Saturday, June 12, 2010

Warga emas

Hati tu ada festival menari kat tempat aku. Ada satu square ni dikhaskan untuk orang menari menari. Depan tu ada la pentas untuk orang main musik dan menanyi.




Time aku sampai tu ramai orang. Kitorang bergerak la ke depan menuju ke pentas tu dalam ramai-ramai ni. Tema musik adalah, musik afrika.




Sampai je depan. Aku terkejut, ramai orang yang boleh dikategorikan nenek. Aku pikir "Laaa, dah tua datang buat apa. Bukannya nak menari pun." (padahal kitorang pergi pun bukan nak menari)




Sekali musik start, nenek-nenek ni menari. Mula-mula slow je diorang menari, tapi makin lama makin laju. Last-last kan, dah tahap berjoget kat tengah-tengah square tu. Ada sorang nenek ni sampai tangan hayun-hayun ke atas, kaki hentak-hentak, kepala hangguk-hangguk. Aku kagum.





Tapi pelik, kalau naik bas, slow pulak diorang jalan, siap bertongkat lagi. Tu yang aku malas nak bagi seat kat golongan-golongan nenek ni. Pura-pura je tu.

3 comments:

WP said...

Diorg tengah save energy untuk menari tu...

PokaPola said...

@ WP : jangan tertipu dengan taktik mereka

Studentslife said...

hahaahhaha nasib baek aku tak tertipu