Tuesday, June 29, 2010

CT menghina orang miskin.

Datuk Z  :      Ros, nanti kalau ada pakcik tua datang cari saya, cakap saya takde kat opis ye.

Ros  :     Baik Datuk.




(pakcik tua tadi betul-betul datang)




Pakcik  :    Cik, pakcik datang ni nak jumpa Datuk Z, ada benda pakcik nak mintak dia tolong.

Ros  :    Dia takde pakcik. Pakcik nak mintak dia tolong apa?

Pakcik  :     Sebenarnya pakcik nak mintak Datuk Z sain borang ni sebab pakcik nak masuk program Bersamamu kat tibitiga tu.

Ros :    Oh, nanti saya bagitau Datuk Z.




(pakcik pun belah)



Ros  :     Datuk Z kenapa taknak jumpa pakcik tu tadi? Kesian pulak saya tengok, dia kata dia nak join Bersamamu.

Datuk Z  :    Saya tahu. Pakcik tu memang orang miskin, orang semua kenal dia. Miskin tapi bini empat.









Ada jugak eh orang macam ni? Dah tau miskin hina (bak kata siti 'Bantulah miskin hina'), sempat lagi nak menikah sampai empat? Akai letak lutut ka?








ps : ni cerita betoi. sumpah.

Sunday, June 27, 2010

Lagenda

Setelah hampir pekak dengan bunyi musik yang menyamai sepuluh kali ganda bunyi roket, sekarang aku akui, Michael Jackson dan ACDC sangat best. Melompat aku beb dengar lagu Billy Jean.









Auw! (jerit macam MJ sambil genggam telor)

Que sera sera?

As it turns out, our futures are not ours to decide.




Time Tunnel





Saturday, June 26, 2010

Kita lagi bagus

Sewaktu makan-makan dengan orang french petang tadi.




French 1 :    Saya sapot team Malaysia untuk World Cup tahun ni.


French 2 :    Team Malaysia tak lepas pun pusingan kelayakan.


French 1 :    Ala, aku tak kenal pun team Malaysia, tapi aku rasa lagi bagus kalau team Malaysia yang masuk, ganti team France yang macam tahik


Malaysians+French 2 :    Hahahahahahahaha, betul jugak.






Aku nak cadangkan World Cup buat sepuluh tahun sekali, baru ada rasa peluang sekali seumur hidup untuk main World Cup. Kalau tak World Cup jadi benda biasa untuk pemain-pemain bolasepak, tahun ni kalah, empat tahun lagi boleh try sekali lagi.




Dan aku nak cadangkan tiada pusingan kelayakan untuk World Cup, kesemua 195 negara boleh main. Baru best, Bangladesh boleh main, Antartika boleh main, Artik boleh main, Malaysia pun boleh main. Fuh baru meriah.






Baru betul-betul Piala Dunia. Berani tak FIFA?

Friday, June 25, 2010

Lucah

"Hoih, skrin iPhone 4 cantik doh"

"Yeke? Meh sini aku try"

"Nah, aku nak pegi kencing kejap"

"..........wey! Camna nak bukak Redtube pakai iPhone?!"

"Redtube?!"

"Eh eh, silap silap, camna nak bukak Youtube!?"









Redtube - bukan site video untuk budak-budak bawah lapanbelas tahun.

Cikgu sekolah rendah

Dulu aku ada sorang cikgu. Cikgu BM, time aku darjah dua. Nama dia Puan Rabunah.




Satu hari ni kan, dia tengah jalan-jalan dalam kelas sambil bagi balik kerja rumah yang kitorang dah buat. Lama gila tunggu, aku tak dapat-dapat lagi buku. Lepas tu aku jerit "Cikgu, mana buku saya? Tak dapat pun, cikgu curiiiiiii..............."




