Tuesday, May 31, 2011

Tak sopan

Perkara yang dianggap kurang sopan, tetapi ramai selalu buat :



1. Mempersoalkan taraf sosioekonomi seseorang. Eh kau miskin ke? ataupun Betul ke kau ni kaya?



2. Mempersoalkan umur seseorang. Kau nampak macam budak sekolah rendah kan? ataupun Banyak betul kedut kau, betul ke kau 19?


3. Memperlekehkan tahap kecerdikan seseorang. Eleh, muka macam jamban, aku jaminlah budak tu takdak masa depan. ataupun Muka kau nampak macam orang bijak tapi kenapa kau bodoh?


4. Mempersoalkan pendapat seseorang. Pendapat kau macam firaun.




Dan aku baru tahu lagi satu benda yang selama ni aku rasa membawa kebaikan tetapi rupanya kurang sopan. Menegur perempuan yang tidak dikenali dengan berkata,




Eh dik, nampak seluar dalam la kat belakang.




Kurang sopan eh? Tapi niat aku baik. Last-last renungan maut yang aku dapat. Oh terpanah arjunamu.

Terowong

Depa kata terowong dekat highway tu berhantu.


Yaka? Terowong tu dulu takdak lampu.


Tipu la buat terowong tak bubuh lampu.


La, sungguh, dulu mak pi KL takdak lampu.


Tipulah.


La, tak tipu. Dulu mak pi KL naik keretapi, masuk terowong takdak lampu.


Itu terowong keretapiiiiiii, memang la takdak lampu.






*perbualan dengan ibuku*

Saturday, May 28, 2011

Jefri bukan aku.

Tiga bulan lepas.


Hello! Jefri, kau dekat mana?





Dua bulan lepas.


Hello! Jefri ada Jefri? Jefri ada?




Seminggu lepas.


Hello! Jefri lu ada mana?




Sejam lepas.


Hello Jefri.








Babi aku bukan Jefri lah! Ni apahal Jefri ni popular sangat? Nombor telepon ni bukan Jefri yang pakai, ini nombor aku la mangkuk.

Kaya betul?

'Kalau awak ada sejuta ringgit, apa awak akan beli?'



'Ish, macam-macam. Saya nak beli Lamboghini sebijik, rumah banglo sebijik, dan macam-macam lagi lah.'






Kau ingat sejuta cukup nak beli Lamborghini? Stereng Lamborghini boleh la.

Friday, May 27, 2011

Kelakar

Masa tu tengah bawak kereta atas highway, malam, hujan lebat. Kereta tak banyak, jadi apa lagi, pecutlah sampai 150 km/j.




Tengah best dok tekan pedal minyak, tetiba ada van kat belakang, laju, tengah cucuk belakang sambil pasang lampu tinggi. Kurang hajar betul. Aku pun pergilah ke lane kiri sebab nak bagi laluan kat van tu. Elok ja aku masuk lane kiri, van tu pun masuk lane kiri. Lampu van tu tinggi lagi ni, dahla hujan lebat. Lagi laju aku pecut, lagi laju van tu pecut.




Aku masuk lane kanan, dia ikut masuk lane kanan, aku masuk lane kiri, dia ikut masuk lane kiri. Babi punya van. Aku slow kereta, nak bagi chance dia potong, dia pun ikut slow, apa tak gila ka?




Elok lagi 500 meter nak keluar simpang ke plaza tol Alor Star (U), van tu potong, masuk simpang tu. Kebetulan aku pun nak keluar kat plaza tol tu. Kereta memang sumpah tak ramai malam tu. Dan logik la kan kalau kereta tak banyak, bila sampai plaza tol kau akan nampak van tu kat plaza tol tengah bayar tol.




Tapi bila aku sampai kat plaza tol tu, kosong, takdak kereta. Bukannya jauh sangat pun van tu tinggal aku kat simpang tadi tu. pelik doh. Memangla hujan lebat tapi plaza tol cerah sebab banyak lampu yang tinggi-tinggi tu, tapi van tu hilang terus.




Bila aku nak bayar tol, aku sembang la sat dengan brader yang jaga kat plaza tol tu. (mana ada kereta lain pun yang nak bayar tol time tu)


'Dik, ada nampak van mai sini dak tadi?'


'Van. Warna putih ka bang?'


'Ha, putih. Ada ka lalu sini? Kurang ajaq van tu, dok cucuk main highbeam. Kita laju dia laju, kita slow dia pun slow.'


*brader tu senyum* 'Bang, tu van mayat. Memang banyak dah kes eksiden kat sini sebab van mayat tu, tambah-tambah hujan-hujan ni. 'Dia' dok kacau orang.'


*ambek balance duit, pecut balik rumah*




Pengalaman benar ni doh, tapi bukan pengalaman aku, pengalaman bapak aku. Cara dia cerita memang sebijik la. Dan 150 km/j time hujan adalah perkara biasa bagi beliau, bayangkan naik kereta dengan beliau ketika hari tidak hujan, rasa seperti bertentang mata dengan malaikat maut, beliau memang laju.

Wednesday, May 25, 2011

Putus

Apo jadi wei. Sikit-sikit nak putus, sikit-sikit nak putus.




Mati la macam ni nak kena beli tali gitar baru pulak. Dalam masa sebulan ni, tiga tali dah putus, dari dua gitar yang berbeza.




Haram betoi, baik aku main kompang macam ni.

Monday, May 23, 2011

Makcik gemuk yang bodoh

Apa kurang ajar sangat manusia sekarang. Aku tak boleh orang kurang ajar dengan aku, tak kira la kau muda ke kau tua ke, aku bagi balik.




Macamla aku nampak kan yang kau nak jalan belakang aku. Mana budi bahasa makcik oi? Kau tu dah berusia, tolonglah tunjuk perangai elok sikit. Takkan asyik yang muda ja yang nak hormat yang tua. Hormat ni dua hala, kalau kau nak orang hormat kau, do the same lah makcik gemuk tak sedar diri oi. Bodoh, makin tua otak makin kecik.




Kan tak pasal-pasal kena maki dengan aku depan orang ramai. Kau setan!

Sunday, May 22, 2011

Backhoe backhoe backhoe backhoe

Dunia dah maju. Banyak bangunan tinggi-tinggi, telepon bimbit canggih-canggih, gambar televisyen timbul-timbul dan macam-macam lagi.




Tapi takdak kah jurutera-jurutera yang mampu buat sebijik backhoe yang boleh jalan laju sikit? Leceh doh kalau tengah bawak kereta sedap-sedap tetiba terserempak dengan backhoe kat depan. Dahlah besar, lembab nak mampos. Ibarat macam kau nak naik tangga, tapi tetiba ada sorang makcik bertongkat depan kau. Nak potong tak boleh, nak suruh dia ke tepi kang macam biadap pulak, nak lempang macam kurang sopan pulak.




Nak taknak, terpaksa la ikut bontot dia, dengan harapan backhoe tu terbabas masuk parit sebelah. Kalau ikut belakang bas takpa, sebab bas pun sekarang dah bawak laju sampai kadang-kadang aku konpius dengan pelekat 80/90 km/j kat belakang bas tu, sama ada pelekat tu nak suruh aku bawak 80/90 km/j atau itu adalah hadlaju minimum untuk drebar bas tu.




Ikut belakang pakcik yang bawak motosikal lagi buat rasa kau nak bunuh diri, kejap ke tengah kejap ke tepi. Nak langgar terus kang kesian.

Friday, May 20, 2011

Gadis Capaloren

Eksyen lah

Ini cerita lama dah, time ni aku nak beli jam kat satu kedai dekat Padang Besar. Ni bukan kedai tepi-tepi jalan yang jual barang ciplak tu, tapi memang kedai jam betul. Aku beli sebuah jam buatan Levi's yang pada mulanya nampak stylo, tetapi selepas sebulan, naik menyampah.




Tapi ini bukan cerita pasal jam. Ini pasal cerita satu couple berlagak nak beli jam. Diorang ni masuk kedai tu, dressing memang mantap la. Orang luar aku rasa sebab tak guna loghat utara. Eksyen beb. Kalau nak kata tetiba aku rasa 'kecil' dan 'rendah' diri bila jumpa orang macam ni, memang tak la, sebab aku jarang nak pandang tinggi dekat orang yang dressing hebat-hebat dan berlagak hebat.




Aku dengan pakai t-shirt, seluar pendek dan selipar masuk nak beli jam mahal-mahal. Apa nak kisah, kalau muka hensem, pakai apa pun hensem kan? (perasan) Diorang yang couple ni memang eksyen, kejap tengok jam tu, kejap tengok jam ni. Jam jenis yang harga 600 ke atas pulak tu. Kecoh bai satu kedai, padahal time tu ada aku dengan couple ni je.




Lama la jugak diorang dok tengok jam. Last-last kan kau tau diorang tanya apa kat pekedai tu? 'Jam ni ada diskaun tak? Ini harga sebelum tolak cukai kan? Sini kan takdak tax.'




