Hai.
-Apa?
Tak lama lagi puasa.
-Habis tu?
Kau boleh ke puasa?
-Boleh ja. Kau?
Entah. Boleh kot.
-...
Weh.
-Apa lagi?
Nak mintak tolong.
-Tolong apa?
Nanti kalau kau tak puasa, jangan makan depan aku tau.
-Aku puasa la setan.
Tak. Aku cakap kalau kau tak puasa. Aku ada dengar dalam tv. Tak elok makan depan orang puasa.
-Aku puasa, tak payah pesan, aku tahu lama dah.
Ok.
-...
Weh.
-Apa benda lagi?
Kalau boleh kan, kalau boleh...
-...kalau boleh apa?
Kalau boleh, makanan aku tu jangan lupa isi masa puasa nanti. Aku takut gastrik.
-Kucing mana ada gastrik.
Ada la.
-Ada ka?
Haah.
-Kalau macam tu, nanti bulan puasa aku sorok makanan kau.
Janganlah, aku gastrik nanti?
-Peduli apa aku.
Babi.
-Tadi bukan main eksyen nak puasa.
Alim-alim kucing ja tadi tu.
-Aku sorok jugak.
Aku sorok rokok kau.
-Main kasar nampak?
Peduli apa aku.
-Babi.
Friday, June 28, 2013
Rambutan Misteri
Satu hari tu aku keluar rumah, aku keluar petang, aku balik lewat malam. Biasalah, anak muda melepak di kedai makan.
Bila sampai rumah, dah dalam pukul dua pagi macam tu. Aku tengok dari luar rumah, lampu ruang tamu masih terpasang, bunyi televisyen pun ada lagi. Maknanya abah aku belum tidur. Takut juga nak masuk rumah, takut kena bebel sebab balik lambat.
Bila aku masuk, aku nampak abah aku sedang tengok televisyen. Aku tak nampak lah depan-depan muka abah aku, sebab sofa membelakangi aku. Aku cuma nampak siaran apa yang terpasang di televisyen, National Geography. Dan. Abah aku tengah makan rambutan. Bila masa pula orang tua ni beli rambutan aku dok fikir.
Sebelum kena bebel, aku terus nak atas. Naik nak masuk bilik tidur. Nak sampai ke bilik tidur aku, aku kena lintas bilik tidur mak abah aku. Disebabkan aku takut kena bebel dengan mak aku pulak, aku jalan senyap-senyap. Tapi.
Gagal. Mak aku keluar bilik terus bebel. Mak aku cakap ni kenapa balik lambat ayam pun tahu balik rumah kalau dah malam. Ala itu ayam, bukan manusia aku jawab. Mak aku geleng kepala.
"Eh mak, rambutan tu beli mana?"
"Rambutan?"
"Rambutan kat bawah tu, beli kat mana?"
"Mana ada mak beli rambutan."
"Yaka? Ingatkan hat abah dok makan kat bawah tu buah rambutan."
"Abah hang? Abah hang dok sedap lena dalam bilik tu. Makan rambutan apanya. Dahlah, mak nak masuk tidoq. Hang toksah dok balik lewat-lewat sangat, tu yang dok nampak bukan-bukan, menatang apa la hang dok bawak balik tu. Hang pi ambek ayaq semayang, semayang dua rakaat."
Tanpa bercakap banyak, aku terus masuk bilik, mandi dan solat sunat dua rakaat. Benda apa aku nampak tadi? Pandai makan rambutan pula tu.

Tuesday, June 25, 2013
Teko
Aku ada jumpa satu teko, isi dalamnya aku tak boleh tengok sebab penutupnya aku tak boleh buka. Ketat. Aku tak kuat. Aku teringat cerita rakyat yang popular, lalu aku usap-usap teko tu. Tiga kali aku usap, keluar asap berkepul-kepul.
"Aku ni jin. Aku ada kuasa. Kuasa aku, boleh tunaikan 3 permintaan barangsiapa yang menyeru. Apa kau mahu? Aku tunaikan."
"Aku boleh minta apa-apa saja?"
"Apa-apa sahaja. Apa kau mahu?"
"Kejap aku fikir."
