta. Siapa-siapa pernah nampak nombor K41 or KA1,bagitau aku. Sangat best.




Kalau dalam marketing, penjual suka letak harga barangan yang ada sembilansembilan kat belakang supaya nampak best. Contoh, harga roti singgitsembilanpuluhsembilansen, harga kasut empatpuluhsembilanringgitsembilanpuluhsembilansen etc.




Kalau main bola. Penjaga gol nak nombor satu. Penyerang nak nombor sembilan, sepuluh dengan sebelas. Best. Bintang selalunya nak nombor tujuh. Pertahanan selalu nak nombor-nombor kecik macam dua tiga empat lima. Aku pakai nombor lapanpuluhtujuh. Best kan.




Kalau orang Malaysia. Suka nombor jugak. Tikam nombor. 4D, toto, damacai dan macam-macam lagilah. Tikam dekat seribu, satu pun tak kena. Betapa sukanya orang Malaysia dengan nombor.




Aku sangat suka nombor. Kalau suruh aku baca, aku akan pening kejap.

4 comments:

Kahuna said...

yang pekedai letak nombor 99 belakang tu bukan sebab nak nampak best. tapi sebab nak tipu pengguna. kalau pengguna nampak RM 14.99 dengan RM 15, diorang akan amik yang 14.99 sebab nampak lagi murah padahal tadak beza pun.

WP said...

Samalah...nampak best sebab nampak murah. :P

Lady RaRa said...

99sen tu kekonon cukai..

PokaPola said...

Hahaha, best dan murah sangat sama.