Wadefak? Harap pakaian meletop, otak besar ibu jari kaki. Lepas-lepas je pekedai tu kata memang takdak diskaun, memang takdak tolak cukai segala, terus diorang blah. Hek eleh. Tengok jam tu tengok jam ni bagai nak rak.







Aku lagi malas masuk kedai, bila pekerja situ malas nak layan kau sebab dressing kau tak semat. Ish, kau pun kuli je kat kedai tu, dah kerja kau layan pelanggan, layan je la. Kot la itu kedai kau kan.

Tuesday, May 17, 2011

Tak mati lagi lah

Ikan tu mati dah.



Tak mati lagi.



Dah tak bergerak dah, mati la.



Tak mati lagi.



Mati dah.



Tak mati lagi lah. Tengok mata dia dok terbukak lagi.






Cubaan adik aku membuat lawak. Bagus, menjadi.

Saturday, May 14, 2011

Hantu bulu?

Aku balik jenguk kampung kejap. Best, aku suka suasana malam yang sunyi dan kehijaun sawah padi. Yes I'm that sentimental. Muka legend, hati cute bai.




Sekarang (AT THIS RIGHT MOMENT), aku dekat kedai makan. Berlaku benda agak aneh.




Aku baru habis hisap rokok (aku tengah tunggu-tunggu bila harga rokok nak naik, naiklah oh naiklah wahai Dato' Seri). Ni masuk part aneh.




Aku nak jentik abu rokok. Kita semua tahu la kan, nak jentik abu rokok haruslah kat bawah, takkan atas meja pulak, tak pasal-pasal kena lempang dengan bapak aku, mau bisu. Lepas tu, aku rasa macam tangan aku tersentuh kucing kat bawah meja. Secara refleks aku terkejut, bila aku selak bawah meja, nada!! Mana ada apa pun.





Lepas tu aku bisik la kat adik aku. Kau tau dia cakap apa? Tadi kaki dia rasa jugak macam tersentuh kucing, dan secara koinsidennya, nada!!!! Tiada kucing mahupun apa-apa yang berbulu.





Aku teringat cerita Ngangkung. Oh shit, macam mana kalau ada hantu bawah meja yang aku tengah dok makan ni? Eh apasal capoi sangat mulut aku? Bodoh la.





Tetapi tak seram sangat. Kau tau apasal? Yep, kebanyakan kedai makan kat kampung ni ada pentas karaoke. Jadi, aku lebih terhibur mendengar lagu yang memekakkan gegendang dan koklea telinga. Nanti balik kang seram la kot.





Gila kau macam mana nak atasi obesiti sebab itu penyakit keturunan. Meja family aku semua kecik- kecik je. Meja depan aku, perghhhhh, jentera-jentera berat beb!





PS : AKU LUPA PUBLISH TIME AKU TULIS. INI ENTRY SEMALAM.

Wednesday, May 11, 2011

Telefon bimbit

Kau boleh hidup tanpa telefon bimbit? Nak masuk jamban pun bawak henpon, kan? (Ke aku je?)




Kalau perempuan, kenapa mesti henpon tu ada di tangan? Memanglah nama dia telefon bimbit, tapi tak payahlah nak bimbit sepanjang masa. Kalau lelaki, henpon mesti dalam poket. Kalau berbunyi, saja tunggu sepuluh saat buat-buat belek siapa yang call, saja nak bagi orang sekeliling dengar ringtone dia yang konon-konon sedap tu.




Aku rasa orang sekarang ramai yang salah anggap dengan konsep telefon bimbit. Walaupun orang yang call kau duduk Sabah dan kau kat Changloon, orang tu tetap dengar apa yang kau cakap. Tak perlu lah nak cakap kuat-kuat sampai orang pekak pun boleh tetiba dengar apa yang kau cakap. Tak kesian ke kat orang pekak tu, kau bagi harapan palsu yang penyakit pekak dia dah sembuh? Tak kesian ke?




Kalau kau dah letak nombor kau kat fesbuk, tak payah la buat-buat tanya 'Eh, mamat mana pulak yang mesej aku ni, menyampah menyampah.' Apa ke bangang nya. Orang macam ini ibarat mereka yang suka tayang body, bila ramai orang ternganga terangsang tengok, buat-buat sentap. Dah kau tunjuk, kang tak tengok kau kecik hati pulak. We are doing you a favour! Haish. Kalau taknak orang tengok, lain kali keluar pakai plastik sampah tutup semua. 




