Friday, June 25, 2010

Cikgu sekolah rendah

Dulu aku ada sorang cikgu. Cikgu BM, time aku darjah dua. Nama dia Puan Rabunah.




Satu hari ni kan, dia tengah jalan-jalan dalam kelas sambil bagi balik kerja rumah yang kitorang dah buat. Lama gila tunggu, aku tak dapat-dapat lagi buku. Lepas tu aku jerit "Cikgu, mana buku saya? Tak dapat pun, cikgu curiiiiiii..............."




Lepas tu kan, dia tengok muka aku (harus diingat aku masih di darjah dua), dengan nada marah macam haram dia cakap "EH? AWAK JANGAN TUDUH SAYA YANG BUKAN-BUKAN, SAYA TAK PERNAH BUAT KERJA TERKUTUK TU"




Aku tersenyap. Yang peliknya, aku rasa bersalah gila babi time tu. Padahal aku nak bergurau. Cikgu tu boleh pulak pergi sound aku kaw-kaw. Emosional punya cikgu. Mungkin dia datang bulan, takpun tengah bergaduh dengan suami dia tapi aku masih di darjah dua!




Lagi sorang cikgu aku, cikgu india yang ajar BI, boleh pergi tumbuk kepala aku atas alasan aku silap eja word 'Tuesday'. Sakit woo, bukan tumbuk main-main, rasa nak tercabut otak. Tak cukup kena tumbuk, dia siap suruh aku tulis word 'Tuesday' sebanyak limapuluh kali. Dah tumbuk tak payah la denda.




Lagi sorang cikgu aku, cikgu cina yang ajar matematik, suka sangat laga-lagakan kepala student kalau buat bising. Rasa nak koma kot. 










Stress gila woo time aku sekolah rendah dulu. Cuba kalau buat macam tu sekarang, mau kena masuk mahkamah, sentuh rambut sikit pun dah masuk paper.

3 comments:

Cylia Chel said...

hai..salam kenal..sy pun ade gak kisah ngn cikgu skolah rndah ni..
sy pun kene jugak dlu time skolah..kene tarik rambut..rambut dah cantik2 mak ikat kan..ckgu sdp2 je nak tarik..waktu tu bodo lagi..xtau nak jawap soalan math..skang ni pandai dh..lucu gak time tu..pastu kene cubit telinga sampai merah dibuat nye..gara2 xtau nak jawap 3x3..

MinTy said...

hehe comelnye..
rindu plk zaman kecik2...

PokaPola said...

@ cylia : tu la, lain kali tarik balik rambut cikgu tu

@ minty : rindu jugak