Aku cuba pertimbangkan banyak permintaan. Dari jadi kaya macam Steve Jobs, hingga jadi femes macam Kurt Cobain, jadi genius macam Albert Einstein atau pun Lionel Messi, jadi kacak macam entah siapa-siapa yang lagi kacak, jadi kuat macam semut api, jadi yakin macam pondan pakai baju perempuan pergi pasaraya besar, jadi bersih macam Ustaz Don, jadi sihat macam jerung, dan macam-macam lagi.
Kemudian, aku ambil keputusan, aku mahu jadi kaya, aku mahu jadi kuat dan aku mahu jadi sihat. Aku luahkan kepada jin teko.
"Permintaan kau tak boleh aku tunaikan. Aku jin hanya boleh tunaikan permintaan si penyeru, tetapi bukan berkait dengan si penyeru."
"Aku kena minta permintaan untuk orang lain?"
"Ya. Apa kau mahu?"
Terus aku berlalu pergi meninggalkan jin dan teko. Penat-penat aku yang jumpa, tapi orang lain yang untung. Apa untungnya aku?

Monday, June 24, 2013
Alat penghapus manusia
Suatu hari, negara Malaysia dilanda satu musibah yang dasyat. Kedasyatan musibah itu tidaklah begitu dasyat biarpun ianya dikategorikan sebagai musibah. Musibah yang dasyat (tidak sebegitu dasyat) tersebut dipanggil jerebu.
Sehingga kini ramai yang tidak tahu bahwa jerebu tersebut sebenarnya adalah kabus-kabus yang bakal meliputi satu dunia. Mengikut skrip kekabus ini bakal meliputi seluruh pelusuk dunia dalam masa tidak lama lagi. Selepas itu satu dunia bakal gelap-gelita. Cahya matahari bakal terhalang dari menembusi langit, daun-daun akan mati.
Binatang herbivor bakal mati sejurus kesemua tumbuh-tumbuhan mati. Binatang karnivor bakal mati sejurus kesemua yang herbivor mati. Tiba suatu masa, semua manusia juga bakal mati kerana bekalan makanan bertin bakal habis.
Punca jerebu sebenarnya bukan susah, bakar hutan, jadi jerebu. Jerebu merebak, jadi bencana. Bencana merebak, jadi alat penghapusan manusia. Hutan jika tidak dibakar jadi tabung oksigen. Oksigen penting untuk para haiwan dan para manusia. Oksigen juga memungkinkan pembakaran terjadi.
Selama hutan menjadi tabung, ada yang berterima kasih kepada jiran? Selama hutan terbakar, ada yang ingat akan jasa jiran?

Sunday, June 16, 2013
Sahaja aku menulis kerana...
Setelah beberapa lama aku berkecimpung dalam penulisan blog ni, aku baru tertanya-tanya. Kenapa aku tulis blog? Kau tak tertanya-tanya ke? Ke kau memang nak tanya tapi malas nak tanya? Kalau kau tanya pun macam la aku nak jawab. Baik jangan tanya.
Dulu aku ingatkan tulis blog ni memang senang-senang boleh buat duit. Kiranya dulu-dulu aku yakin bahawa penulisan aku teramatlah power sehinggakan dalam masa sebulan aku mampu menarik minat sebegitu ramai pembaca. Biasa lah, apa-apa benda nak mula pun, kena bercita-cita tinggi. Bukanlah aku nak cakap blog ni tak ramai yang baca, cumanya tak cukup ramai, kahkahkah.
Tapi semakin lama aku tulis blog, semakin aku hilang pandangan ke arah duit. Begitu sekali hebatnya kuasa menulis ini. Biarpun aku bukannya ada minat langsung ke arah sastera ke a samad said ke usman awang ke syekspiyer ke mahupun mana-mana penulis sastera yang lain, aku seronok menulis. Sebenarnya ramai tak tahu, aku rasa tak siapa pun yang tahu, masa aku sekolah rendah dan menengah dulu, aku hebat tulis karangan, biar dalam bahasa kebangsaan ataupun bahasa inggeris.
Masa sekolah rendah bahasa inggeris aku memang hancur jadi aku hanya power tulis karangan bahasa melayu. Bila masuk sekolah menengah, inggeris aku pula yang power, jadi aku seronok tulis karangan dalam bahasa inggeris. Yang jadi motivasi, karangan aku cikgu suka fotostat bagi ke kelas lain baca. Sebagai contoh katanya. Amboi ada berbaur riak di situ.
Sebab itu aku kadang-kadang ada tulis cerita kat sini. Saja nak mengimbau kenangan dulu. Cikgu aku pernah pesan, "Kalau nak tulis karangan, ayat tu biar ringkas, kalau tak, nanti pemeriksa bosan. Awak tahu berapa puluh karangan pemeriksa tu nak tanda?!". Aku pegang pesanan tu aku pegang. Satu lagi, ada pepatah mengatakan "Simple is perfect". Lagipun kalau aku tulis rumit-rumit, kang aku sendiri yang bosan.
Sekarang ni, itu sajalah yang mendorong aku terus menulis, bukannya nak duit ke, nak bangga pembaca aku ramai ke, nak jadi popular ke, nak kongsi gambar percutian ke luar negara ke, nak kongsi video youtube ke, mahupun nak bercerita pasal hal rumahtangga, tapi saja seronok-seronok kata orang. Menulis ni tak semestinya kena kreatif, asalkan jujur dari hati, akal, iman dan aku sendiri pulak yang gelak bila baca ayat ni, kahkahkah.
Dahlah, aku nak minum kokakola kejap.

Friday, June 14, 2013
Hujan
Satu malam, hujan turun renyai-renyai, tak berapa lebat. Aku dudup depan laptop dan main permainan yang berbaur bola sepak. Kadang-kadang, bila pasukan aku kalah, aku akan mengamuk, bila pasukan aku menang, aku hisap rokok.
Bila dah rasa macam terlalu lama menjegil ke arah skrin laptop, aku penat. Lantas aku tidur atas katil betul-betul sebelah meja laptop aku. Rasa sedap sungguh tidur bila dekat luar hujan. Kedengaran hujan makin lama makin lebat. Bunyi motosikal-motosikal yang selalunya kedengaran malam-malam begini tak kedengaran. Mungkin sebab hujan, malas keluar, nanti basah.
Aku tertidur kira-kira lima belas minit berbaring sambil membayangkan diriku memandu sebuah kereta sport bersport rim besar. Mungkin aku tertidur dalam senyuman, siapa tahu, aku sendiri tak berapa pasti seratus persen.
Esoknya, aku bangun dan hari masih hujan, aku mengeliat sekali dua sehingga berbunyi tulang belakang. Puas mengeliat, aku mengenangkan mimpi tidurku semalam, ah Nora Danish, indah menusuk qalbu. Kemudian, aku bangun perlahan-lahan dan aku perlahankan kelajuan kipas siling.
Tanpa curiga, aku sambung tidur sehingga tengahari dengan harapan Nora Danish muncul lagi.

Tuesday, June 4, 2013
Kita dulu-dulu (bukan kita)
"Aku pelik betul dengan remaja zaman sekarang ni.
Tak habis-habis keluar main kat luar, bukannya nak habiskan masa depan laptop. Remaja sekarang ni tak macam kita dulu-dulu. Kita dulu-dulu mana dapat nak keluar main bola sepak lah, main bola keranjang lah, main kejar-kejar lah, main layang-layang lah. Kita dulu-dulu semua duduk depan laptop baik-baik main Twitter, Facebook, tulis blog, tak pun tengok filem diam-diam. Tak pernah dibuat orang keluar jumpa orang kat luar, laman sosial tu kan ada?
Remaja sekarang ni tak pandai. Kalau pergi kedai makan, dia pakai makan je, bukannya nak capture the moment. Tak macam kita dulu-dulu. Kita dulu-dulu kalau nak makan mana-mana pun, gambar makanan tu kena ambil. Kalau aku cakap remaja sekarang ni tak pandai, nanti ramai pula yang marah, tapi itu lah realiti. Kita dulu-dulu baik, berhemah, prihatin, belum apa-apa kita dah tangkap gambar makanan lepas tu upload ke Instagram. Remaja sekarang ni Instagram pun dia tak kenal!
