"Aku pelik betul dengan remaja zaman sekarang ni.
Tak habis-habis keluar main kat luar, bukannya nak habiskan masa depan laptop. Remaja sekarang ni tak macam kita dulu-dulu. Kita dulu-dulu mana dapat nak keluar main bola sepak lah, main bola keranjang lah, main kejar-kejar lah, main layang-layang lah. Kita dulu-dulu semua duduk depan laptop baik-baik main Twitter, Facebook, tulis blog, tak pun tengok filem diam-diam. Tak pernah dibuat orang keluar jumpa orang kat luar, laman sosial tu kan ada?
Remaja sekarang ni tak pandai. Kalau pergi kedai makan, dia pakai makan je, bukannya nak capture the moment. Tak macam kita dulu-dulu. Kita dulu-dulu kalau nak makan mana-mana pun, gambar makanan tu kena ambil. Kalau aku cakap remaja sekarang ni tak pandai, nanti ramai pula yang marah, tapi itu lah realiti. Kita dulu-dulu baik, berhemah, prihatin, belum apa-apa kita dah tangkap gambar makanan lepas tu upload ke Instagram. Remaja sekarang ni Instagram pun dia tak kenal!
Lepas tu aku tengok remaja sekarang ni, semuanya pakat nak bersembang. Jumpa orang tua entah mana-mana tetengah jalan pergi tegur bertanya sapa "Pakcik sihat ke?". Apa nak jadi remaja sekarang ni? Kita dulu-dulu mana ada benda ni semua, kita mana pernah diajar benda ni semua. Kita dulu-dulu baik, main telefon pintar buat hal sendiri sahaja, tak ada pulak nak pergi tegur sapa orang lalu-lalang. Biadab remaja sekarang ni. Tak ada budi bahasa.
Lepas tu aku tengok remaja sekarang ni tak ada fesyen langsung. Ada ke patut keluar rumah tak pakai topi senget sebelah dengan seluar londeh-londeh? Yang perempuan pulak, bila keluar tu pakai la tudung lima enam lapis pusing-pusing kepala dik oi, ni selapis je kau pusing? Entah siapa yang ajar pakai tudung macam tu? Malu Bana Jatima tengok! Entah kenal ke tak remaja perempuan sekarang ni dengan Bana Tajima tu. Rantai leher lambang 'Peace No War', gelang tangan kaler hitam, subang telinga, semua tu remaja lelaki sekarang ni bukannya kenal. Kaler rambut pun dia tak tahu! Kita dulu-dulu, nak turun rumah beli burger pun pakai macam-macam! Teruk remaja sekarang. Teruk!
Bila tanya cita-cita remaja sekarang ni, tak ada seorang pun yang nak jadi penyanyi keee, pelakon keee, model keee, semua nak jadi doktor lah, jurutera lah, arkitek lah, cikgu lah, juruterbang lah. Tu, ada yang paling teruk, nak jadi Perdana Menteri! Tak bercita-cita tinggi langsung aku tengok remaja sekarang ni. Kita dulu-dulu semua ada wawasan, semua ada vision, semua nak jadi penyanyi, pelakon, model. Remaja sekarang ni tak tahu, dulu tu, zaman kita dulu tu, Neelofa tu diangkat lagi tinggi dari Perdana Menteri tahu? Remaja sekarang apa lah yang dia tahu. Nak jadi doktor, kelakar. Boleh popular ke dik ooiii?
Penat aku berceramah kat sini. Remaja kita bukannya nak dengar. Tu, sibuk dok bersukan kat Taman Rekreasi sana tu. Entah apa benda la."
Ini adalah rupa entry yang bakal ditulis oleh generasi remaja SEKARANG dalam masa sepuluh tahun lagi.
Tak takut keeeeeeeee?
No comments:
Post a Comment