Aku ada jumpa satu teko, isi dalamnya aku tak boleh tengok sebab penutupnya aku tak boleh buka. Ketat. Aku tak kuat. Aku teringat cerita rakyat yang popular, lalu aku usap-usap teko tu. Tiga kali aku usap, keluar asap berkepul-kepul.
"Aku ni jin. Aku ada kuasa. Kuasa aku, boleh tunaikan 3 permintaan barangsiapa yang menyeru. Apa kau mahu? Aku tunaikan."
"Aku boleh minta apa-apa saja?"
"Apa-apa sahaja. Apa kau mahu?"
"Kejap aku fikir."
Aku cuba pertimbangkan banyak permintaan. Dari jadi kaya macam Steve Jobs, hingga jadi femes macam Kurt Cobain, jadi genius macam Albert Einstein atau pun Lionel Messi, jadi kacak macam entah siapa-siapa yang lagi kacak, jadi kuat macam semut api, jadi yakin macam pondan pakai baju perempuan pergi pasaraya besar, jadi bersih macam Ustaz Don, jadi sihat macam jerung, dan macam-macam lagi.
Kemudian, aku ambil keputusan, aku mahu jadi kaya, aku mahu jadi kuat dan aku mahu jadi sihat. Aku luahkan kepada jin teko.
"Permintaan kau tak boleh aku tunaikan. Aku jin hanya boleh tunaikan permintaan si penyeru, tetapi bukan berkait dengan si penyeru."
"Aku kena minta permintaan untuk orang lain?"
"Ya. Apa kau mahu?"
Terus aku berlalu pergi meninggalkan jin dan teko. Penat-penat aku yang jumpa, tapi orang lain yang untung. Apa untungnya aku?
1 comment:
Ingatkan kamu nak minta jadikan semua orang lain miskin, lemah and tak sihat... :P
Post a Comment