Tuesday, February 2, 2010

Galeri fayet itu


Kata nak jimat, kan dah terbeli sebuah kasut baru, dasar lupa daratan. Disebabkan aku rasa basket ni teramat kool, nafsu aku membuak-buak nak beli walaupun jenama dia haram tak penah aku dengar, PF Flyers (model Number 5). Ada disekaun, so apa lagi, angkat je lah, walaupun aku tau hujung bulan nanti aku pasti mati kebuluran. Lagipun kasut aku sebuah dah koyak dan sebuah lagi macam nak pegi majlis perkahwinan.


Asyik-asyik pakai kasut warna koko je, aku decide untuk kembali old skool dengan warna putih, hahaha, mampus nak cuci nanti. Kasut kena kool bak kata pepatah 'Dari kaki jatuh ke hati' (barula berima, ni ada pulak 'Dari mata jatuh ke hati', haram tak rima dan aku agak sensitip dengan word 'm*ta').




ps: aktiviti berbasikal mengelilingi Hamsterdamn telah dikensel, secara otomatiknya aku save 200 euro.yes.

3 comments:

fish said...

hg tau dak,kasut hang ni mcm kasut big...

PokaPola said...

WTF? serius? brand sama ka? cilakak. big bukan pakai kasut lain ka?

fish said...

hang igt dia ada SATU kasut ka??kalo amik semua baju2 dia campoq kasut2 dia,boleh buat walk in wardrobe...