Sunday, June 16, 2013

Sahaja aku menulis kerana...

Setelah beberapa lama aku berkecimpung dalam penulisan blog ni, aku baru tertanya-tanya. Kenapa aku tulis blog? Kau tak tertanya-tanya ke? Ke kau memang nak tanya tapi malas nak tanya? Kalau kau tanya pun macam la aku nak jawab. Baik jangan tanya.


Dulu aku ingatkan tulis blog ni memang senang-senang boleh buat duit. Kiranya dulu-dulu aku yakin bahawa penulisan aku teramatlah power sehinggakan dalam masa sebulan aku mampu menarik minat sebegitu ramai pembaca. Biasa lah, apa-apa benda nak mula pun, kena bercita-cita tinggi. Bukanlah aku nak cakap blog ni tak ramai yang baca, cumanya tak cukup ramai, kahkahkah.


Tapi semakin lama aku tulis blog, semakin aku hilang pandangan ke arah duit. Begitu sekali hebatnya kuasa menulis ini. Biarpun aku bukannya ada minat langsung ke arah sastera ke a samad said ke usman awang ke syekspiyer ke mahupun mana-mana penulis sastera yang lain, aku seronok menulis. Sebenarnya ramai tak tahu, aku rasa tak siapa pun yang tahu, masa aku sekolah rendah dan menengah dulu, aku hebat tulis karangan, biar dalam bahasa kebangsaan ataupun bahasa inggeris.


Masa sekolah rendah bahasa inggeris aku memang hancur jadi aku hanya power tulis karangan bahasa melayu. Bila masuk sekolah menengah, inggeris aku pula yang power, jadi aku seronok tulis karangan dalam bahasa inggeris. Yang jadi motivasi, karangan aku cikgu suka fotostat bagi ke kelas lain baca. Sebagai contoh katanya. Amboi ada berbaur riak di situ.


Sebab itu aku kadang-kadang ada tulis cerita kat sini. Saja nak mengimbau kenangan dulu. Cikgu aku pernah pesan, "Kalau nak tulis karangan, ayat tu biar ringkas, kalau tak, nanti pemeriksa bosan. Awak tahu berapa puluh karangan pemeriksa tu nak tanda?!". Aku pegang pesanan tu aku pegang. Satu lagi, ada pepatah mengatakan "Simple is perfect". Lagipun kalau aku tulis rumit-rumit, kang aku sendiri yang bosan.


Sekarang ni, itu sajalah yang mendorong aku terus menulis, bukannya nak duit ke, nak bangga pembaca aku ramai ke, nak jadi popular ke, nak kongsi gambar percutian ke luar negara ke, nak kongsi video youtube ke, mahupun nak bercerita pasal hal rumahtangga, tapi saja seronok-seronok kata orang. Menulis ni tak semestinya kena kreatif, asalkan jujur dari hati, akal, iman dan aku sendiri pulak yang gelak bila baca ayat ni, kahkahkah.


Dahlah, aku nak minum kokakola kejap.

No comments: