Friday, May 27, 2011

Kelakar

Masa tu tengah bawak kereta atas highway, malam, hujan lebat. Kereta tak banyak, jadi apa lagi, pecutlah sampai 150 km/j.




Tengah best dok tekan pedal minyak, tetiba ada van kat belakang, laju, tengah cucuk belakang sambil pasang lampu tinggi. Kurang hajar betul. Aku pun pergilah ke lane kiri sebab nak bagi laluan kat van tu. Elok ja aku masuk lane kiri, van tu pun masuk lane kiri. Lampu van tu tinggi lagi ni, dahla hujan lebat. Lagi laju aku pecut, lagi laju van tu pecut.




Aku masuk lane kanan, dia ikut masuk lane kanan, aku masuk lane kiri, dia ikut masuk lane kiri. Babi punya van. Aku slow kereta, nak bagi chance dia potong, dia pun ikut slow, apa tak gila ka?




Elok lagi 500 meter nak keluar simpang ke plaza tol Alor Star (U), van tu potong, masuk simpang tu. Kebetulan aku pun nak keluar kat plaza tol tu. Kereta memang sumpah tak ramai malam tu. Dan logik la kan kalau kereta tak banyak, bila sampai plaza tol kau akan nampak van tu kat plaza tol tengah bayar tol.




Tapi bila aku sampai kat plaza tol tu, kosong, takdak kereta. Bukannya jauh sangat pun van tu tinggal aku kat simpang tadi tu. pelik doh. Memangla hujan lebat tapi plaza tol cerah sebab banyak lampu yang tinggi-tinggi tu, tapi van tu hilang terus.




Bila aku nak bayar tol, aku sembang la sat dengan brader yang jaga kat plaza tol tu. (mana ada kereta lain pun yang nak bayar tol time tu)


'Dik, ada nampak van mai sini dak tadi?'


'Van. Warna putih ka bang?'


'Ha, putih. Ada ka lalu sini? Kurang ajaq van tu, dok cucuk main highbeam. Kita laju dia laju, kita slow dia pun slow.'


*brader tu senyum* 'Bang, tu van mayat. Memang banyak dah kes eksiden kat sini sebab van mayat tu, tambah-tambah hujan-hujan ni. 'Dia' dok kacau orang.'


*ambek balance duit, pecut balik rumah*




Pengalaman benar ni doh, tapi bukan pengalaman aku, pengalaman bapak aku. Cara dia cerita memang sebijik la. Dan 150 km/j time hujan adalah perkara biasa bagi beliau, bayangkan naik kereta dengan beliau ketika hari tidak hujan, rasa seperti bertentang mata dengan malaikat maut, beliau memang laju.

5 comments:

Ryehanna said...

seram giler!!

aku ni dhle slalu gak drive sesorg mlm2... T___T

WP said...

Ok, sekarang kalau saya nak pandu pergi Alor Star, tak berani saya pandu malam²... lol

PokaPola said...

@ ryehanna : ha tau takpa, kalau bawak malam baik tak payah dok speeding.

@ wp : upah driver saja

Lady RaRa non-illuminati said...

awat tak register ayah hang masuk novice F1 wey???

buleh aku tumpang tikam!

PokaPola said...

@ gaga : tunggu next season F1