Lepas tu aku tengok remaja sekarang ni, semuanya pakat nak bersembang. Jumpa orang tua entah mana-mana tetengah jalan pergi tegur bertanya sapa "Pakcik sihat ke?". Apa nak jadi remaja sekarang ni? Kita dulu-dulu mana ada benda ni semua, kita mana pernah diajar benda ni semua. Kita dulu-dulu baik, main telefon pintar buat hal sendiri sahaja, tak ada pulak nak pergi tegur sapa orang lalu-lalang. Biadab remaja sekarang ni. Tak ada budi bahasa.
Lepas tu aku tengok remaja sekarang ni tak ada fesyen langsung. Ada ke patut keluar rumah tak pakai topi senget sebelah dengan seluar londeh-londeh? Yang perempuan pulak, bila keluar tu pakai la tudung lima enam lapis pusing-pusing kepala dik oi, ni selapis je kau pusing? Entah siapa yang ajar pakai tudung macam tu? Malu Bana Jatima tengok! Entah kenal ke tak remaja perempuan sekarang ni dengan Bana Tajima tu. Rantai leher lambang 'Peace No War', gelang tangan kaler hitam, subang telinga, semua tu remaja lelaki sekarang ni bukannya kenal. Kaler rambut pun dia tak tahu! Kita dulu-dulu, nak turun rumah beli burger pun pakai macam-macam! Teruk remaja sekarang. Teruk!
Bila tanya cita-cita remaja sekarang ni, tak ada seorang pun yang nak jadi penyanyi keee, pelakon keee, model keee, semua nak jadi doktor lah, jurutera lah, arkitek lah, cikgu lah, juruterbang lah. Tu, ada yang paling teruk, nak jadi Perdana Menteri! Tak bercita-cita tinggi langsung aku tengok remaja sekarang ni. Kita dulu-dulu semua ada wawasan, semua ada vision, semua nak jadi penyanyi, pelakon, model. Remaja sekarang ni tak tahu, dulu tu, zaman kita dulu tu, Neelofa tu diangkat lagi tinggi dari Perdana Menteri tahu? Remaja sekarang apa lah yang dia tahu. Nak jadi doktor, kelakar. Boleh popular ke dik ooiii?
Penat aku berceramah kat sini. Remaja kita bukannya nak dengar. Tu, sibuk dok bersukan kat Taman Rekreasi sana tu. Entah apa benda la."
Ini adalah rupa entry yang bakal ditulis oleh generasi remaja SEKARANG dalam masa sepuluh tahun lagi.
Tak takut keeeeeeeee?

Sunday, June 2, 2013
Harga rokok naik lagi Alhamdulillah
Harga rokok naik lagi. Padan muka perokok! Cepat-cepatlah sikit semua perokok di Malaysia ni mati. Senang sikit.
Mari kita kaji apa akan jadi kalau semua perokok di Malaysia mati pada hari yang sama. Kita kaji dari segi kewangan, yelah nak kaji dari segi apa lagi? Bukan ke aku mulakan entry ni dengan ayat "Harga rokok naik lagi", 'harga' sudah tentulah berkaitan dengan wang.
Mengikut statistik menteri yang berkaitan dengan kesihatan, terdapat 4 juta perokok di Malaysia. Ramai tu. Bayangkan kalau 4 juta perokok ni bersatu dan merusuh di seki--oh okay itu menghasut sorry sorry. Bayangkan 4 juta perokok ni semua mati.
Cukai untuk sekotak rokok adalah 3 ringgit. Itu anggaran jelah, tak silap aku untuk rokok Marlboro cukai beliau 3 ringgit lebih. Tapi kita anggarkan 3 ringgit sebagai purata untuk semua jenis rokok.
Secara purata, ini andaian aku sahajalah, secara purata, seorang perokok akan habiskan sekotak rokok dalam masa dua hari. Dua hari, satu kotak. Maknanya dalam sebulan, 15 kotak. Ini anggaran sebabnya kalau perokok tegar dan perokok berantai, sehari 3 kotak pun dia rasa macam tak cukup. Bagi yang kerja dalam ofis berekon pulak, sekotak untuk empat hari pun macam dah banyak sangat. So kita puratakan, sebulan, 15 kotak.
