Tuesday, January 26, 2010

Bukan salah ibu mengandung....

..tapi salah ayah lambat cabut.

Pagi

Rasa macam kekok pulak lama tak pegi kelas, sampai nak salin nota dalam kelas tadi pun aku sempat konpius 'Aku pegang pen pakai tangan kanan ke kiri?' Musykil jap empat saat


Tengah hari

 "Vous-pouvez √©crire un peu plus gros monsieur?" (Can you write a bit bigger, sir?) bertanya klasmet aku (perasan klasmet,kenal pun tidak). Prof ni kalau dia tulih, dari jauh nampak lubang pungkoq dia lagi besar. Tambah lagi dengan pen marker dia yang nyawa-nyawa ikan, haram susah gila nak baca+salin nota. Dia ingat kitorang semua superman ka dari jauh boleh nampak?

"Bah, il n'y a qu'à vous mettre devant.." (Bah, mai la dok depan ni, dok belakang sapa suruh)(Tiada kaitan dengan bahasa Sabah, bah). Tahik dia, kalau semua yang dok belakang pegi depan, maknanya kena tambah sembilan puluh seat baru la kat depan tu. Lagipun duduk depan dalam dewan kuliah tak best, susah nak korek hidong, nanti orang belakang nampak report cikgu. Papan putih tu punyala besar, siap ada dua lagi, apa entah isu prof ni tanak tulih besar-besar. Last-last aku maleh salin, mampoh ko ah nota!


Petang

A :  "Iphone lagi best la, the besh in ze world"
B :  "Smartphone yang ada keyboard lagi best la, lagi senang nak type, Iphone susah nak anta SMS"
A :  "Mana boleh ko bandingkan dari segi tu....macam ko bandingan keta Mersedis dengan...err.....dengan......errrr.....dengan......kapal terbang!"
B :  "Itu memang la tak boleh dibanding bodoh"
A :  "Asal pulak, dua-dua digunakan untuk tujuan pengangkutan...ha.....tadak-tadak, Iphone lagi best"

Aku gelak-gelak tikus je mendengar perbualan yang agak kurang siuman dua orang budak perancis ni, cikgu tengah bincang jawapan soalan latihan, dorang sebok dok bincang pasal Iphone padahal si A tu tak pakai Iphone pun. Bingai sungguh.


ps : Lain kali kalau masuk kelas, silentkan handphone, tambah-tambah kalau ringtone anda berbunyik "Bismillahirohmanirahim". Kan dah kena gelak ramai-ramai dalam kelas, dengan aku sekali termalu dok sebelah budak ni.

No comments: