Saturday, July 28, 2012

Olimpik 2012

Secara resminya Olimpik 2012 sudah bermula di Great Britian.


Ini kiranya kali pertama aku tengok upacara pembukaan dari awal sampai habis. Pengarah upacara pembukaan adalah pengarah kepada filem Slumdog Millionaire. Kagum aku dengan upacara tu.


Ada dua part paling best sepanjang upacara tersebut, satu, kemunculan Rowan Atkinson aka Mr Kacang, dan kemunculan Paul McCartney bekas ahli kumpulan The Beatles yang mendendangkan lagu berhantu sepanjang zaman iaitu Hey Jude.


Cumanya aku sedih tadi pasal kontinjen Malaysia keluar TV kejap sangat. Tak sempat nak cari muka Leong Mun Yee. Ah sedih betul aku. Dengki ah brader kamera tu! Dasar perut busuk.


Bak kata kawan aku, "Ada dua je masa umat manusia dari seluruh dunia dapat dikumpulkan, masa dekat Padang Masyar dengan masa Sukan Olimpik."


Aku rasa Olimpik tahun ni adalah peluang terakhir untuk Malaysia menang medal emas. Kamon Datuk Chong Wei, semua rakyat Malaysia di belakang Datuk!!


Mara mara mara Malaysia!!


Friday, July 27, 2012

Masak nasi

Hari tu ustaz aku ada bangkitkan satu permasalahan bahasa. Bagus ustaz aku ni, suka bercerita. Lalu pagi itu beliau bangkitkan perkara ini.


"Masak nasi."


Nampak tak apa masalah dengan ayat kat atas? Kalau ikutkan bahasa skema dewan pustaka, ayat betulnya adalah "tanak nasi". Tapi aku berani jamin ah, 99.99% rakyat Malaysia haram tak pernah pakai perkataan "tanak" kecuali di dalam ayat yang tiada kaitan dengan nasi, macam "Kita tanak kawan awak" ataupun "Aku tanak pergi Sempalit sebab situ bau busuk."


Kalau kau kaji ayat "masak nasi", ada masalah sebenarnya. Kenapa mahu masak benda yang sudah masak? Nasi tu kira dah macam benda yang siap masak, lepas tu kau suruh masak lagi. Macam kau cakap "Saya sedang menggorang ikan goreng." padahal ikan tu dah digoreng dah pun, nak goreng lagi buat apa? Kalau kau nak jugak goreng ikan yang telah digoreng, kau kena cakap "Saya sedang menggoreng BALIK ikan goreng yang telah digoreng oleh emak saya pagi tadi."


Jadi, aku berpendapat ayat yang betul adalah "masak beras". Bila beras tu dah siap dimasak, dia jadilah nasi. Baru betul.


Thursday, July 26, 2012

Aku itu tenang

Jarang pulak aku bercerita pasal diri aku dekat sini kan? Kau pasti nak tahu lebih lanjut tentang keperibadian seorang kacukan Bugis-Banjar yang super kacak ini, bukan? Baiklah, aku akan cerita sedikit. Diharap kita dapat lebih saling mengenali selepas ini, lalu berputiklah benih-benih cinta yang seterusnya disulam menjadi sebuah masjid yang indah. Seindah bunga di taman. Berlari. Berkejaran.


Sudah lah dengan intro buat-buat super romantis di atas.


Aku sukakan ketenangan. Bukannya ketenangan dalam konteks perihal peperangan. Itu kau tanya budak tadika pun beliau akan jawab peace no war make love no war brader! Bukan. Bukan yang itu.


Ketenangan yang aku maksudkan adalah ketenangan yang jauh dari hiruk-pikuk serta jauh dari kerumunan manusia. Sebenarnya, aku suka berjaga malam. Ada orang cakap berjaga malam itu satu tabiat yang tidak sihat. Aku seperti biasa, bangkang. Bila aku berjaga malam, ketenangan waktu malam membuatkan aku lebih sihat, dari segi mental. Waktu malam adalah waktu sunyi kecuali kalau rumah kau sebelah epot ataupun kelab malam. Waktu malam adalah waktu paling indah untuk berfikir. Sunyi. Sepi. Sesepi suasana jamban di waktu pagi.


Oh ya, aku juga suka lepak lama-lama di dalam jamban. Bukannya berak batu. Bukan juga tertidur ketika berak. Serta bukan juga suka melepak bersama-sama setan. Namun keindahan ketenangan ketika di dalam jamban adalah sesuatu yang tidak ternilai. Pernahkah kau dengar terma "Bilik Termenung"? Sepatutnya ianya ditukar kepada "Bilik Ketenangan". Tapi kalau kau jenis berak cirit sampai bunyi cirit kau jiran selang tiga rumah pun boleh dengar, mungkin terma itu tidak berapa sesuai.


Selain itu, aku suka pantai. Aku adalah antara spesies yang tidak pandai berenang. Setakat apungkan badan secara terbalik tu aku boleh sikit-sikit. Tapi kalau nak suruh aku berenang, memang tak pandai. Walaupun berenang itu adalah salah satu kebolehan yang agak penting, namun macam aku cakap tadi, aku tak boleh. Pantai ni beliau ada sesuatu. Jenis kalau aku pergi, aku akan rasa tak mahu balik. Mahu terus bersandar di pohon kelapa selama-lamanya. Indah. Tenang. Deruan pantai. Bayu pantai. Kehalusan pepasir.


Oleh itu, aku tak faham bila ada orang jenis pergi bercuti, beliau akan cari pasaraya besar-besar dahulu. Bagi aku, percutian adalah waktu yang digunakan untuk menenangkan fikiran, bukannya menuju ke tempat yang menyerabutkan kepala hotak dengan hiruk-pikuk kota dan keramaian manusia yang suka tolak-menolak tatkala berebut barangan Jualan Murah.


Aku dan tenang. Tenang itu aku. Aku itu tenang. Lantas aku adalah aku. Kau adalah kau. Kalau kau juga adalah tenang, maknanya kau adalah aku dan kita adalah satu.


Malulah aku nak cerita pasal diri sendiri ni. Malulah. Sudahlah super kacak, pemalu pulak tu.


Malunyeeeeeeee.


Hak.


Tuih.


Kena kepala kau setompok kahak hijau.


Tuesday, July 24, 2012

Malaysia 1-2 Arsenal

Ya saudara-saudari sekalian, jangan berkecil hati. Perlawanan di antara negara dan kelab tidak akan ada sebarang efek terhadap ranking dunia. Hanya sekadar mencari keuntungan jualan tiket serta memuaskan hati penyokong kelab tersebut.


Sebenarnya, benda ni aku rasa semua peminat bola sepak tanah air akan setuju. Malaysia lemah dari segi mental. Mental breakdown para pemain Malaysia adalah benda yang aku sangat takut di saat Malaysia mana lawan mana-mana pasukan pun. Bak kata orang "Don't chu evah count the chicken before the teloqs are hatched." Simpan dulu teloq tu, eram elok-elok, jangan jadi Mat Jenin.


Separuh masa pertama dan majoriti separuh masa kedua, Malaysia main cantik. Aku rasa, ini adalah persembahan terbaik Malaysia dalam masa dua tiga tahun ni. Bagus. Nampak ada keyakinan. Cumanya tu lah, mental tak cukup kuat.


Kau kenal Marlon Alex James? Tak kenal? Beliau dulu main dekat liga Malaysia, orang kulit hitam. Kau bayangkan loghat orang kulit hitam. Siapa faham akan loghat orang hitam dia tipu. Dah tu kenapa la setan Astro ambil beliau jadi pengulas?! Naik bernanah telinga hoi aku cuba nak faham!!! Baik kau ambil Nelson Mandela!


"Arsenal menang atas faktor nasib." katanya. Haktuih. Kalau ikut peraturan bola sepak, tiada istilah menang atas dasar nasib. Ni pepatah kedua dalam bola sepak "You make your own damn luck."


Sekian sahaja ulasan oleh pengulas tidak bertauliah namun super kacak untuk malam ini. I love you Leong Mun Yee!!!!!!


Majulah hoi sukan untuk negara!!

Jenis-jenis yang puasa atau tidak puasa

Sebenarnya aku takut-takut jugak nak tulis benda yang aku nak tulis ni. Manalah tahu takut ada yang terasa. Tapi aku jenis orang kacak yang tak ambil peduli sangat apa orang nak fikir. Jadi aku tulis je lah. Gila, intro dah macam aku nak tulis untuk mengutuk Mohd Sipulan bin Ahmad Sipulan. Jangan berfikiran negatif, intro sebegitu sengaja ditulis supaya kau lebih berminat untuk teruskan pembacaan.


Sebagai pemerhati tersohor yang super kacak, sempena kedatangan bulan puasa ni, aku dah dapat simpulkan dah jenis-jenis orang yang berpuasa di bulan yang mulia ini. Macam ni lah, kita bahagikan jenis-jenis ini kepada dua, lelaki dan perempuan, lepas tu kita pecahkan lagi lelaki dan perempuan tersebut mengikut ciri-ciri masing-masing.



1. Lelaki. Kanak-kanak.


Minggu pertama puasa : "Mak kita bagi kita satu hari satu ringgit kalau kita puasa sekerat hari. Kita semangat ni nak puasa sekerat hari!"

Minggu kedua puasa : "Kita semangat lagi ni puasa sekerat hari. Kalau campur-campur yang sekerat hari tu, dah seminggu kita puasa."

Minggu ketiga puasa : "Eleh, apa yang susah sangat puasa ni? Kita minggu ni kita puasa penuh tau!"

Minggu keempat puasa : "Minggu ni pun kita puasa penuh! Kalau campur-campur semua kita puasa tiga minggu! Banyaknyeee duit raya kitee tahun ni."



2. Lelaki. Remaja (bukan perokok).


Minggu pertama puasa: "Aku dah puasa seminggu tanpa tertewas lagi."

Minggu kedua puasa : "Panas ah minggu ni. Minggu depan ah aku puasa. Minggu ni rilek kejap."

Minggu ketiga puasa: "Malas aku nak puasa. Tak swag ah puasa."

Minggu keempat puasa: *terus pergi kepsi tapau bawak balik rumah makan dalam jamban senyap-senyap*



3. Lelaki. Dewasa (bukan perokok).


Minggu pertama, kedua dan ketiga puasa : "Sahaja aku berpuasa depan anak-anak serta anak-anak buah tetapi belakang aku bantai nasi kedai senyap-senyap. Amin"

Minggu keempat puasa : "La, lagi seminggu rupanya nak raya? Cepat masa berlalu kan? Aku nak puasa ah minggu ni."



4. Lelaki. Remaja dan Dewasa (perokok).


Minggu pertama puasa : "Seminggu beb aku tahan tak merokok di siang hari. Ada can aku berhenti merokok ni."

Minggu kedua, ketiga dan keempat puasa : "Sakit kepala dohhh, otak kenot function, kerja tak jalan. Hisap rokok kejap ah."



5. Perempuan. Kanak-kanak, Remaja dan Dewasa (bukan perokok dan perokok).


SEBULAN SEBELUM, minggu pertama, kedua, ketiga dan keempat puasa : "Nak beli baju raya. Nak beli kasut raya. Nak beli kuih raya. Nak beli skirt raya. Nak beli gaun raya. Nak beli coli raya. Nak beli spender raya. Nak beli langsir raya. Nak beli sofa raya. Nak beli peti ais raya. Nak beli bekas kaca yang nampak mahal raya. Nak beli kapet raya. Nak beli itu raya. Nak beli ini raya. Hah apa lagi raya aku belum beli ni?"




