Thursday, January 3, 2013

Sejuta Money Drop (lagi)

Sebelum aku terlambat, ada baiknya aku tulis sekarang. Kotak memori otak aku sekarang ni dah macam biskut, kejap ada, kejap tak ada, tapi selalunya memang tak ada sebab aku pun jarang makan biskut. Siapa ingat adegan "biskut" dalam cerita Armageddon? Adegan tu punya lah femes kat sekolah aku dulu, sampaikan apa-apa cerita lucah yang keluar, akan dinamakan sebagai "biskut".


Lari tajuk dah sebenarnya ni. Hari tu aku ada tengok Sejuta Ringgit Money Drop tu.


Untuk soalan terakhir, soalan dia punya lah mencabar sampaikan aku naik bengong.


Soalan dia berbunyi, "Antara Jennifer Lopez dan Erra Fazira, siapa lagi tinggi?"


Mencabar tak mencabar? Aku rasa lah kan, orang yang bikin soalan tu memang mempunyai hasad dengki. Dengki sampaikan soalan yang tak masuk akal langsung dia boleh pi tanya kat kontestan.


Nak tau jawapan dia? Erra Fazira. Sebab Erra dulu model, Jennifer Lopez bukan model.


Jangan terkejut kalau lepas ni keluar soalan "Antara Mahathir dan Barrack Obama, bulu kaki siapakah yang paling banyak kerinting-kerinting?"

1 comment:

smbotak said...

rancangan tv memang pandai merepek...