Tuesday, June 22, 2010

Pengaruh iklan

Dulu ada iklan pisang kat TV. Time tu aku kecik lagi, baru boleh bercakap. Gila pelik buat iklan pisang kat TV. Oh mungkin pisang adalah makanan eksklusif di zaman dulu.




Aku tengok iklan tu. Terus aku menjerit-jerit nangis-nangis nak makan pisang. Padahal dah tengah-tengah malam. Bapak aku pun keluar la pegi cari pisang. Pusing punya pusing punya pusing, jumpa la segerombolan pisang. (Ni mak aku cerita, tu yang dramatik sikit).




Sementara pencarian pisang berlaku, aku masih menjerit-menangis. Fuh, dramatik.




Dah dapat makan pisang, aku terus hepi dan tidur. Mereka (mak dan bapak aku), ketawa  sebab diorang ingat peristiwa ni kelakar.




Kalau anak aku buat macam tu, aku lempang je terus, ada ke tengah-tengah malam nak suruh keluar pegi cari pisang, bongok punya budak kecik.






Bila aku nampak atau makan pisang, aku teringat parents aku. Dan aku tak paham kenapa ada orang yang sanggup kurang ajar dan derhaka orang tua sendiri. 

3 comments:

MinTy said...

haha comelnye..
kt dulu nangis2 nk suruh bpk kt bwk pusing roundabout...
brp byk pusingan tah dibuatnye..tau2 dh tido..
bgn tido dh kat umah..
huu..

ALLIFF26@ eLLe_G'o'wJezz said...

rakusnya part bila anak nak makan pisang tgh malam!!!
.
.
.
hahahahah!!! confirm bl dier besar dia ada blog dan post!!! aq teringat bila aq nak pisang bapak aq tampor pas2 kata bongok ke apa nak pisang tgh2 malam...
.
.
.
btw elle gurau jew!!! jgn amik hati...

PokaPola said...

@ MinTy : roundabout? ni lagi ekstrim

@ elle : tak pun