Sunday, January 24, 2010

Berderai sudah

Naik train atau bas dengan beg yang sebesar dan seberat tv nampoloh inci adalah benda paling aku benci, kalo tv plasma ke lcd ke aku tak kisah, ni tv yang bontot besar tu. Ibarat tahi. Nasib baik aku ambek teksi ke stesen keretapi, so kurang la sikit tahap kenajisan situasi hari ni.

Turun teksi je, aku nak galas beg aku, KEDONG-KEDONG (efek bunyi benda jatuh bergolek-golek), terkulai-layu jam aku kat atas jalan. Aku dengan selamba ambek la balik sebab kejatuhan dah sebati dengan hidup beliau. Bila aku pakai je balik jam tu, aku perasan something yang lain, macam ada corak-corak pulak kat cermin jam aku. Haiwan berhidong pendek!!! (untuk menggantikan word babi sebab aku tak suka tulih word babi kat belok aku).

Keluar segala vocab carutan dan sumpahan dari mulut aku time tu. Hamjadah sungguh. Tak pasal-pasal brader teksi tu pandang pelik kat aku sebab dia ingat aku memaki-hamun dia (pedulik hape aku). Dan sekarang jam aku macam 'Retak menanti belah' atau lebih tepat lagi 'Teramat kool sebab macam jam yang sangat seasoned'


Teramat kool bukan?

Kalau jam aku ni tiga hengget aku tak kesah, tapi mahal tu aku beli. Nasi beriyani betol! Nasib retak dalam je. Kalau pecah terus? Mau aku diserang histeria sorang-sorang kat tengah jalan tu.


Beli coke sebelum naik train (tak sah naik tren kalau xdak coke, macam tak sah berak kalau tak isap rokok). Sepanjang soploh minit pertama aku dalam train, anjing satu couple tua ni (yang tunggu hari je nak mampus) dok tengok aku, serius aku cakap, mata dia memang fixed tepat kat muka aku. Dan tetiba aku jadi paranoya, dalam hati aku 'mesti menatang haram ni tengah usha mata aku, babi la!'. Bajet comel pulak si hanjeng ni, makan kang (ye,ye aku tau daging hanjeng tak sedap).

Last-last aku pakai spek reben aku, sumpah lepas aku pakai spek aku, hanjeng tu dengan secara automatik tengok tempat lain. Konfem teori aku, hanjeng ni usha mata aku tadi!! Dan tetiba hati aku terpikir 'Hahaha, at least badan aku tak berbulu macam badan ko, hanjeng!' (aku pikir pakai hati je senang, pakai otak susah).

Bila dah sampai aku pegi beli rokok, aku mintak dua kotak (stok setahun) tapi makcik tu bagi sekotak so aku cakap la aku nak dua. Korang tau dia balas apa? Tak, tak, dia cakap aku hensem lepas aku bayar. Dia cakap "Dua? Ia meningkatkan kebarangkalian anda.." ...untuk mampos karena rokok. Aku gelak je walaupun otak aku terasa pedih (perasaan aku kat otak). Haktuih punya makcik.

ps: Aku taknak dah tulis 'ps' sebab aku tak tau maksud 'ps', dan tak payah korang nak google 'ps' sebab result dia semua pasal playstation.

2 comments:

wizard said...

Ini Big Kahuna yang komen dari kompite syapik so malas nak log out akaun gmail beliau.

p/s bermaksud post scriptum dalam bahasa latin, yang bermaksud "after writing".

harap maklum.

p/s : anjing pon tau menilai mata besaq. dasat.

PokaPola said...

aku baru tau semalam, stelah meng'google' ps walaupun byk result pasal playstation.

'probably stupid' pun ok jugak.

ps:anjing xtau yg judge a book by its cover adalah ketinggalan zaman.