Lepas tu kan, dia tengok muka aku (harus diingat aku masih di darjah dua), dengan nada marah macam haram dia cakap "EH? AWAK JANGAN TUDUH SAYA YANG BUKAN-BUKAN, SAYA TAK PERNAH BUAT KERJA TERKUTUK TU"




Aku tersenyap. Yang peliknya, aku rasa bersalah gila babi time tu. Padahal aku nak bergurau. Cikgu tu boleh pulak pergi sound aku kaw-kaw. Emosional punya cikgu. Mungkin dia datang bulan, takpun tengah bergaduh dengan suami dia tapi aku masih di darjah dua!




Lagi sorang cikgu aku, cikgu india yang ajar BI, boleh pergi tumbuk kepala aku atas alasan aku silap eja word 'Tuesday'. Sakit woo, bukan tumbuk main-main, rasa nak tercabut otak. Tak cukup kena tumbuk, dia siap suruh aku tulis word 'Tuesday' sebanyak limapuluh kali. Dah tumbuk tak payah la denda.




Lagi sorang cikgu aku, cikgu cina yang ajar matematik, suka sangat laga-lagakan kepala student kalau buat bising. Rasa nak koma kot. 










Stress gila woo time aku sekolah rendah dulu. Cuba kalau buat macam tu sekarang, mau kena masuk mahkamah, sentuh rambut sikit pun dah masuk paper.

Wednesday, June 23, 2010

Ilusi optik




Apa yang korang nampak dalam gambar kat atas? Pakar optik cakap, kalau korang tengok gambar tu betul-betul, korang akan nampak sebuah bot.









Babi, dimanakah bot itu? Eh kejap, rasanya dah namp.............wow, seksi! Mana bot???!!

Tuesday, June 22, 2010

Pengaruh iklan

Dulu ada iklan pisang kat TV. Time tu aku kecik lagi, baru boleh bercakap. Gila pelik buat iklan pisang kat TV. Oh mungkin pisang adalah makanan eksklusif di zaman dulu.




Aku tengok iklan tu. Terus aku menjerit-jerit nangis-nangis nak makan pisang. Padahal dah tengah-tengah malam. Bapak aku pun keluar la pegi cari pisang. Pusing punya pusing punya pusing, jumpa la segerombolan pisang. (Ni mak aku cerita, tu yang dramatik sikit).




Sementara pencarian pisang berlaku, aku masih menjerit-menangis. Fuh, dramatik.




Dah dapat makan pisang, aku terus hepi dan tidur. Mereka (mak dan bapak aku), ketawa  sebab diorang ingat peristiwa ni kelakar.




Kalau anak aku buat macam tu, aku lempang je terus, ada ke tengah-tengah malam nak suruh keluar pegi cari pisang, bongok punya budak kecik.






Bila aku nampak atau makan pisang, aku teringat parents aku. Dan aku tak paham kenapa ada orang yang sanggup kurang ajar dan derhaka orang tua sendiri. 

How old are u?

Older than you i guess, lol, to be precise, i'm 2 years older than you



Ni dari formspring kat tepi tu.

What are u studying?

Mechanical Engineering



Ni dari formspring kat tepi tu. 

Monday, June 21, 2010

Mencabar minda. Lagi.

Betul aku cakap, bapak aku raja teka-teki.




Lagi sekali, cuba trenslet gambar di bawah :







Tak, bukan litar letrik.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Jawapan : 








View dari atas seorang apek si penjual sayur pada tahun tujuhpuluh-an.






SELAMAT HARI ABAH. YOU ROCK!!

Sunday, June 20, 2010

Mahu tengok!

Leceh jadi pendatang kat negara orang. Semua movie nak dialihsuara. Kalau buat subtitle kan senang. Alihsuara tak best sebab :




1. Filem akan keluar lambat gila babi kat cinema. Contoh, Toy Story 3 dah keluar tapi kat sini, tengah bulan Julai baru nak keluar.


2. Bila actor bercakap, rasa pelik. Mulut gerak lain, suara yang keluar lain.


3. Kadang-kadang suara tak masuk dengan watak. Watak tough ganas gila babi. Suara kecik, macam bapok.


4. Filem keluar lambat!

5. Filem keluar lambat!!!


6. Toy Story 3 keluar lambat, aku nak tengok!!!




Time kecik-kecik dulu, orang tua aku 'kedekut' dengan aku. Aku kena simpan duit sendiri kalau nak beli something. Nak beli komik doremon, aku kena simpan duit sendiri. Nak beli kereta desyunkuro, aku kena simpan duit sendiri. Nak beli VCR movie, aku kena simpan duit sendiri. Dan Toy Story adalah movie pertama yang aku beli pakai duit sendiri (time tu aku darjah dua). VCR kedua aku adalah cerita Mr. Bean.




Dulu aku selalu kecik hati, apasal la orang tua aku kedekut sangat. Sekarang baru aku paham, susah rupanya nak cari duit. Sekarang baru aku paham kenapa ayat feveret orang tua aku adalah "Hang ingat abah dengan mak gheja cop duit ka?", takpun ayat "Ala, kat ghumah dah banyak dah." Sampai dulu aku ingat, "Pergh, best gila kalau besar nanti aku dapat gheja cop duit"







Aku nak tengok Toy Story 3!

Saturday, June 19, 2010

Mencabar minda

Bapak aku raja teka-teki. Salah satu feveret aku adalah :




Cuba teka apa yang ada dalam gambar ni?










Kalau dapat teka, korang memang power.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Jawapan :




Dari tingkap rumah ko, tetiba datang sekor zirafah. So dalam gambar tu adalah sebahagian leher zirafah yang kau nampak dari tingkap rumah kau.






ps : ye aku tau aku fail melukis, so anggap saja itu zirafah gergasi.

Friday, June 18, 2010

Buang anak

"Weh, aku dah dapat anak doh, anak lelaki"

"Sapa nama anak kau?"

"Scotty Junior. Tapi kan, aku tak kawen lagi"

"........tu anak haram dohhhhhhhh"

"Tu la pasal, leceh ada anak ni, aku nak buang ah, tapi tak reti, babi la"

"Hahahaha"













Korang penah main The Sims 3? Best gila babi ah. Cuma leceh kalau dapat anak, macam member aku, dah la letak nama Scotty Junior, tek islamik langsung. Nasib baik aku takdak anak lagi.

Wednesday, June 16, 2010

Patriotik!

"Hek eleh, Korea Utara je pun, konfem kena belasah dengan Brazil"


Keputusan match : Brazil 2-1 North Korea.




Wow! Tadi tengok match tu ramai-ramai. Dan kitorang sokong Korea Selatan macam Malaysia yang main. Siap jerit gila babi time diorang skor. Asia untuk Asia beb. Tambah-tambah pengadil keempat orang Malaysia, walaupun tugas dia hanyalah mengangkat nombor-nombor pemain yang akan disubstitute, kami bangga. Good job Subkhiddin Mohd Salleh!




Semangat pemain Korea Utara memang kaw. Brazil yang hebat (juara World Cup LIMA kali) pun terkial-kial nak skor. Aku respek habis semangat Korea Utara. Dan aku respek gila babi pemain Korea Utara nombor sembilan yang menangis sebelum match tadi. Menyirap darah tengok dia menangis.




Aku teringat ada sorang member Vietnam aku dulu, dia tanya aku kenal tak sorang pemain Thailand ni. Bila aku cakap tak, dia kata "Weh, kau orang Asia, kau patut kenal pemain ni" dengan gaya macam aku manusia paling jijik di muka bumi ni. 








Jauh dari pengaruh-pengaruh Barat, semangat patriotik diorang memang tinggi. Yang kita terlompat-lompat sokong pasukan negara lain. Sampai bila?

Tuesday, June 15, 2010

Sebatang

"Sedara, ada rokok sebatang?"

"Eh, ada, nah"


Dah aku baru keluar dari kedai rokok, dan tengah nyalakan rokok, sah-sah la aku ada rokok. Kura-kura dalam perahu. Nasib baik awek cun, kalau tak cun, mau je aku jawab, "Eh takde, saya tak hisap rokok, lagipun sedar la sikit, awak tu perempuan, tak baik hisap rokok, nanti nak bawak anak dalam perut, kang anak tu keluar cacat, nak? NAK? NAK?" sambil menghirup asap rokok.


