Saturday, April 6, 2013

Surat penunggang motosikal

Facebook ibarat medan bersuara. Kalau boleh, semua benda nak diluahkan di situ. Luahan hati seorang kekasih, luahan hati seorang bekas kekasih yang ditinggalkan, luahan hati kekasih yang meninggalkan bekas kekasih yang ditinggalkan tadi, luahan hati kawan-kawan kepada bekas kekasih, luahan hati si gemuk dalam testimoni produk menguruskan badan, luahan hati Najib, luahan hati Anwar, luahan ustaz-ustazah tak bertauliah, luahan aktivis pro-Palestin, serta yang terbaru, luahan hati penunggang motosikal.


Aku pun ada benda nak diluahkan ni, tapi bak kata orang tua, ditelan mati emak, diluah mati bapak, dikunyah mati nenek, dilovebite matilah kau nak cover. Hambar.


Tapi itulah, sekarang ni baru aku tahu bahawa penunggang motosikal juga punyai perasaan. Ingatkan tidak berperasaan. Ternyata aku salah. Lepas ni aku janji tak akan bunyikan hon kepada penunggang motosikal yang menunggang di TENGAH-TENGAH jalanraya dengan kelajuan 19 kilometer sejam. Sebab apa? Sebab penunggang motosikal juga bayar cukai.


Kalau aku nak potong kereta depan aku dan ada motosikal dari arah bertentangan yang pandu di TENGAH-TENGAH jalan, maka aku tak perlu potong dan penunggang motosikal tak perlu bergerak SIKIT JA PUN masuk ke lorong kecemasan. Sebab aku tahu, penunggang motosikal juga bayar cukai.


Yang bawa kereta tu janganlah ego sangat. Semua yang ada motosikal dan kereta, semuanya bayar cukai jalan, jadi jalan itu untuk semua. Kalau siapa-siapa nampak ada pejalan kaki yang tengah lintas jalan ataupun penunggang basikal, kau langgor je yob, bukannye bayor cukai jalan deme-deme tu semue. Tak berhak sentuh jalanraya. Langgor yob langgor.


Heh.


Lepas ni akan ada satu lagi luahan. Luahan hati para perokok.


Suka hati kamilah nak merokok dalam kawasan ekon ke kawasan hospital ke kawasan sekolah ke kau peduli apa? Kami bayar cukai! Lagipun udara tu milih Tuhan, bukannya milik kau seorang. Jadi suka hati kamilah nak merokok di mana-mana pun. Jangan ego boleh tak?

2 comments:

smbotak said...

Rilek, diorang ni begitu serius...

Anonymous said...

Kalu nampak deme beratur konvoi atas jalan tu follow je la yob, jatuh sorang terseret semua pun bia je yob