Suatu hari, negara Malaysia dilanda satu musibah yang dasyat. Kedasyatan musibah itu tidaklah begitu dasyat biarpun ianya dikategorikan sebagai musibah. Musibah yang dasyat (tidak sebegitu dasyat) tersebut dipanggil jerebu.
Sehingga kini ramai yang tidak tahu bahwa jerebu tersebut sebenarnya adalah kabus-kabus yang bakal meliputi satu dunia. Mengikut skrip kekabus ini bakal meliputi seluruh pelusuk dunia dalam masa tidak lama lagi. Selepas itu satu dunia bakal gelap-gelita. Cahya matahari bakal terhalang dari menembusi langit, daun-daun akan mati.
Binatang herbivor bakal mati sejurus kesemua tumbuh-tumbuhan mati. Binatang karnivor bakal mati sejurus kesemua yang herbivor mati. Tiba suatu masa, semua manusia juga bakal mati kerana bekalan makanan bertin bakal habis.
Punca jerebu sebenarnya bukan susah, bakar hutan, jadi jerebu. Jerebu merebak, jadi bencana. Bencana merebak, jadi alat penghapusan manusia. Hutan jika tidak dibakar jadi tabung oksigen. Oksigen penting untuk para haiwan dan para manusia. Oksigen juga memungkinkan pembakaran terjadi.
Selama hutan menjadi tabung, ada yang berterima kasih kepada jiran? Selama hutan terbakar, ada yang ingat akan jasa jiran?
1 comment:
nilai murni bertemakan kejiranan sangat ketara dalam entri ini...
Post a Comment