"Sedari ada api ke tak nak nyalakan rokok tu?" (awek cun, so kena berlagak gentleman)

"Eh takpe-takpe, saya ada api"


Pulakkkkkkkkk, bak kata P Ramlee, ada mancis tak ada rokok. Bongok.




Dan benda menakjubkan, tadi aku nampak sorang mamat hippies bersama duaekor anjingnya. Dan mereka bertiga memandang tanpa berkelip ke arah yang sama. Menakjubkan. Takjub sekejap aku tadi. Wow!

Dambadam badabadam badambadam badam

Lagu untuk bangun di pagi hari.






Kelakar

"Hello mak"

"Sihat ka?"

"Sihat, sihat"

"Tak pi tengok bola ka?"

"HA? Takdak gheja nak pi afrika"

"Ooo, ingatkan pi"






Emakku tetap yang paling kelakar di dalam dunia ini.

Pepagi buta

Satu benda yang tak best tengok World Cup tahun ni jika berada di Eropah. Match banyak waktu tengah hari dan petang.




Banyak advantage duduk kat Malaysia kalau nak tengok World Cup tahun ni.



1. Tak payah berebut remote control dengan ahli keluarga lain sebab match tengah malam dan pepagi buta.

2. Habis match boleh terus solat subuh (yeah right).

3. Lagi feeling tengok match pepagi buta.

4. Lagi feeling tengok match pepagi buta kat kedai mamak.

5. Atau, lagi feeling tengok match pepagi buta di rumah sambil megi kari semangkuk.

6. Boleh tengok semua match sebab dah habis waktu kelas atau kerja.

Sunday, June 13, 2010

Macam-macam

Scene satu.


"Mana kawan kau tadi? Tak nampak pun"

"Ada tadi dia datang"

"Yang mana satu?"

"Ala, yang HITAM tu"

"Yang HITAM? Eh, kau sedar tak kau pun orang india jugak? Hahahaha"

"Tau la aku india, tapi aku cokelat, bukan hitam"



Betul la kot orang cakap hanya jauhari mengenal manikam. Tak sedar diri.




Scene dua.


"Aku sedih ah"

"Asal kau sedih?"

"Aku cina, cina sepatutnya rajin, tapi aku malas, sedih ah"

"Tu la, kau kawan lagi dengan melayu macam kitorang, hahahahaha"

"Tapi ok jugak, aku taknak jadi nerd"



Yang ni bagus. Sebab dia sedar diri.






Entry ini bukan bersifat perkauman. Sila jangan merusuh.

Saturday, June 12, 2010

Yang naik tak turun-turun

"Ala umur tu sekadar angka je, tak represent pape pun"





Quote pinjam, ngiahaha. Ada betulnya. Sebab walaupun 'angka' aku besar, aku tetap muda di jiwa (ni pun quote pinjam).

Warga emas

Hati tu ada festival menari kat tempat aku. Ada satu square ni dikhaskan untuk orang menari menari. Depan tu ada la pentas untuk orang main musik dan menanyi.




Time aku sampai tu ramai orang. Kitorang bergerak la ke depan menuju ke pentas tu dalam ramai-ramai ni. Tema musik adalah, musik afrika.




Sampai je depan. Aku terkejut, ramai orang yang boleh dikategorikan nenek. Aku pikir "Laaa, dah tua datang buat apa. Bukannya nak menari pun." (padahal kitorang pergi pun bukan nak menari)




Sekali musik start, nenek-nenek ni menari. Mula-mula slow je diorang menari, tapi makin lama makin laju. Last-last kan, dah tahap berjoget kat tengah-tengah square tu. Ada sorang nenek ni sampai tangan hayun-hayun ke atas, kaki hentak-hentak, kepala hangguk-hangguk. Aku kagum.





Tapi pelik, kalau naik bas, slow pulak diorang jalan, siap bertongkat lagi. Tu yang aku malas nak bagi seat kat golongan-golongan nenek ni. Pura-pura je tu.

Friday, June 11, 2010

Aku mimpi.

