Thursday, July 10, 2014

Sekian lama

Terasa begitu lama sekali aku tidak mengemaskini blog kenapa begitu serius ini. Aku berharap kesemua pembaca di luar sana tidak begitu serius sepanjang ketidakkemaskinian blog ini biarpun tidaklah pula aku tahu bahawa kau betul-betul di luar sana, entah-entah kau sedang berada di dalam rumah sambil makan mee segera perisa kari secara senyap-senyap dan berhati-hati supaya garfu tidak bersentuh dengan mangkuk kuat-kuat sehinggakan jiran sebelah terdengar bunyi itu lantas berfikir hmm tak puasa la orang sebelah tu. Padahal jiran sebelah juga tidak puasa. Biasalah, kain sendiri terkoyak nampak jerawat di punggung masih mahu menjaga kain orang lain yang juga terkoyak nampak jerawat di punggung, kiri mahupun kanan.


Apa khabar kesemuanya puasa ke tidak kalau tidak puasa pastikan sebelum keluar rumah gosok gigi betul-betul manalah tahu kot-kot tersepit cili di celah gigi depan. Tapi semasa memberus gigi tu, pastikan jangan lama-lama berkumur, ye lah kan makruh tu di bulan puasa yang penuh kerahmatan ini. Eh Rahmat apa cerita? Lama tak dengar beliau menyanyi, entah puasa ke tidak beliau tapi janganlah berfikiran negatif kita kena sentiasa positif supaya hidup tidak selalu dirundung perkara bukan-bukan, dan juga bebas hutang. Mudah-mudahan.


Kau tengok Piala Dunia tak? Ke Piala Dunia tengok kau? Apa ke pelik Piala Dunia tengok kau, dekat rumah kau ada seketul trofi Piala Dunia ke? Kalau betul ada, selfie la sikit lepas tu letak dekat Instagram ke Myspace ke dengan hashtag yang macam-macam. La, tak ada Myspace rupanya, patutlah. Aku pun dah lama tak log in masuk Myspace aku, entah ada lagi ke tidak profil aku dekat situ. Last aku log in, aku update status berbunyi "Macam mana nak update status dekat sini?". Masa tu aku baru belajar buat lawak hambar, sekarang ni aku dah terer sikit dah. Status aku tu, aku tanya macam mana nak update status dekat Myspace padahal memang aku tengah update pun hahaha kelakar. Masa tu aku umur belasan tahun. Sekarang ni aku tua sikit daripada masa tu.


Berbalik ke cerita jiran tadi, hari tu tengah pagi, tengah ada perlawanan bola sepak. Aku tak ingat lah negara mana yang bertanding, Barcelona lawan PKNS rasanya, kalau tak silap. Lepas tu gol, aku dengar beliau jerit gila kuat. Aku mula ingatkan ada orang bergaduh kat bawah rumah, aku dah siap-siap berlari ke dapur nak ambil sudip, manalah tahu kalau ada orang bergaduh, boleh aku join sekali berlawan pakai sudip. Rupanya orang menjerit padahal bukan negara dia pun yang bubuh gol. Kau tak pelik ke? Aku perhati je. Malas nak kata apa, nanti bergaduh tak pasal-pasal pulak sudip emak aku patah dua. Padahal baru je beli sudip tu. Mahal pulak tu. Enam ringgit sembilan puluh tujuh sen. Inflasi, biasa lah. Kalau tahun lepas, rasanya harga pasaran untuk sudip baru dalam enam ringgit tujuh puluh sen.


Baju melayu aku tak beli lagi ni. Aku tunggu orang gabung baju melayu dengan seluar jeans. Baru la betul rock.

2 comments:

smbotak said...

baju melayu gabung dengan bow tie dah ada, kau nak? tapi jangan gayakan bersama sudip tu pulak...

PokaPola said...

Tak pelik baju melayu gabung dengan bow tie?

Bukannya aku nak ke pejabat pun pakai tie.