Monday, April 22, 2013

Air yang putus

Air dicincang tak akan putus. Ayaq kalau hang cincang mana bulih putuih. Aku saja tulis dalam dua loghat yang berlainan supaya aku kelihatan seperti matlutfi. Hang jangan buat lecey, aku ghimbok hang satgi.


Aku cuma agak keliru, kejadah pergi cincang air? Adakah orang terdahulu begitu bosan dengan kehidupan mereka sehingga air pun dicincang? Atau pun berlakunya pergaduhan besar-besaran yang melibatkan sekumpulan kaum Air dan kaum-kaum yang lain, lalu kaum Air menggunakan ilmu kebal dan bila dicincang kaum-kaum lain tak akan putus? Jauh sekali dan hambar sekali pemikiran aku.


Kenapa tidak angin dicincang tak akan putus? Ataupun tanah dicincang tak akan putus? Itulah persoalan yang ditanya-tanya hampir segelintir rakyat Malaysia. Aku tiada jawapan untuk soalan ini, jadi mari teruskan mengupas isu air yang dicincang.


Jika diperhatikan melalui perkakas yang dipanggil mikroskop, air itu terdiri dari dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. H2O. Atom-atom ini terikat dengan sebegitu kuat. Ikatan inilah yang dijadikan simbol di dalam air dicincang tak akan putus. Namun pada suatu hari.


Pada suatu hari, kereta bertenagakan hidrogen dicipta. Cara kereta ini berfungsi adalah, air (H2O) seolah-olah berfungsi sebagai minyak petrol. H2O ini akan dipecahkan melalui satu mekanisma yang rumit, dengan tujuan menggunakan hidrogen sahaja, oksigen lebihan akan dilepaskan seolah-olah ianya asap kenderaan. Clean bukan?


Kesimpulannya, air dicincang tetap akan putus, cuma kena pakai kaedah yang betul. Salah satu contoh kaedah yang betul adalah melalui pilihanraya. Sesama umat pun boleh dicincang, ye dak?


Haaaaaaaa deep tu deeeeeeeeeeeep.

No comments: