Monday, January 7, 2013

Barah otak

Selalu dengar radio pun kadang-kadang boleh mengundang masalah jugak. Macam tadi, sedang aku meluncur di atas jalan dengan kelajuan sederhana, DJ radio sebuah stesen radio berbahasa Inggeris ni mengutarakan satu soalan. Aku rasa ini soalan yang paling membimbangkan.


"Apa yang anda akan buat kalau anda baru tahu yang anda ada barah otak. Barah otak ni dia punya posisi dalam otak anda membuatkan anda seorang yang gembira. Anda boleh pilih sama ada :

1. Nak teruskan hidup dengan barah otak tersebut, maknanya menjadi orang yang gembira, tapi anda hanya akan hidup selama setahun ;

2. Nak buat pembedahan untuk buang barah tersebut. Peluang untuk pembedahan tu berjaya adalah 50-50. Dan jika pembedahan itu berjaya, anda mungkin akan hilang perasaan gembira sepertimana sekarang."


Masalah tak masalah tu? Kau nak hidup gembira tetapi sekejap, atau kau nak ambil risiko untuk hidup lama tetapi tak konfem akan gembira?


Pilihan aku yang aku buat adalah, berhenti dengar radio yang banyak sangat bagi permasalahan macam tu.


Aku nak dengar lagu, bukan nak selesaikan masalah!

3 comments:

smbotak said...

apa punya gila, dengar radio tapi tambah masalah!

Anonymous said...

dlm islam suruh usaha so bedah je la. tambah baik ke tambah teruk ke redho je la =P

PokaPola said...

Ini radio English, kau kena paham, dia tak terima alasan keagamaan sebegitu.