Sunday, May 19, 2013

Satu penipuan bertaraf antarabangsa!

Tadi aku ada buat satu iklan dekat mudah.my. Iklan nak jual beg tangan mak aku yang beliau sendiri pun dah tak pakai. Lepas tu, ada la satu 'minah' ni hantar email dekat aku, interested katanya. Aku mula-mula sedikit teruja, yelah, dah ada orang berminat nak beli, takkan aku nak menangis pulak kan? Tapi. 'Minah' ni katanya dari UK. Aku tanya pendapat member aku, beliau cakap jangan percaya sangat. Aku pun tetiba jadi sangsi. Eh, panjang sangat cerita, kau baca sendiri conversation aku dengan 'minah' ni. (Email aku cuma edit bagi senang baca, content aku tak edit).



Klik untuk bagi besaq


Kau rasa kelakar ke tak kelakar? Tang mana letak logik akal yang nak beli beg tangan untuk anak saudara lelaki? Dan satu lagi, aku saja cakap yang aku akan post JEANS sebab aku nak tengok, 'minah' ni betul-betul nak beli atau saja nak menipu? Kalau betul beliau nak beli, takkan lah tak baca email aku betul-betul ye dak?


Gambar bawah ni adalah reply aku yang terakhir. Saja nak buat kelakar dengan beliau. Dan seperti yang dijangka, beliau sudah putus harapan untuk menipu. Ataupun beliau fikir yang aku ni tersangat la bodoh sebab aku tulis RM1000=USD1500. Kelakar kan aku?


Klik la bagi besaq



Tidak cukup dengan itu, ada satu lagi email yang aku terima. Email ni memang sah-sah email menipu, sebab email ni masuk ke ruangan SPAM folder email aku.


Hang klik, dia besaq



Rupanya 'Karen Nelson' dan 'Serena Bell' memang telah dan sedang aktif menipu orang Malaysia. Bawah ni ada dua screenshot yang aku ambil dari blog Yusbundlehouse. Pergi baca entry beliau kat link tu pasal scam ni kalau rajin.


Klik. Besaaaq.
Klik besaq?


Dalam entry Yusbundlehouse tu, beliau terangkan macam mana scam ni berlaku, aku malas explain sini, pergi baca dekat link yang aku tulis tu. Kalau scam ni berjaya, barang kau akan lesap, duit kau tak akan dapat. So, kau kena tipu.


Tapi aku tidak berhenti di situ, aku check nombor IP pengirim dua email yang aku dapat tu, hasilnya? Dua-dua dari tempat yang boleh dikatakan sama.(aku check dekat http://www.ip-tracker.org).


IP Karen Nelson : 192.110.165.83

 

IP Serena Bell : 192.110.165.88




Aku bayangkan bahawa Karen Nelson dan Serena Bell adalah dua warga Amerika yang berjiran dan masing-masing mahu beli beg tangan dari Malaysia melalui satu website dari Malaysia! Ini satu kebetulan yang menakjubkan! Aku sungguh bertuah!


Heh.


Jadi, aku nak nasihatkan mana-mana yang suka iklankan barang dekat mudah.my, kalau dapat apa-apa email yang kekonon dari luar negara, jangan terus jadi teruja. Check nombor IP pengirim email tu dulu (mudah.my akan tulis nombor IP dalam email), lepas tu cuba google nama/alamat email/ayat dalam email tu dulu sebab selalunya sindiket ni akan guna benda yang sama.


Penat juga tulis entry penuh dengan informasi ni. Fuh.

6 comments:

kucing belon hitam said...

poka! aku pon kena benda yg sama dari Karen Nelson tu. aku letak iklan kasut kat mudah then dia ckp nk beli utk anak sedara dia kat UK celah mana ntah. then dia sanggup bayar berapa je. aku pon cek IP dia pastu rasa mcm hilang akal apa dia ni jauh beno nak beli kasut dari Malaysia nk pos ke Uk. dah macam takdak kasut kat UK ka apa.

PokaPola said...

@kucing : tu la pasal. Aku syak ni sindiket kumpul barangan kulit/lelaki/perempuan untuk dijual kat tepi-tepi jalan. Hati-hati.

Eldy Voon said...

oh ya lupa teknik klassik ni! Check IP! mudah ni mmg femes, sampai ke US wow!

PokaPola said...

@eldy : LOL. Aku suka orang yang komen dengan nada sarkastik!

Aryan said...

tq bro sbb share aku pun dia nak kencing gak baik google dulu.. hehee

Anonymous said...

Hi...I just got the same email yesterday. I posted my Guess dress. This guy name Kevin Wall from Scotland wanna buy the dress for his customer in Nigeria. I need to post to Nigeria. And freaking weird he is a man. man wear dress??? IP No same from the one you posted here