Dekat seminggu dah beb aku tahan merokok di siang hari. Ada can aku berhenti merokok ni. 








Monday, July 23, 2012

Puasa itu sedap di Malaysia

Aku ada jugak la pengalaman barang sedikit. Tak banyak pun sebenarnya. Yang aku tengok orang Malaysia, ha bila aku cakap orang Malaysia ni kau jangan pikir aku jenis suka stereotype-kan orang Malaysia, bila aku cakap orang Malaysia makananya segelintir orang Malaysia. Orang Malaysia yang jenis suka komplen bila puasa time hari panas. Lepas tu bising yang lambat lagi nak berbuka.


Heh!


Sebenarnya kalau kau nak tahu. Puasa di negara orang lagi lah perit ya amat. Selalunya, selalunya, yang aku alami lah, puasa masa musim panas. Gila kau Subuh dalam pukul dua tiga pagi, lepas tu Maghrib dalam pukul sembilan sepuluh. Kau kira. Berapa jam? Dekat dua puluh jam.


Lepas tu kalau kau nak tahu. Musim panas dekat Eropah bukannya panas yang sama macam dekat Malaysia. Kalau Malaysia punya panas, dia jenis lembab, kau tak rasa haus sangat, cuma kelaparan. Kalau dekat Eropah, jenis panas dia jenis yang kering, kau akan jadi haus gila babi. Dengan kelaparan selama dua puluh jam.


Jadi. Masih mahu komplen panas dan puasa itu lama? Tinggalkanlah tabiat itu wahai saudara-sautakdara sekalian. Sebab itulah juga aku berpendapat bahawa orang kenamaan jarang ke Eropah untuk berpuasa kerana tidak tahan. Tunggulah nanti bila bulan puasa jatuh ke musim sejuk, pasti ramai yang berpusu-pusu ke Eropah kerana Subuh pukul lapan dan Maghrib pukul enam. Pasti ramai!


Moral dekat sini adalah, negara Malaysia ni untung sebab dekat dengan garis Khatulistiwa. Waktu sembahyang (waktu Subuh dan Maghrib khususnya) tak lari jauh. Senang. Jadi bawa-bawalah bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia.


Sebab itulah jangan terkejut bila pelajar negara Eropah tidak berpuasa penuh. Bukan kerana tidak mahu. Tetapi amat lama. Tidak tahan. Kahkahkah.

Sunday, July 22, 2012

Suku abad

Dengan ini aku sudah suku abad.




Rasa tua bangka sungguh.

Friday, July 20, 2012

Ramadhan tiba lagi

Seperti yang dijangka, bulan puasa kini tiba lagi. Jangan salah anggap, bulan itu nama sahaja bulan puasa, namun tidaklah diwajibkan ke atas bulan itu untuk mengerjakan ibadah puasa, yang wajib itu ke atas manusia berugama Islam! Kejadah pulak nak suruh kucing puasa sekali kan? Kejam tak bertempat namanya tu.


Kalau diikutkan analisa aku, minggu pertama dan kedua sahaja yang betul-betul bersemangat ramai akan puasa. Minggu ketiga dan keempat tu dah kurang bersemangat. Bukan sebab apa, sebab makanan berbuka puasa dah tampak biasa-biasa aja. Murtabak sudah tampak biasa, tepung gomak sudah tampak biasa, ayam panggang sudah tampak biasa, roti jala cicah kari sudah tampak biasa, apam balik jua tampak biasa. Jadi motivasi untuk berbuka sudah semakin hari semakin kurang. Tambahan pula raya kian dekat.


Aku ada seorang makcik yang pernah berpepatah bunyinya seakan-akan begini, "Kalau sudah tiada rasa keterujaan ingin menyambut hari raya, itu maknanya hang sudah tua." Ada benarnya. Dulu masa kecil, hari raya ditunggu sebab nak bergaya pakai baju baru, nak berhimpun dengan sepupu-sepapat untuk bermain mercun, dan yang paling penting nak pusing satu kampung serang rumah orang yang haram tak kenal sambil menagih duit raya. Itu masa kecil.


Semakin meningkat dewasa, semakin umur bertambah, aku dapat jumpa satu benda yang semasa aku kecil aku tak jumpa. Ketenangan di bulan puasa. Perasan tak perasan, bulan Ramadhan terasa aman, tenang, serta jauh dari keserabutan kepala hotak. Mungkin itu rahmat di dalam bulan yang dirahmati. Mungkin juga kerana perut yang kosong membuatkan otak memperoleh bekalan oksigen yang cukup (kerana tidak perlu menghadam makanan) lantas otak menjadi segar dan tenang. Itu teori aku lah, kau tak setuju kau duduk senyap, peduli apa aku.


Dalam bulan yang penuh rahmat ni, aku ada cita-cita sikit. Nak kurangkan kadar kemencarutan serta kemengarutan. Bakat mencarut tak tentu pasal tu mungkin aku (kita semua) kena pendam kejap. Mencarut dalam hati je lah lepas ni.


Ketenangan. Itu yang aku suka pasal Ramadhan.




Dengan lafaz bismillah, saya sebagai penyimpan mohor-mohor besar di dalam kategori manusia super kacak ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada yang Islam, serta selamat berkunjung ke Pasar Ramadhan selama sebulan kepada rakyat Malaysia umumnya. Disertakan dengan pantun dua kerat tanpa rima ;


Bulan Ramadhan jangan korek hidung,
Sama-samalah kita berpuasa.


Nak pergi gugel niat puasa kejap.