Semalam aku mimpi. So, tilik punya tilik punya tilik. Ramalan YangMuliaPendetaPokaPola untuk first match Word Cup 2010.Kalau semua ramalan betul, esok aku keluar rumah berbogel.





*South Africa         2:1        Mexico 

Uruguay         0:1        *France

South Korea         0:0        Greece

*Argentina         2:0        Nigeria

*England         1:0        United States

Algeria         0:2        * Slovenia

*Serbia         1:0        Ghana

*Germany         2:0        Australia

*Netherlands         2:1        Denmark

Japan         0:1        *Cameroon

*Italy         1:0        Paraguay

New Zealand         0:1        *Slovakia

*Ivory Coast         2:1        Portugal

*Brazil         2:0        North Korea

Honduras         0:0        Chile

*Spain         3:1        Switzerland

Thursday, June 10, 2010

Sepak terajang

Oh, festival dah dekat. Aku teramat eksaitet. WOO-HOO!!!










Tsamina mina eh, eh
Waka waka eh, eh
Tsamina mina zangalewa
Anawa aa

Tsamina mina eh, eh
Waka waka eh, eh
Tsamina mina zangalewa
Porqué esto es Africa.





Bila aku eksaitet aku suka update blog banyak-banyak kali. Malam nanti kang aku update lagi, eksaited ni.

Tadak sivik punya orang

Ni time aku nak turun tren hari tu.




Ramai yang nak turun tren. Ramai berpusu-pusu depan pintu tren tu, tak sabar-sabar nak turun. Bukannya tak boleh beratur elok-elok.




Time aku nak galas beg. "Gedebuk!". Sekali tersiku orang belakang aku. Sekali aku pusing, makcik tua daaaaaa.




"Sori makcik, tak sengaja." aku panik kejap.
"Aku OK. Aku OK. Aku....OK, haha, Aku OK." makcik tu dengan mata terkebil-kebil memandang ke atas.





Nasib baik dia tak kojol terus kat situ. Tepat siku aku kena dahi dia, kuat pulak tu. Dalam hati aku "Ha, padan muka, lain kali beratur elok-elok, dah tua-tua pun takdak sivik."

Zombie

Whore-whore-whore, duahari lagi start PialaDuniawi. Di mana kita dalam perlumbaan mengejar PialaUkhrawi? Ha, jawab sendiri.



Tak sabar ni. Tak sabar nak jadi zombie. Makan bola, tidur bola, minum kokakola. Stok koka perlu ditingkatkan. Dan jugak Lays perisa BBQ.



I put all my money on Spainnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. Vamos Espana, vamos hiyo de puta!!!





















Nombor cantik hari ni. tujuhtujuhtujuhtujuh.





















Haish, baru juhuhribu. Bila nak sampai sejuta pun taktau.

Wednesday, June 9, 2010

Stok

Bak kata Wizard :




Lelaki Asia saham rendah kat France.



Perempuan Asia saham melambung-lambung kat France.







Nasihat pakar, "Kalau nak tackle minah france, kena tipu sikit, cakap kau mix asian dengan english ke, asian dengan spanish ke, asian dengan mexican ke, baru saham naik sikit." Baiklah.

Tuesday, June 8, 2010

Cut!!!!!!!!!!

OMG, I smell some drama~  (to quote a friend)




Banyak doh drama sekarang. Drama Israel-Palestin, drama 911-Osama, drama Najib-Anuar, drama Datin berambut palsu-Perempuan Mongolia C4. Ngehngehngeh. Konflik dan drama dah jadi macam hari yang panas dan hot chicks , tak dapat dipisahkan. Asal ada je hari yang panas mesti ada hot chicks (nyum nyum), asal ada konflik je mesti ada drama. 




Drama paling aku suka setakat ni adalah drama mengangkat tilam ke dalam mahkamah 1998. Itu drama paling klasik. Patut dijadikan teladan kepada semua. "Always keep a Durex in your wallet".




