Friday, January 25, 2013

Tiga paling mencabar

Kau nak tiga benda yang paling mencabar dalam kehidupan lelaki? Sebagai lelaki, biar aku tulis sikit. Kalau ada mana-mana lelaki yang tidak setuju, itu tipu. Kalau ada mana-mana pengkid yang konon-konon setuju, berubahlah ke perempuan kembali.


Benda yang pertama adalah bersunat. Mencabar bukannya dari segi masa kena potong, tapi mencabar masa makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang datang melawat sambil mengintai-ngintai benda yang sudah dipotong. "Hmm..bagus potongan doktor itu, accurate." kata mereka. Satu lagi, mencabar bila nak tidur, tak boleh bergolek ke kiri dan kanan, hanya mampu terlentang macam bangang sambil mata berkelip-kelip tunggu masa nak terlelap.


Benda kedua adalah potong rambut. Kau tau tak betapa mencabarnya memotong rambut? Nak-nak lagi masa beliau tengah cukur sideburn. Telinga kau adalah ibarat telur di hujung tanduk. Kalau beliau terlajak cukur sikit je, maka tidak bertelingalah kau sepanjang kehidupan kau di muka Bumi. Sebab itu aku lebih suka potong rambut di kedai potong rambut wanita. Wanita ni tangan mereka steady sikit dari lelaki. Potensi untuk telinga ditebas dari kepala tu kecil sedikit.


Benda ketiga seperti yang kita sedia maklum adalah kahwin. Hantaran kahwin serupa harga kereta. Kqpwiswhehwisjshsb.


Janganlah melawan entry ini dengan ayat "Eleh, melahirkan anak lagi mencabar tau?!" kerana kau belum (dan tidak akan) merasa kena terajang tepat-tepat di telur. Sakitnya bukan kepalang, silap-silap boleh meninggal.

1 comment:

smbotak said...

Berkahwin tanpa bersunat dan tak pernah potong rambut, mencabar kesabaran bakal pak mertua...