Sunday, June 2, 2013

Harga rokok naik lagi Alhamdulillah

Harga rokok naik lagi. Padan muka perokok! Cepat-cepatlah sikit semua perokok di Malaysia ni mati. Senang sikit.


Mari kita kaji apa akan jadi kalau semua perokok di Malaysia mati pada hari yang sama. Kita kaji dari segi kewangan, yelah nak kaji dari segi apa lagi? Bukan ke aku mulakan entry ni dengan ayat "Harga rokok naik lagi", 'harga' sudah tentulah berkaitan dengan wang.


Mengikut statistik menteri yang berkaitan dengan kesihatan, terdapat 4 juta perokok di Malaysia. Ramai tu. Bayangkan kalau 4 juta perokok ni bersatu dan merusuh di seki--oh okay itu menghasut sorry sorry. Bayangkan 4 juta perokok ni semua mati.


Cukai untuk sekotak rokok adalah 3 ringgit. Itu anggaran jelah, tak silap aku untuk rokok Marlboro cukai beliau 3 ringgit lebih. Tapi kita anggarkan 3 ringgit sebagai purata untuk semua jenis rokok.


Secara purata, ini andaian aku sahajalah, secara purata, seorang perokok akan habiskan sekotak rokok dalam masa dua hari. Dua hari, satu kotak. Maknanya dalam sebulan, 15 kotak. Ini anggaran sebabnya kalau perokok tegar dan perokok berantai, sehari 3 kotak pun dia rasa macam tak cukup. Bagi yang kerja dalam ofis berekon pulak, sekotak untuk empat hari pun macam dah banyak sangat. So kita puratakan, sebulan, 15 kotak.


3 ringgit sekotak, 15 kotak sebulan, maknanya dalam sebulan, seorang perokok membayar cukai sebanyak 45 ringgit. Dalam setahun, beliau bayar 540 ringgit. Alah, bukannya banyak sangat, bukan? Ye, dalam andaian aku tadi, bukannya kalau seorang perokok mati, tetapi kalau 4 juta perokok tu semua mampoih?


RM 2,160,000,000.


Malaysia kehilangan 2.16 biliyun ringgit setahun kalau semua 4 juta perokok mati pada masa yang sama. So. Dari segi kewangan, kau rasa 2.16 bilihyun setahun tu ada efek ke tak ke arah pembangunan negara?


Memang langsung tak ada kerana negara kita kaya-raya, apalah sangat 2.16 bilihhhyunn setahun tu. Eh, yang kau bising-bising sebab perokok bising-bising disebabkan harga rokok naik ni, kau cubalah kira pulak sumbangan kau kepada negara dari segi kewangan. Kalau tak lebih dari 2.16 bilihhhhhyunnnnn baik kau senyap jelah.




Saya sebagai Presiden Soladiriti Perokok Kebangsaan (SoPeKeb) melaporkan, untuk mereka yang mendoakan ahli persatuan kami mati serta mereka yang baca Yaasin di hadapan kami bila ahli persatuan kami merokok. Shadapyu.


Yang kandungan nikotin dengan tar minta dikurangkan ni kenapa pula setan? Dahlah harga naik, kualiti pula turun, bangang.

1 comment:

Anonymous said...

Ei...