Friday, May 20, 2011

Eksyen lah

Ini cerita lama dah, time ni aku nak beli jam kat satu kedai dekat Padang Besar. Ni bukan kedai tepi-tepi jalan yang jual barang ciplak tu, tapi memang kedai jam betul. Aku beli sebuah jam buatan Levi's yang pada mulanya nampak stylo, tetapi selepas sebulan, naik menyampah.




Tapi ini bukan cerita pasal jam. Ini pasal cerita satu couple berlagak nak beli jam. Diorang ni masuk kedai tu, dressing memang mantap la. Orang luar aku rasa sebab tak guna loghat utara. Eksyen beb. Kalau nak kata tetiba aku rasa 'kecil' dan 'rendah' diri bila jumpa orang macam ni, memang tak la, sebab aku jarang nak pandang tinggi dekat orang yang dressing hebat-hebat dan berlagak hebat.




Aku dengan pakai t-shirt, seluar pendek dan selipar masuk nak beli jam mahal-mahal. Apa nak kisah, kalau muka hensem, pakai apa pun hensem kan? (perasan) Diorang yang couple ni memang eksyen, kejap tengok jam tu, kejap tengok jam ni. Jam jenis yang harga 600 ke atas pulak tu. Kecoh bai satu kedai, padahal time tu ada aku dengan couple ni je.




Lama la jugak diorang dok tengok jam. Last-last kan kau tau diorang tanya apa kat pekedai tu? 'Jam ni ada diskaun tak? Ini harga sebelum tolak cukai kan? Sini kan takdak tax.'




Wadefak? Harap pakaian meletop, otak besar ibu jari kaki. Lepas-lepas je pekedai tu kata memang takdak diskaun, memang takdak tolak cukai segala, terus diorang blah. Hek eleh. Tengok jam tu tengok jam ni bagai nak rak.







Aku lagi malas masuk kedai, bila pekerja situ malas nak layan kau sebab dressing kau tak semat. Ish, kau pun kuli je kat kedai tu, dah kerja kau layan pelanggan, layan je la. Kot la itu kedai kau kan.

1 comment:

Lis said...

kadang2 org yg keje kedai lagi berlagak nk mampus dr tokey kedai..muke kerek pandang org cm org xmmpu nk beli..ek eleh..(pd hal mmg xmampu pn) ;p