Sunday, May 22, 2011

Backhoe backhoe backhoe backhoe

Dunia dah maju. Banyak bangunan tinggi-tinggi, telepon bimbit canggih-canggih, gambar televisyen timbul-timbul dan macam-macam lagi.




Tapi takdak kah jurutera-jurutera yang mampu buat sebijik backhoe yang boleh jalan laju sikit? Leceh doh kalau tengah bawak kereta sedap-sedap tetiba terserempak dengan backhoe kat depan. Dahlah besar, lembab nak mampos. Ibarat macam kau nak naik tangga, tapi tetiba ada sorang makcik bertongkat depan kau. Nak potong tak boleh, nak suruh dia ke tepi kang macam biadap pulak, nak lempang macam kurang sopan pulak.




Nak taknak, terpaksa la ikut bontot dia, dengan harapan backhoe tu terbabas masuk parit sebelah. Kalau ikut belakang bas takpa, sebab bas pun sekarang dah bawak laju sampai kadang-kadang aku konpius dengan pelekat 80/90 km/j kat belakang bas tu, sama ada pelekat tu nak suruh aku bawak 80/90 km/j atau itu adalah hadlaju minimum untuk drebar bas tu.




Ikut belakang pakcik yang bawak motosikal lagi buat rasa kau nak bunuh diri, kejap ke tengah kejap ke tepi. Nak langgar terus kang kesian.

1 comment:

Lis said...

backhoe = bajak..