Thursday, July 19, 2012

Pengalaman Asrama #2

Aku dulu bersekolah di sebuah sekolah asrama yang tak berapa terkenal, sehinggalah kemunculan seorang manusia bernama Neelofa di dada-dada akhbar yang menonjolkan dada beliau. Semenjak kemunculan beliau, entah mengapa ramai lepasan PMR menyuarakan hasrat ingin ke sekolah aku, mungkin di dalam fikiran mereka jika mereka belajar di sana, dapatlah berlakon di layar perak. Haktuih. Haktuih itu sebagai tanda jengkel kepada pemikiran mereka.


Pagi itu pagi Jumaat. Sedia maklum Jumaat adalah hari cuti bagi negeri Kedah. Secara tak langsung sekolah aku yang berada di dalam taklukan Kedah, turut sama-sama cuti. Rutin setiap pagi tidak kiralah cuti ataupun tidak, warden-warden yang rajin bangun pagi (hanya ada tiga seingat aku), akan datang ke asrama untuk mengejutkan kami dari tidur supaya ke surau untuk Subuh secara berjemaah.


Bilik aku serta lagi tiga orang rakan adalah bilik yang paling liat mahu bangun pagi untuk ke surau. Bukan apa, kami lagi senang solat secara senyap-senyap di dalam bilik. Kalau hari Jumaat? Lagilah bertambah malas, bukannya ada kelas pun. Jadi pagi itu seperti biasa kami dikejutkan oleh suara warden. Aku bangun dan menggosok-gosokkan mata, mahu memberi isyarat kepada warden itu bahawa aku sudah bangun tak perlu lagi menjerit di depan pintu bilik.


Langkah pertama yang aku lakukan adalah bangun berdiri di sisi katil, kemudian capai selimutku, lalu menuju ke arah loker member. Dengan senyap-senyap aku bersembunyi di belakang loker tersebut. Ya, aku malas pergi surau. Member aku yang lagi seorang masuk ke dalam loker beliau (loker yang aku menyorok dekat belakang tadi). Ya, KE DALAM loker. Lagi seorang? Tak dapat diselamatkan, selamba dia tidur atas katil. Lagi seorang aku tak nampak masa aku pergi belakang loker member aku, aku bajet beliau dah pergi surau. Rajin pulak. Maknanya dalam bilik aku sekarang ada tiga orang; dua orang menyorok, seorang lagi atas katil.


Yang kami bertiga pun sambunglah tidur secara berjemaah. Sehinggalah sesi jemaah Subuh di surau tamat. Ya, kami pakar dalam bab-bab tertinggal Subuh. Nampak ada tambahan 'ter' dalam perkataan 'tinggal'? Tertinggal. Kenapa kami ke tempat persembunyian masing-masing kau tanya? Sebabnya seperti rutin juga, warden akan kembali ke asrama sesudah jemaah di surau untuk menyimbah air ke muka mereka yang masih tidur. Seperti dijangka, member aku yang sedap terbaring atas katil tadi kena simbah.


Bila dia dah kena simbah, apa lagi menjerit la. Aku dah terjaga dah masa tu, tapi aku duduk senyap-senyap belakang loker member aku. Bila aku dah yakin warden tersebut dah blah, aku pun keluar. Aku, member seorang yang menyorok dalam loker, dan member yang kena simbah tadi gelak-gelak kejap dekat yang kena simbah air tu lantas pergi ke Dewan Selera untuk makan pagi.


Bila dah habis makan pagi, kami pun balik ke bilik. Lepak-lepak. Kami borak-borak sementara menunggu solat Jumaat. Lama la jugak berborak sampai ke pukul lapan setengah pagi. Kami masa tu dah konfius dah, mana hilang lagi seorang member bilik ni? Takkan makan dekat dewan tak habis-habis lagi? Lepas tu, secara tiba-tiba.


Pintu loker member aku yang dari pagi tadi menghilang tetiba terbuka. Kami pun terkejut macam celaka. Dari dalam loker keluar sesusuk tubuh dengan mata separuh celik! Aku dah fikir hantu dah! Rupa-rupanya kau tau siapa? Member aku! Member aku yang aku ingat pergi surau tadi! Beliau lagi awal masuk ke dalam loker! Lagi awal dari warden yang datang kejut!


Kau bayangkang, dari sebelum Subuh, sampai lah ke pukul lapan setengah, beliau tidur dalam loker. Kau bayangkan. Kami yang tadi tangah takut ingatkan hantu keluar dari loker, terus bantai gelak macam celaka. Gila lama kot beliau dalam loker tu!


Kau mesti ingat aku nak cerita pasal hantu kan? Yelah, ini cerita pasal hantu-hantu yang malas ke surau untuk solat Subuh.




Kisah benar.


 

Wednesday, July 18, 2012

Alihbahasa gagal

Semalam aku tengok CSI kat Astro.




"I was drunk! I had like ten shots!"


translation : "Saya sedang mabuk! Saya terkena sepuluh tembakan!"




Kahkahkahkahkahkah.

Tuesday, July 17, 2012

Tinggal ibu lumpuh di hotel bajet FINALE

Masih ingat akan kisah ini?




Tinggal ibu lumpuh di hotel bajet

Tinggal ibu lumpuh di hotel kembali




Sedekahkan al-fatihah kepada ibu tersebut yang baru meninggal dunia. Pelik jugak aku, Mac hari tu bila berita ni keluar masuk muka depan akhbar. Bila hari ini ibu itu meninggal, dia bagi ruang sikit gila babi untuk laporkan berita kematian arwah.


Nampak tak macam mana akhbar tempatan berfungsi? Nampak?

Telefon bimbit ke sekolah

Mulai dari 2013, budak-budak sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Lepas tu macam biasalah, sebagai rakyat sebuah negara penuh demokrasi, semua orang sibuk nak sokong atau bangkang keputusan ini. Termasuklah aku. Akunak menyibuk jugak ni.