3 ringgit sekotak, 15 kotak sebulan, maknanya dalam sebulan, seorang perokok membayar cukai sebanyak 45 ringgit. Dalam setahun, beliau bayar 540 ringgit. Alah, bukannya banyak sangat, bukan? Ye, dalam andaian aku tadi, bukannya kalau seorang perokok mati, tetapi kalau 4 juta perokok tu semua mampoih?
RM 2,160,000,000.
Malaysia kehilangan 2.16 biliyun ringgit setahun kalau semua 4 juta perokok mati pada masa yang sama. So. Dari segi kewangan, kau rasa 2.16 bilihyun setahun tu ada efek ke tak ke arah pembangunan negara?
Memang langsung tak ada kerana negara kita kaya-raya, apalah sangat 2.16 bilihhhyunn setahun tu. Eh, yang kau bising-bising sebab perokok bising-bising disebabkan harga rokok naik ni, kau cubalah kira pulak sumbangan kau kepada negara dari segi kewangan. Kalau tak lebih dari 2.16 bilihhhhhyunnnnn baik kau senyap jelah.
Saya sebagai Presiden Soladiriti Perokok Kebangsaan (SoPeKeb) melaporkan, untuk mereka yang mendoakan ahli persatuan kami mati serta mereka yang baca Yaasin di hadapan kami bila ahli persatuan kami merokok. Shadapyu.
Yang kandungan nikotin dengan tar minta dikurangkan ni kenapa pula setan? Dahlah harga naik, kualiti pula turun, bangang.

Saturday, June 1, 2013
Tuan Punya Cincin ep5
Setelah beberapa lama on hiatus, drama penyiasatan bersiri yang begitu popular iaitu Tuan Punya Cincin kini kembali. Surirumah-surirumah sepenuh masa mahupun bukan sepenuh masa tak kira jantina ataupun keadaan sosioekonomi semuanya bertepuk kegembiraan akan kembalinya drama maha popular ini. Manakala para suami yang dulu langsung tak ambil port akan drama ini sudah semakin lama semakin berminat. Ada juga yang sanggup membelanjakan jutaan ringgit semata-mata mahu membeli poster Ferodok dan Samsul, patung figura Ferodok dan Samsul, keychain Ferodok dan Samsul, serta kipas siling jenama Ferodok&Samsul. Barangan berkisarkan Sang Goh Lum langsung tak laku. Maklumlah, Sang Goh Lum hanya setaraf jamban rumah setinggan. Penduduk setinggan pun tak ingin membeli.
Imbasan episod-episod yang lepas ditayangkan di dalam suatu slot khas selama lima minit. Babak-babak menarik serta penting dihidangkan kepada penonton yang mengerut dahi cuba mengingati jalan cerita drama ini. Lagu Rumah Ini Rumah Kita yang pernah dipopularkan oleh ND Lala dimainkan secara rap sebagai musik latar. Potret-potret Ferodok, Samsul, Sang Goh Lum, Chom-Bee serta najis unikorn dipaparkan dengan skrin penuh.
Babak-babak di mana Samsul sedang berak disebalik belukar, Ferodok cemas, Sang Goh Lum cucuk-cucuk najis unikorn, Chom-Bee minum kopi, dan tidak lupa juga babak penting di mana Ferodok menyiku kepala Chom-Bee ketika di atas belon udara dimainkan semula untuk para penonton yang sedikit nyanyuk. Suara ND Lala masih berkumandang di latar belakang diiringi bunyi gitar hasil petikan Usher.
Skrin gelap.
Skrin cerah balik.
"Aku lapar ni Sang Goh Lum. Kau pandai masak tak?" tanya Ferodok sambil menguap.
"Sang Goh Lum pandai masak tuan. Tapi..." balas Sang Goh Lum dengan ketawa.
"Tapi apa?"
"Bahan penting tak ada atas belon udara ni tuan."
"Apa yang tak ada? Kan semua ada dalam dapur tu? Garam, cabai, kunyit, daging lembu gred A, telur ayam import, teh boh. Rusa hidup pun ada dalam tu, apa yang tak cukup?" jerit Ferodok dengan cemas.