Itu realiti. Kalau drama televisyen yang best adalah dari siri Friends. Ross-Joey-Rachel. Takpun TedMosbey-BarneyStinson-RobinScherbatsky dari MacamManaSayaBerjumpaIbuAnda. Takpun Najib-Anuar-Saiful, damn tertulis. How a girl or a girlie boy can do such damage. Oho.






Kalau aku watak dalam drama, aku adalah Will Smith dalam Bad Boys. Badboys bodboys watcha gonna do, watcha gonna when they come for you? I say, f**k them!!!! My life my rules.

Saturday, June 5, 2010

Khesah banduan-banduan

Macam ni cerita dia.................. (asap kepul-kepul atas kepala sambil kamera zoom in asap-asap tu) (diiringi musik sarkis)




Seorang banduan baru dimasukkan ke penjara.



John : Hai, saya banduan baru.

Tony : Hai, saya banduan lama, cellmate anda.

John : Dah lama ke kat sini?

Tony : Lama dahhhhhhhhhhh. Kalau boring-boring kang kitorang ramai-ramai dalam kawasan kejiranan cell ni akan berjenaka.

John : Oh. Macam mana tu?

Tony : Disebabkan kitorang dah lama kat sini. Lawak-lawak kitorang semua sama. So, kitorang buat sistem untuk jimatkan masa. Setiap lawak jenaka diberi satu nombor. Contoh, HOI KAWAN-KAWAN!!! EMPATBELAS!!!!!!


..maka ketawalah banduan-banduan di situ dek jenaka bernombor empatbelas..



Jiran Tony : Hahahahahahaha, aku suka doh lawak empatbelas tu!!!! Tapi yang nombor tigapuluh pun ok jugak, hahahahahahaha..


..maka ketawalah lagi banduan-banduan di situ dek jenaka bernombor tigapuluh..


John : Haha, aku nak try boleh?

Tony : Silakan.

John : HOI GENG!!! EMPATPULUHTUJUH!!!!!


..maka ketawalah terbahak-bahak si Tony, tetapi tidak pula banduan-banduan lain..


Tony : Hahahahahahahahahaha, kelakar gila!! Hahahahahahahahahahaha. Oh, empatpuluhtujuh.


..lima minit jugakla Tony gelak sorang-sorang..


John : Eh, kenapa kau sorang je yang gelak? Orang lain tak gelak?

Tony : Sebab ni pertama kali aku dengar lawak empatpuluhtujuh tu. Tu yang kelakar habis tu, hahahahahaha.





(asal kepul-kepul pun habis) (musik sarkis masuk balik)

Begitulah al khesah.

Cinta vs Perang

Kenapa kan, kalau tengah tengok tv, tetiba ada babak yang memberahikan, makbapak akan suruh anak-anak tutup mata. "Teruk betul cerita-cerita zaman sekarang,"




Tapi kalau ada babak tembak-menembak, tikam-menikam, bunuh-membunuh, masing-masing buat bodoh. Takdak pulak nak suruh tutup mata ke, suruh pergi dapur buat air ke, tukar channel ke. "Ish ish ish" (tu je yang keluar dari mulut mereka)




Kenapa adegan berahi lebih diutamakan dari adegan ganas. Mana tak remaja-remaja sekarang lebih menjurus ke arah keganasan berbanding ke arah sentimental dan berahi romantis. Zaman aku dulu takdak pun macam tu.






No wonder la orang se-generasi dengan aku lebih kepada unsur-unsur kelucahan. Asalkan tak bunuh-bunuh oranggggg. Sebab aku rasa otak lucah lagi bagus dari otak ganas.

Rumit

Selepas diskusi yang panjang dan terperinci. Kami telah bersetuju dengan satu perkara :







Anda semua rumit, wahai kaum wanita.






Betul. Tiada yang lebih rumit.

Friday, June 4, 2010

Buta bangsa.

A :   Kai, perkenalkan ni kawan aku.

*Handshake*

B :   I'm Zakaria.

C :   Khairoul.

B :   Kau mesti dari Filipina.

C :   &@#!%*

Tuesday, June 1, 2010

Fked.

Lesson of the day, if not year :




"Dont blame it on others, blame it on yourself"