Wednesday, February 8, 2012

Mulut masin

Aku tak paham dengan satu budaya manusia ni. Budaya ni bukan kat Malaysia sahaja, tapi merata.




Contoh, kalau member kau tetiba tak dapat dihubungi. Kau tanya member-member lain pun diorang cakap tak dapat hubungi beliau. Lantas kau berkata, "Kenapa beliau tak angkat telefon beliau? Adakah beliau ditimpa kecelakaan? Entah-entah beliau mati dilenyek sebuah treler."




Lepas tu mesti ada member kau yang lain akan cakap, "Hoih! Kau tak sayang mulut ke cakap begitu? Kang masin mulut kau kang!"




Masin mulut? Kalau benda tu nak jadi, dia jadi jadi jugak. Tak kisah lah mulut kau masin ke, manis ke, masam ke, seraya hapak bau longkang sekalipun. Bagi aku lah, tak logik sebenarnya istilah 'mulut masin' tu. Bukannya lepas je kau cakap member kau tu eksiden dilenyek treler, terus kebarangkalian beliau dilenyek jadi satu.




Orang yang mengeluarkan kata-kata 'kurang hajar' tu sebenarnya sedang berlaku jujur dengan apa yang beliau rasa. Dan beliau mengaplikasikan apa yang dipanggil oleh mat salleh sebagai 'worst case scenario'. Beliau sedang bayangkan "Apa aku nak buat kalau betul member itu dilenyek treler? Haruskah aku hubungi ibubapa beliau? Perlukah aku mencari member baharu? Ataupun bagaimanakah hutang beliau sebanyak RM 372.92 dengan aku? Siapa nak bayar ni?"




Kau mana boleh halang otak manusia untuk berfikir. Dan kau memang tak boleh halang mulut orang lain untuk berkata-kata. Lainlah kalau ada hamba abdi, itu bolehlah kau nak halang. Seraya kucing aku tu pun, aku suruh senyap, lagi beliau banyak bunyi.




Kelas aku tetiba start lambat pagi ni, sepatutnya pukul 8, tapi tadi aku masuk kelas beliau tulis kat whiteboard 'Kelas start pukul 9.' Entah-entah suami beliau ditimpa.....




Ceh, mengarut, beliau mana menikah lagi.




1 comment:

Kahuna said...

Ataupun cikgu kau yang sedang ditimpa... suami beliau.