Aku sokong gila babi ah. Sebabnya, dari sudut keselamatan. Dan juga dari sudut lalu-lintas. Hah, kau mesti tertanya-tanya apa kena-mengena sudut lalu-lintas dengan bawa telefon bimbit ke sekolah bukan? Biar aku terangkan sikit sebab memang sikit je pun yang aku nak tulis.


Mula-mula dari sudut keselamatan. Dulu aku pernah jugak masa aku cuti musim panas, kerja aku jadi drebar adik aku. Beliau nak pergi sekolah, aku yang hantar, beliau nak balik sekolah, aku yang pergi ambil. Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku tertidur sampai ke petang. Adik aku pulak terpaksa tunggu dekat pintu sekolah selama sejam setengah. Sebabnya beliau nak telefon aku tak boleh. Nasib baiklah beliau tidak diangkut oleh mana-mana penculik. Aku syak mungkin kerana beliau tidaklah begitu comel rupa parasnya, berlainan dengan aku. Jadi lepas ni, aku dapat jangka kes-kes culik budak ataupun kes-kes budak lari rumah lepas habis sekolah akan berkurangan. Aku jangka je lah.


Lepas tu dari sudut lalu-lintas. Kau pernah pergi lalu tepi sekolah waktu kelas baru habis? Sesak hoi! Sebabnya golongan pakcik makcik letak kereta tepi jalan sebab nak tunggu anak habis sekolah. Jalan yang besar tu tetiba rasa macam kecik ya amat sebab penuh dengan kereta. Jadi, kalau dah ada telefon ni senang la sikit, lancar la sikit lalu-lintas, sebabnya pakcik makcik ni tak payah dah nak tunggu anak-anak kot-kot kelas habis lambat. Dan anak-anak takda la tercongok-congok depan sekolah nak jenguk kot-kot mak pak beliau dah sampai atau belum.


Yang kelakarnya. Ada orang cakap, budak-budak sekolah dekat Malaysia ni tak cukup berdisiplin untuk bawa telefon bimbit ke sekolah. Sebabnya nanti budak-budak ni tak fokus dalam kelas asyik nak main telefon bimbit. Heh. Tak timbul sebenarnya isu disiplin ni pada pendapat aku yang super kacak. Lagipun, kalau dalam bab-bab disiplin ni, semuanya bermula dari rumah. Mungkin orang yang keluarkan pendapat ni jenis dia sendiri tak berdisiplin. Cikcu-cikgu dekat sekolah tu kan ada, pandai-pandai lah beliau nak pantau budak-budak dalam kelas tu, yang kau sibuk nak persoal kenapa?


Lepas tu ada lagi yang jenis suka mengimbau masa lampau. "Ah, tak adil langsung, dulu masa aku tak boleh pun bawak telefon ke sekolah! Kerajaan tak adil!" Kalau kau nak main macam tu, maknanya sekolah sekarang tak payah lah pasang kipas den letak kerusi sebabnya masa sebelum merdeka dulu, sekolah atuk dan nenek aku mana ada kipas dan mana ada kerusi! Tak adil bagi mereka! Jenis yang dengki gila babi, padahal benda ini esok mungkin akan selamatkan anak cucu beliau sendiri dari diculik.





Sikit je tu aku tulis. Kalau ikutkan hati memang panjang lagi nak tulis, tapi aku taknak ikut hati, nanti mati. Kahkahkah.




 

Saturday, July 14, 2012

Sejarah dalam hari ini

Siapa jangka yang lhari ini akan tiba juga? Yang pastinya bukan aku sendiri. Padanlah masa aku bangun pagi tadi hati aku berasa tidak sedap. Padanlah masa aku mengeringkan rambut menggunakan pengering rambut adik aku jenama Pensonic rambut aku berasa tidak sedap. Padanlah masa aku berak tadi proses pendaratan rasa tidak sedap. Padanlah masa aku makan roti canai pagi tadi kuah roti canai tu tertumpah TIGA titis atas meja kedai makan lantas membentuk simbol aneh-aneh.


Masa aku bawa kereta? Jangan cakaplah, nak masuk gear ribes pun aku rasa semacam dah. Tu belum cerita masa aku nak tekan klaj nak masuk gear satu lagi! Rasa bukan setakat semacam dah, bermacam-macam aku rasa.


Masa aku berhenti dekat lampu isyarat pun aku rasa janggal. Selalunya aku berhenti betul-betul di belakang garisan putih, tapi pagi tadi aku berhenti lebih sikit dari garisan putih tu. Aku cuba juga untuk tidak mempedulikan semua petanda dari Ilahi tu, tapi jauh di sudut hati aku yang paling jauh sekali, aku tahu hari ini sejarah bakal tercipta. Cumanya, masa itu aku belum pasti sama ada sejarah itu sejarah yang baik-baik atau sejarah yang langsung tak baik.


Rupanya. Rupa-rupanya. Sejarah itu adalah sejarah yang langsung tak baik.


Hari ini, iaitu empat belas haribulan tujuh tahun dua ribu dua belas, saya, makhluk paling kacak buat masa sekarang, telah memakan sebiji petai.


Pergh.


Nakharampunya pergh!


Tak sedap langsung hoi!!


Dan yang paling tidak mengujakan aku adalah.


Kencing aku berbau perit.


Pergh.

Wednesday, July 11, 2012

RM 133,000

Dua tiga hari lepas negara digemparkan dengan berita seorang pemandu lori terjumpa wang berjumlah RM 133,000. Beliau dengan jujur menyerahkan wang itu kepada pihak berkuasa.


Hmm.


Baik.


Jujur.


Tapi.