"Najis unikorn tak ada tuan! Bahan penting!"
"...kau ni patutlah muka serupa jamban, IQ macam lembu, bau macam ketuat, makan taik rupanya!"
"Taik unikorn sedap tuan! Dia ada zat-zat macam gan-"
"Dahlah bangang senyap! Biar aku je masak!"
Ferodok dengan malas berjalan dari ruang tamu yang dipenuhi dengan perabot buatan sebuah negara Eropah Tenggara itu menghala ke dapur yang dihiasi ala-ala moden. Belon udara pemberian Chom-Bee ini adalah ciptaan paling bagus abad itu, luasnya bukan main luas, modennya sangatlah padu modennya, kelajuannya pun boleh menandingi kereta sport. Yang paling hebat, belon udara ini dilengkapi dengan sebuah perpustakaan bersaiz olimpik.
Secara tiba-tiba lagu tema Piala Dunia 1959 nyanyian penyanyi Latin dimainkan. Lagu ini dipilih berdasarkan undian dikalangan pelakon, penerbit, penulis skrip, penyunting, penata cahaya, tukang kebun, mekap artis dan dipersetuji sendiri oleh pengarah muda berbakat yang mengarah drama penyiasatan ini. Lagu ini sangat lembut serta memberahikan, sesuai dengan babak di mana Ferodok sedang memasak di dapur belon udara.
Sedang cergas Ferodok mencampurkan bahan ramuan serta rempah Adabi ke dalam periuk, tiba-tiba kamera seolah-olah bergegar dengan drastik dan Ferodok kelihatan terumbang-ambing. Prang! Habis tumpah ke lantai dapur segala ramuan di dalam periuk. Kamera beralih ke Sang Goh Lum yang sibuk melukis gambar najis unikorn di dinding belon udara itu, dia juga kelihatan terumbang-ambing. Habis rosak lukisannya.
Kamera di-zoom out dengan berpusing-pusing sehingga kelihatan Tembok Besar China menandakan masuknya waktu Maghrib bagi kawasan Batang Ai, Batang Yu, Batang Benda Ni serta Batang-batang Yang Lain. Suara azan berkumandang dengan merdu. Surirumah-surirumah sepenuh masa mahupun bukan sepenuh masa tak kira jantina serta suami-suami kepada surirumah-surirumah sepenuh masa mahupun bukan sepenuh masa tak kira jantina tadi tersedar dari alam khalayan cipataan Tuan Punya Cincin. Riak wajah mereka begitu cerah, itu simbol kejayaan episod lima dalam usaha menarik minat mereka. Penantian sementara on hiatus tampak gayanya berbaloi dengan jalan cerita yang padu, teknik kamera yang lengkap, penulisan skrip yang jitu, runut bunyi yang bersih, penataan cahaya yang tidak begitu malap tidak begitu bersinar serta hiasan belon udara yang menyankinkan.
Apakah yang berlaku kepada belon udara yang dinaiki Ferodok dan Sang Goh Lum?
A. Belon udara berlanggar dengan sekawanan unikorn yang sedang berhijrah ke kawasan panas.
B. Belon udara kehabisan minyak.
C. Jurukamera sakit jantung lalu bergegar kamera yang dipegang dan Ferodok terkejut kerana terjumpa lipas di dalam dapur lalu terjatuh ke lantai dan Sang Goh Lum memang terencat perangainya kadang-kadang dia akan terumbang-ambing secara otomatik.
D. Belon udara sangkut di awan tebal Kumulunimbus serta Stratis.
Hantarkan "AMBOI AMBOI AMBOI SIAPA PUNYA KERJA NI KENAPA TAK BUAT BETUL BETUL HA [Pilihan jawapan]" ke nombor telefon Kastam Daerah Batak, Indonesia.
Sembilan belas pemenang bertuah bakal memenangi lukisan karya Ahmad Ghani bin Farus yang bertajuk "Perempuan Itu, Bukan Miang" yang memaparkan lukisan seorang perempuan berpakaian biadab.

Subscribe to:
Posts (Atom)