Wednesday, January 27, 2010

Buritan kapal

Sesungguhnya, aku amat benci pekerja-pekerja di kedai baju yang mesra dan baik hati. Kan tak pasal-pasal aku dah terbeli jaket dan baju baru. Selalu bila aku masuk kedai; tengok baju lima minit, keluar kedai dengan tangan kosong sambil bermonolog 'Haram sombong gila orang kat kedai ni, baik aku pegi kedai lain'. Dan itulah situasi aku semenjak enam bulan yang lepas. Sebab tu la jugak aku tak beli walau seurat baju pun enam bulan yang lepas. Tapi aku hepi sebab tak bazir duit beli baju.


Tapi tadi, lain pulak jadi. Sekarang ni period sale, so segala tok nenek punya baju, seluar, kasut, perfume ada sale, dengan tayar-tayar kereta sekali ada sale. Aku memang nak cari baju, tapi sekadar SEHELAI baju. Kedai yang aku masuk ni, selalunya baju dan jaket dia memang mahal, dalam seratus lebih (tak mahal eh seratus? aku miskin).


Pastu tengok punya tengok punya tengok, aku nampak satu jaket ni, mak ai haram lawa!! Tengok tag harga, mak ai haram mahal, seratus lebih, pastu tengok sekali lagi, ada tag disekaun tujuh puluh persen, tolak-tolak, tinggal tiga puluh lebih. Mula-mula ingat nak survey dulu harga kat kedai lain. Alih-alih pekerja dia datang (berkulit hitam, tiada niat untuk raciste di situ), penuh dengan kepora-poraan baik gila babi (mungkin kerana aku hensem).


Lima belas minit aku menerai dua helai baju (sebab aku konfius dengan dua baju, nak je aku angkat dua-dua sekali, malangnya ekonomi agak gawat). So last-last aku amek yang paling kool. Pastu dia tanya aku "Tu je encik?". Entah camana terkeluar dari mulut aku (aku rasa aku kena pukau dek kebaikkan hati si hitam ini), "Taklah, nak cari lagi satu baju, pullover". Dan sedar-sedar je, aku dah kat kaunter bayar dengan DUA helai baju kat tangan, WAT DE WAT??!!! Lepas bayar, aku terus keluar, takut aku, nanti tak pasal-pasal dia pujuk aku suruh beli satu kedai tu sekali.


Sesungguhnya aku amat benci orang yang baik dan berpora-pora baik..



ps: dah tau ekonomi gawat, lagi nak pi beli scarf baru!! dasar pembazir!! tapi serius baju yang aku beli amat lah cantik dan kelas

2 comments:

eiza_wani89 said...

xabis2 bju2 ,, sok bt bundle byk ,, agagagaga ...

eiza_wani89 said...

xabis2 bju2 ,, sok bt bundle byk ,, agagagaga ...