Eh, hari tu kan ada budak mana entah mesej aku cari geng dia. Budak ni umur sembilan tahun kot. Tetiba masej aku nak cari Nur Syazliana dari kelas 3Merah. Bila aku call balik nak cakap dengan budak ni, memang betul budak kecik. Kecik-kecik dah pakai henpon eh. Canggih. Aku dulu masuk sekolah menengah baru merasa pakai henpon.

Superpower

Kalaulah aku ada superpower, kan best. Aku nak superpower yang boleh hentikan masa tu. Boleh aku
pergi jalan jauh-jauh dalam masa tak sampai satu saat. Tapi kan kalau masa terhenti, maknanya kapal terbang pun tak jalan la kan? Habeh takkan aku nak pergi Safari Afrika jalan kaki? Gila kau, jauh tu. Yela, bagi orang lain, masa tak jalan, tapi bagi aku masa tetap berjalan. Pff. Tak best lah.




Kalau aku dapat kawal minda orang? Haaaa, yang ni best. Boleh aku pergi bank, lepas tu suruh pekerja bank tu isi duit banyak-banyak dalam karung guni, lepas tu bagi aku. Eh tapi kan ada CCTV? Kalau esok muka aku keluar paper macam mana? Masuk penjara jugak ke? Kalau masuk pun, aku still boleh suruh polis tu lepaskan aku dengan superpower aku. Tapi nanti polis lain pulak datang tangkap aku. Haish banyak kerja lah, tak best tak best.




Kalau jadi halimunan? Macam best, boleh pergi, err, boleh buat, err, boleh pergi, err. Ish maknanya kalau nak jadi halimunan, aku kena bogel ke time nak jadi halimunan tu? Ish tak senonoh betul, tapi bukan orang nampak pun kan? Tapi kang kalau aku jalan kat tepi-tepi jalan tengah berhalimunan dan bogel, tetiba power halimunan aku hilang? Haaaa, aib woo, aib. Tak best, tak best.




Kalau boleh terbang? Eh apa yang bestnya boleh terbang. Aku gayatlah.




Aku tau dah, aku tau dah. Aku nak ada superpower wang segera. Asal aku petik jari je, sejuta ringgit masuk akaun bank aku. Haaa, yang ni baru best. Memang dasar pemalas!







Aku rasa otak aku dah tengah mainkan balik apa yang aku fikir masa aku umur tujuhlapan tahun dulu. Tapi kira pandai la jugak kan, kecik-kecik dah fikir pasal duit.

Saturday, May 7, 2011

Aku jua seperti mereka.

Aku rasa malu dengan diri sendiri. Semenjak aku balik aku dah berubah. Aku sudah berubah seperti mereka-mereka yang melaungkan nama-nama yang tidak dikenali. Malu lah.




Kini aku bergelar peminat AF. Hapaaa??? Peminat AF? Ya peminat AF. Babila, takkan kot. Takkan muka ala-ala mafioso Italy minat AF. Takdir begitu kejam terhadapku. Kenapa kau kejamm!!!!???




Go Neera, I lap u so strong!!




Seriously, I need to go out sometimes.

Thursday, May 5, 2011

Makhluk aneh

Tadi pergi pasar malam. Dan aku jumpak makhluk-makhluk pelik.




Sorang makcik lewat 30-an yang tengah mengandung jalan berkepit dengan sorang budak jambu awal 20-an. Aku pun nak jugakkkk sugar mommy! Tapi takmau la yang macam makcik ni, tak cantik.




Seorang 'perempuan' bermekap tebal, berpayu besar (seriously BESAR dan tidak ditutup dengan kemas) jalan-jalan dengan bangganya. Apa bangga ke jadi jantan bertetek? Haktuih!




Seorang perempuan boleh tahan cun berkepit dengan lelaki muka pecah. Di mana keadilan!! Mungkin bukan di Malaysia, damn it.

Wednesday, May 4, 2011

W semakin populew

Budak-budak sekarang ingat mereka sangat kewl dengan menggunakan perkataan-perkataan yang sangat pelik.




Akew. Tomey. Unk. Napew. Lorh. Cangat. Berawk.




Yang berawk tu tak pernah jumpak lagi, tapi macam kewl gilew lorh kan? NOT.




Bahasa Malaysia semakin rosak. Lain ditulis, lain yang dibaca. Pengkhianat bangsa semakin bertambah. Jiwa bangsa dipermainkan. Apew lew kowunk na jadew hew herew jadew sekaliew?




Penat-penat mak bapak hantar pergi belajar, mengeja pun gagal. Kalau ya pun nak berlagak comel, cukuplah dengan sekadar gambar-gambar yang 'comel' dekat fesbuk. Status tak payah nak 'comel-comel' ok?