Saturday, May 26, 2012

Pendidikan percuma

Petang itu sangat sunyi serta angin sepoi-sepoi. Kami berempat duduk-duduk di bangku luar supermarket sambil menikmati hawa ekon yang sesekali keluar ke luar pabila pintu kaca gergasi otomatik itu terbuka dengan otomatik tatkala manusia melangkah masuk dan keluar ke luar. Kelibat-kelibat anak-anak gadis yang lalu-lalang kami tatap dengan penuh berminat, tambah-tambah yang sedap-sedap badannya. Sebagai golongan belia, hormon kami di dalam fasa kemuncak, oleh sebab itulah aktiviti menatap anak-anak gadis kami ambil serius.


"Pukul tiga dah ni, kuliah dah nak start."


"Awal lagi."


"Betul. Awal lagi. Lagipun kita bayar yuran tiap-tiap semester. Suka hati kita la nak masuk kelas lambat ke awal ke ponteng ke."


Kami bertiga mengangguk kepala tanda persetujuan telah dicapai. Petang itu kami bersetuju tidak ke kelas! Aktiviti menatap anak-anak gadis di supermarket diteruskan dengan penuh istiqomah.


---


Petang itu sangat sunyi serta angin sepoi-sepoi. Kami berempat duduk-duduk di bangku luar supermarket sambil menikmati hawa ekon yang sesekali keluar ke luar pabila pintu kaca gergasi otomatik itu terbuka dengan otomatik tatkala manusia melangkah masuk dan keluar ke luar. Kelibat-kelibat anak-anak gadis yang lalu-lalang kami tatap dengan penuh berminat, tambah-tambah yang sedap-sedap badannya. Sebagai golongan belia, hormon kami di dalam fasa kemuncak, oleh sebab itulah aktiviti menatap anak-anak gadis kami ambil serius.


"Pukul tiga dah ni, kuliah dah nak start."


"Eh eh dah lambat ni."


"Betul tu, dah lambat ni. Lagipun yuran tiap-tiap semester bukannya kita yang bayar. Jom lah pergi kelas. Aktiviti pemantauan anak-anak gadis ni bila-bila masa pun kita boleh sambung. Rugi kalau orang dah kasi kita belajar free kita tak pergi kelas."


Kami bertiga mengangguk kepala tanda persetujuan telah dicapai. Petang itu kami bersetuju untuk ke kelas seperti biasa! Aktiviti menatap anak-anak gadis di supermarket ditangguhkan dengan penuh berhemah.



3 comments:

yui said...

ada jugak yg jenis pikir "dah bayar yuran tiap2 semester.. kena la pergi kelas"

atau "alaahh pergi kelas buat apa..bukan bayar pun yuran tiap2 semester.."

opinion?

PokaPola said...

@ Hikaru : Memang ramai yang fikir macam tu tentang pendidikan percuma ni. Aku cume mengajak orang-orang yang berfikran macam tu berfikir cara lain. Sebab bagi aku, orang Malaysia terlampau prejudis even untuk benda-benda yang baik, macam pendidikan percuma sebabnya berlainan permikiran politik, aku taknak la sentuh bab politik. Kenapa aku cakap prejudis? Sebabnya, kalau result SPM kau memang betul-betul power, kau akan dapat biasiswa ke luar negara, ini adalah 'free education' tapi di tempat orang, kau tak bayar satu sen pun. Tapi bila result SPM kau tak berapa cantik, kau tak layak dapat pendidikan percuma di bumi sendiri. Prejudis terhadap lepasan SPM yang bukannya nak kata bodoh, tapi kurang cerdik.
Aku sokong konsep pendidikan percuma ni sebab esok kang bila aku dah ada anak sendiri, tak payahla aku risau sangat, result SPM cantik ke tak cantik ke, dapat jugak ke IPTA, tak payaj aku bayar mahal-mahal untuk ke IPTS yang mahal gila babi.

yui said...

kan? manusia byk cara fikir.. u made a good point there btw..

tgk dak debat ritu?

aku pun sokong free education tp dgn syarat masalah sedia ada bg setel dulu.. tp rafizi punya speech mcm ideal sgt la plak..hahah