Kalau aku yang jumpa, memang aku ambil senyap-senyap. Kamonlah, seratus ribu lebih kot. Ramai juga yang aku dengar cakap "Kalau aku yang jumpa pun mesti aku bagi ke polis." Pft. Hipokrit! Seratus ribu lebih kot! Itu dah boleh dapat kereta sebijik dengan apartment sebijik! Apartment yang murah lah. Kereta pun setakat kereta yang biasa-biasa je lah.


Membuatkan aku terfikir. Duit sekarang (di Malaysia) adalah sangat rendah. Seratus ribu baru hanya dapat beli dua jenis aset. Kereta. Dan rumah. Atau kereta mahal sebijik. Atau rumah mahal sebijik.


Pakcik drebar lori tu pun satu! Kalau taknak ambil duit tu, janganlah bagi ke polis, tinggal je lah kat situ. Biar orang lain yang jumpa!




Tuesday, July 10, 2012

Rizai Learn

"Kamu tahu tak apa maksud "rih-zai-lehn" tu apa?"




RESILIENT. Dah sebut pun tak betul, macam mana aku nak terangkan maksud. Oh my english betul la cikgu ni.

Monday, July 9, 2012

Cermin cermin di dinding

Sejak kewujudan lawan sosial, aku rasa manusia dah lupa akan satu jenis adat. Adat memberi pandangan atau pun nasihat. Kalau berdasarkan pemerhatian mata kasar aku, trend sekarang adalah, asalkan kau ada akaun di laman sosial, kau ada lesen untuk memberi pandangan atau pun nasihat.


Salah dari adat sebenarnya. Ada yang jenis belum berkahwin, belum berumahtangga, tapi dah letak status ala-ala makcik-makcik anak tiga ataupun pakcik-pakcik bini empat. "Kebahagian sesuatu pasangan itu lahirnya dari blahblahblah tengkorak nenek hang." Bagi aku lah, yang dah ada pengalaman dalam hubungan percintaan monyet ni (silakan ptuih), selagi kau tak melafafazkan akad nikah, kau tak layak nak bagi pandangan atau nasihat berkenaan hal-hal perkahwinan.


Dia serupa kau hisap rokok. Tapi kau sibuk pergi bagi nasihat dekat kawan kau "Jangan hisap rokok, baik kau berhenti." sambil kau hembus asap rokok. Diri sendiri entah ke mana, tapi ada hati dan perut nak bagi nasihat.


Satu lagi. Yang jenis nak bagi pandangan berkaitan hal-hal keagamaan. Tahukah anda, jika anda memberi nasihat keagamaan sedangkan anda sendiri melakukan sebaliknya dari nasihat itu, anda akan dihukum lebih teruk dari yang tak bagi nasihat tetapi sama-sama melakukan sebaliknya dari nasihat itu, itu yang aku belajar masa aku kat asrama dari seorang arwah ustaz dulu. Hah paham? Dia macam yang hisap rokok tadi jugak, kau hisap rokok dan kau nasihat kawan kau suruh berhenti. Kau dengan kawan kau sama-sama merokok. Tapi kau sibuk nak nasihat. Balasannya, kau dan kawan kau akan dapat kanser peparu. Tetapi tambahan untuk kau adalah kau akan dicemuh 'cakap tak serupa bikin'. Sudahlah dapat kanser, dicemuh masyarakat lagi. Lebih kurang macam tu.


Poen aku dekat sini adalah, orang akan cepat lupa satu benda bila berada di laman sosial. Cermin. Bawa-bawalah cermin diri tu sebelum nak tulis apa-apa. Aku dulu pun sebenarnya dah terjebak sikit dah dengan gejala menasihati tanpa mencermin diri sendiri ni, tapi aku sempat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Sebab tu jugak aku tak mahu share apa-apa jenis artikel atau gambar berkaitan gejala boikot barangan yahudi, sebab aku sendiri masih bergantung kepada barangan mereka. So how? Aku taknak jadi cakap tak serupa bikin. Hari-hari dok ajak orang lain boikot mekdi/coca-cola padahal dua-dua menatang tu dah jadi makanan ruji. Tunggulah perbetulkan diri sendiri dulu, baru boleh berlagak memberi nasihat


"Hang main game lumba kereta ni asyik terbabas ja mak tengok. Dekat tang kona tu hang kena tekan brek!" pernah mak aku bagi nasihat dekat aku masa beliau nampak aku main PS2. Aku terima nasihat tu, sebab masa tu beliau dah ada lesen aku belum ada lagi!

Saturday, July 7, 2012

Bodoh! Haha.

Aku dah jumpa satu teknik yang paling bagus. Teknik memaki/mencemuh dengan selamat di laman-laman sosial.




"Weh, muka kau buruk macam jamban. Haha."


"Abah kau dengan emak kau dua-dua sama, perangai macam beruk makyeh! Haha."


"Eleh, sudah lah muka macam jamban, perangai abah dengan emak kau macam beruk pulak tu. Gamaknya kau ni lahir dalam jamban beruk kot. Haha."




Haah, dengan menambah perkataan "haha" di setiap makian/cemuhan kau di laman sosial. Sudah pasti kadar makian/cemuhan kau akan turun sebanyak lima puluh persen.


Bodoh betul lah, entry macam ni pun kau baca. Haha.

Tour de France

Selama aku tengok berita sukan dekat TV3, seingat aku ada seorang sahaja pembaca berita yang betul-betul sebut perkataan bahasa Perancis. Abu Bakar Atan. Yang lain? Gagal.


Bagus beliau ni. Ada buat kerja rumah bagaimana mahu menyebut nama-nama ahli sukan dari Perancis, nama-nama tempat di Perancis serta nama-nama kejohanan di Perancis.


Ada tiga benda yang selalu disalahsebut oleh pembaca berita lain.


1. Tour de France. Sebutan yang selalu dengar adalah "Tu-wer deh france". Sebutan yang betul adalah "Toorgh deh fghance."


