Wednesday, January 16, 2013

Pintu suka hati

Memandangkan aku ni banyak sangat masa terluang, jadi aku banyak berfikir pasal manusia sejagat, pasal masalah negara, pasal pemikiran kucing aku, pasal isu air dan macam-macam lagi.


"Bila lah manusia nak cipta mesin yang bila kau masuk dalam mesin tu kau boleh pergi mana kau nak dalam sekelip mata?"


Pernahkan kau terfikir soal itu? Jika pernah hantarkan "Kau Sihat?" ke nombor telefon sendiri supaya kau tak terasa forever alone.


'Pintu Suka Hati'. Pintu ini adalah pintu paling femes dalam segala jenis pintu. Terima kasih Fujio F Fujiko.


Sebenarnya 'pintu suka hati' ni sudah lama dicipta. Namun belum keluar pasaran. Kenapa kau tanya? Dan "Tipulah!" kata kau sambil menuding jari kepadaku. Mari sini aku bongkarkan satu rahsia. Rahsia ini biar kekal di antara kita sahaja, siapa bongkarkan rahsia ini, ketiak dia berkerak.


Bayangkan dunia di mana 'pintu suka hati' ini wujud... Rindu, cinta, kasih sayang serta nilai keprihatinan akan lenyap sama sekali. Apabila tiada jurang jarak di antara sesebuah pasangan bercinta, maka hilanglah rindu. Apabila rindu itu hilang, maka cinta yang berputik bakal lenyap lantas menimbulkan rasa menyampah. Siapa bakal peduli akan Palestin jika dengan senang kau boleh pergi Palestin dan hantar bekalan makanan dan orang Palestin boleh datang ke Malaysia dan makan mekdi? Keprihatinan akan hilang!


Selain itu hadirin-hadirat yang dihormati sekalian, bayangkan apa akan terjadi kepada sektor pelancongan? Satu saat kau di Taiping, satu saat lagi kau di Paris. Tidakkah itu membosankan? Tidakkah? Pasti bosan bukan? Pasti tidak seronok jika gambar di epot, gambar di dalam kapal terbang, serta gambar di imegresen Perancis tidak dapat kau muat naikkan ke laman-laman sosial, bukan? Mengikut statistik, 78 peratus dari rasa seronok melancong datangnya dari perjalanan ke destinasi pelancongan tersebut. Jika perjalanan ke sudut dunia satu lagi hanya mengambil masa 'sekelip mata', di manakah seronoknya? Di mana?


Makan pagi di Sidney, makan tengah hari di Madrid, makan malam di Zimbabwe, berak di Azerbaijan. Semuanya dalam satu hari. Itulah definisi bosan.


Jika kau masih gigih membaca sehingga ke perenggan ini, aku rasa kau adalah pesen yang berdisiplin kerana tulisan ini adalah tulisan yang mengarut. Namun bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal sekarang? Tiada gunanya brader.


Nanti aku cerita perihal kenapa telefon pintar cepat habis bateri pula. Aku belum habis buat kajian lagi pasal tu.



2 comments:

smbotak said...

kalau macam tu, inventor pintu suka hati ni boleh buat satu mekanisme unik di mana kalau nak guna kena masukkan duit. lagi jauh/mencabar perjalanan tu, lagi mahal ongkosnya. jadi keseronokan mengembara tu boleh digantikan dengan wang. berbaloi?

(orang miskin jugak yang meleleh air liur)

PokaPola said...

@smbotak : lagi lah tak seronok, bayar mahal-mahal nak pergi jauh-jauh, tapi kejap ja dah sampai