2. Les Bleus. Ini nama panggilan kepada skuad bola sepak Perancis. Sebutan yang aku selalu dengar adalah "Les bloose". Sebutan yang betul adalah "Leh bleh."


3. Ligue 1. Ini adalah nama liga bola sepak divisyen pertama Perancis. Sebutan yang aku selalu dengar adalah "Lig wan." Sebutan yang betul adalah "Lig a'."


Bukan mahu kondem sesiapa tetapi memang mahu kondem. Kalau dah kita sendiri pun bengang bila mat salleh sebut Kuala Lumpur sebagai "Kuh-la Lam-pir", kita sendiri pun kena la belajar jugak macam mana nak sebut perkataan asing. Bukannya susah pun. Ini sikit-sikit "pasukan les bloosd tumpas!". Celaka pasukan mana yang pakai nama "les bloose" setan?




Jean-Pierre Kai melaporkan. Untuk TV3. Dari. Kuh. La. Lam. Pir.

Thursday, July 5, 2012

Kampung jin

Satu hari tu aku pergi bawa kereta jalan-jalan dekat hujung pekan. Aku ni nama sahaja penduduk Perlis, tapi haram satu nama tempat selain Kangar, Arau serta Padang Besar aku tak kenal rupa. Aku bawa kereta perlahan, sebab niat aku sejak keluar rumah tadi adalah sahaja aku memandu kereta petang berangin ini dengan tujuan ambil angin dan bukan memelesitkan diri, tunai. Boleh dikatakan segala jenis pelusuk kampung, segala jenis-jenis jalan dari jalan berturap hinggalah ke jalan batu-batu aku redah. Sambil menghisap sebatang rokok seludup siam, aku senang melihat-lihat suasana tenang kampung.


Kruk kruk. Tiba-tiba perut aku berkruk-kruk. Akhir sekali aku makan tadi pukul dua petang. Sekarang dah pukul dua setengah! Mana tak lapar. Di kejauhan sambil aku terjongkat-jongkit disebabkan keadaan jalan yang serupa permukaan wajah seorang remaja yang baru nak tumbuh bulu (penuh jerawat batu), aku ternampak sebuah warung. "Warung Simpang Lima", tampak pudar papantanda warung usang itu. Aku letak kereta aku di bahu jalan lalu melangkah keluar. Puntung rokok di tangan aku jentik masuk betul-betul dalam sungai sebelah jalan tu.


Warung usang itu sunyi. Cuma ada seorang pakcik bersongkok yang pakaiannya begitu retro duduk-duduk melepak depan TV berantena perak. Dari jauh lagi aku dah yakin itu tuan punya kedai sebab ada tuala kecil atas bahu kiri pakcik tu. Aku duduk membelakangi TV dan pakcik itu sebab nak menikmati permandangan kampung sawah bendang kerbau lembu serta pepatung-pepatung yang terbang.


"Makan apa dik?"


"Teh ais dengan mee goreng."


Pakcik itu dengan wajah ketat melangkah ke dapur warung. Berdasarkan kelajuan pergerakan pakcik tu, dapat aku tafsrikan yang mee goreng aku bakal lambat siap. Jadi aku keluarkan sebatang lagi rokok seludup siam dan aku hisap fuh fuh.


Sambil aku merokok tu, aku dengar sikit-sikit bunyi suara TV. Tengah berita dekat TV3. Aku pun pelik jugak, berita petang TV3 selalunya pukul satu, bukan pukul dua setengah. Aku tukar tempat duduk mengarah ke TV.


Serius betul aku tengok pembaca berita tu. Berita terkini katanya. Oh dah ada balik rupanya slot Berita Terkini kat TV3.


"...tragedi yang berlaku di Ulu Kelang semalam menarik perhatian negara-negara luar, termasuklah Jepun, Singapura dan Perancis. Gerakan mencari mangsa yang tertimbus masih giat dijalankan. Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik berkata kerajaan sedang giat mencari bantuan pihak-pihak luar yang lain yang mempunyai kepakaran memandangkan ini adalah tragedi yang negara kita tidak mempunyai kepakaran yang cukup untuk ditangani. Dalam kejadian sema.."


Tanggapan aku salah, mee goreng aku siap cepat, pakcik bertuala di bahu sudah tercegat di depanku. Bagus pakcik ni.


"Kesian depa no?" sapa pakcik.


"Huh?"


"Dak. Nu dalam telebisen nu. Buat ghumah tinggi-tinggi terbalik."


"Kat mana tu pakcik?" padahal aku dengar dah pembaca tu cakap dekat Ulu Kelang.


"Keh-L nu la, tempat lain mana ada dok ada hat ghumah tinggi-tinggi."


"Saya pelik jugak pakcik. Depa bagi pulak Anwar Ibrahim tu masuk telebisen no?" mee goreng aku atas meja aku tak sentuh lagi.


"La, awatnya? Haghi-haghi kan dia masuk telebisen?"


"Ya la, tapi hat selalu masuk tu ceghita dia pasai hat tak baik ja."


"Ish, hang ni, dia tu kan timabalan mahadek, tak elok o hang cakap lagu tu."


"..timbalan? Mahadek?"


"Hang ni kena ambek tau pasai hai negagha." pakcik tersebut geleng kepala lalu melangkah ke dapur.


Timbalan? Mahathir? Bila masa Anwar jadi timbalan Maha-. "Sekian berita terkini jam dua setengah petang. Kami akan melaporkan berita terkini sejam dari sekarang berkenaan kejadian tragis Highland Tower. Assalamualaikum dan salam sejahtera." Lepas tu keluar drama melayu lakonan Erma Fatimah dengan Faizal Hussein. Versi muda.


Mee gorang aku masih dara, tidak kusentuh. Kepala aku dah start pening. Highland Tower? Anwar? Mahathir? Erma? Faizal?


Mata aku tak semena-mena menangkap kalendar jenis sehari kena cabut sehelai yang terpaku kat dinding kayu warung.


Dua belas.


Disember.


Sembilan puluh tiga!


Berkerut kejap dahi aku selama tiga saat. Aku cepat-cepat keluarkan iPhone aku dari dalam poket. Tiada isyarat. Aku check kalendar. 12.12.1993. Sama! Apa jadi? Aku kat mana ni? Atau lebih tepat, aku di 'bila'?


Aku terus bangun, lari masuk kereta dan start enjin. Mee goreng dengan teh ais tadi aku tak bayar pun. Kali ni aku bawak kereta macam orang gila dah. Segala jenis lubang atas jalan batu aku redah ikut kelajuan tinggi. Bila aku dah keluar dari kawasan kampung tu, aku berhenti kejap tepi bahu jalan. Mata aku tepat memandang ke depan. Aku cuba hadam apa yang berlaku tadi. Dalam setengah jam jugak aku dok macam tu. Tiba-tiba ada orang ketuk cermin kereta aku. Brader trafik.


"Cik, tak boleh parking sini, line kuning."


"...oh okey okey, maaf tuan....


"Cik mintak lesen dengan IC." ah sudah, Kalau ini 1993, maknanya aku baru tadika! Aku hulur senyap-senyap dekat brader trafik tu dengan harapan dia tak perasan.


Fuh. Rilek je dia hulur balik lesen dengan IC aku. Aku konfius jugak sebab takkanlah dia sebagai brader trafik tak perasan nombor IC aku yang besar gajah tu.


"Tuan, tumpang tanya, hari berapa bulan eh?"


"Hari ni? Dua belas. Bulan dua belas."


"Sembilan puluh tiga?"


"Sembilan puluh tiga? Kejap. Cik dari mana ni sebenarnya? Dari warung sebelah jalan kampung tu?" brader trafik tu senyum.


"Haah, eh mana tuan tau?"


"Dah banyak kali jadi dah. Dah banyak dah saya jumpa orang parking tepi jalan ni. Semua cerita benda yang sama. Warung tu sebenarnya takda dah. Kalau cik nak tau, kawasan kampung tu tempat kediaman jin-jin yang dibuang sebab kacau orang. Orang kampung dekat-dekat situ panggil tempat tu 'pekan jin'. Saya tau apa cik fikir, ini cerita mengarut. Tapi cik sendiri pergi situ, cik sendiri tengok berita Highland Tower tu. Ini dah kira cukup bagus cik tak eksiden. Ada dua tiga kes yang eksiden langgar pokok lepas keluar dari 'kampung' tu. Depan tu ada surau, saya sarankan cik pergi situ, ambil wudhu, lepas tu sembahyang sunat."


Aku tergamam. Benda pertama aku buat bila aku masuk surau depan tu adalah. Yep. Check kelandar surau. Nasib baik aku berada di 'waktu' yang betul. Mana lah tahu kot-kot brader trafik tu pun jin.




(Banyak yang bertanya. Ya ini diilhamkan dari sebuah kisah benar yang aku pernah terbaca suatu masa dahulu.)




edit kali kedua : Mengembara ke alam jin.



Tuesday, July 3, 2012

Polis Tembak 4-0 Polis Koma

"Seorang anggota polis kini koma selepas ditembak empat das oleh rakan setugasnya ketika berselisih faham ketika mereka bersama-sama menonton perlawanan akhir kejohanan bola sepak Euro 2012 antara Itali dan Sepanyol menerusi skrin besar di sebuah premis hiburan, awal pagi semalam." - sumber Harian Metrohohohohoktuih.


Ini orang panggil butthurt terunggul. Kahkahkah. Ok, this is no laughing matter!! This is serious!! Hahahahahahahahahaha, kejadah yang bangang sangat sampai nak main tembak-tembak?


Banyak persoalan boleh diusulkan dekat sini, macam, kenapa si penembak dan yang ditembak boleh pergi layan bola waktu bertugas? Kenapa aku yakin cakap diorang tengah bertugas? Sebab dia bawak pistol. Kalau keluar saja-saja mana boleh bawak pistol. Aku tahu sebab bapak aku dulu polis.


Persoalan kedua, sama ada brader yang tembak tu terlalu sensitif dan panas baran tahap babi sampaikan kena ejek sikit dah naik angin. Ataupun yang ditembak tu punyai skill mengejek yang tahap babi sampaikan member sendiri tak tahan. Either way, dua-dua bodoh.


Aku bukannya nak sangat kutuk polis ni, tapi dah banyak sangat kes polis salah guna kuasa. Atau lebih tepat lagi, salah guna pistol. Apa kau ingat itu pistol air nak main tembak-tembak?


Inilah yang dipanggil "semangat" tak kena tempat. Memburukkan permainan bola sepak. Diburukkan oleh manusia-manusia yang bangangnya tiada had.

Sunday, July 1, 2012

Kau di hatiku

Aku ni bukannya peminat tegar Zainal Abidin, tetapi lagu ini memang dari dulu sampai sekarang, setiap kali mendengar memang tersentuh. Seperti ada sebuah taman bertumbuh! Bagilah peluang aku nak feeling kejap sambil mendengar lagu ini.









Kau deeeeeeeeehaaaaaaaaa teeeeeeeeku. Ah tergugat sial iman aku sebagai seorang rocker sejati!

Bila mereka mahu membuat kelakar

"Pelajar yang membulatkan mata, anda macam hendak menjawab soalan saya, jawablah!"




Hahahahahahahaha. Kelakarnyaaaa kau wahai cikgu!! Kelakar sampai buat aku rasa mahu terajang lemak-lemak di pinggangmu itu!!