Friday, June 29, 2012

Kenapa sokong kelab luar?

Tadi aku baca entry seorang brader ni, perempuan. Aku semua pun aku panggil brader, tak kisah la kau lelaki ke perempuan ke khunsa ke ladyboy sekalipun. Brader ni tulis pasal "semangat bola sepak yang melebih-lebih" bilamana pasukan yang kau sokong tu bukannya dari Malaysia pun. Aku setuju dengan brader tersebut!


Memanglah bukan dari Malaysia, tetapi kau kena faham. Ok, cuba kau bayangkan :


1. Kau dari kecil sampai la ke besar gajah, pagi-pagi kau makan bijirin campur susu. Lepas tu ada orang cakap, "Makan bijirin dengan susu pagi-pagi ni tak sedap! Makan la roti canai! Baru la Malaysia!" Apa kau rasa? Takkan kau tak terasa untuk bersemangat membela kegiatan kau makan bijirin dengan susu dari kecil hanya semata-mata kerana itu bukan dari Malaysia? Dah memang itu 'budaya' kau dari kecil, yang orang lain nak persoal kenapa?


2. Kau naik kereta buatan luar. Lepas tu ada orang cakap "Hek eleh, kereta luar ni bukannya bagus pun! Beli la kereta tempatan! Baru Malaysia!" Hah, kau nak senyap je? Tak akan punya. Sebab kau tahu aku tahu semua orang pun tahu bahawa kualiti kereta luar lebih baik.


Lebih kurang macam tu la. Orang yang bersemangat sokong kelab-kelab atau negara-negara luar bila masuk bab bola sepak adalah kerana, sama ada dari kecil memang dah sokong, atau beliau memang 'faham' akan bola sepak lantas mencari kualiti dalam permainan bola sepak. Bola sepak itu sendiri universal, siapa-siapa boleh sokong, siapa-siapa juga boleh main. Tiada sempadan.


Aku menyampah jugak la bila orang cakap, "Kau ni lahir dekat Liverpool ke hapa yang semangat benar ni?" Heh. Kau lahir kat mana pulak yang bersemangat pakai mekap negara luar serta berhenponkan negara luar? KUALITI. Itu yang semua orang cari.


Tapi, bila sampai pasukan negara sendiri beraksi, percayalah, kalau Malaysia menentang Brazil atau Jerman sekalipun, penyokong-penyokong bola sepak Malaysia tetap menyimpan hasrat agar pasukan Malaysia berjaya menang. Kalau tak percaya, tanyalah siapa-siapa pun. Macam hari tu, Liverpool datang lawan Malaysia, masa Safee dan Safiq jaringkan gol, masa itu yang aku jerit gila babi. Bila Liverpool jaring gol, aku menyumpah babi celaka pantek serta segala jenis makian lagi. Nampak?


Jadi, cuba faham kenapa kami, penyokong kelab-kelab luar akan emosional bila kelab sendiri beraksi. Kalau kau tak faham jugak peduli apa aku, bukannya kau bayar makan minum aku pun.

6 comments:

Anonymous said...

jom makan roti canai? bayar asing-asing, nak?

PokaPola said...

@driedrose : alamak, brader ni datang komen! kahkahkah. jom!!

Kahuna said...

Masalah peminat bola adalah kadangkala diorang obses melampau. Kalau minat berasas dan dalam lingkungan rasional, tu takpe.

Kalaupun aku suka kereta buatan luar atau bijirin sarapan, aku takde la hari-hari kompang pasal kereta dan bijirin sarapan kat orang sambil kutuk-kutuk benda kegemaran orang lain.

Obses takpe, tapi bila obses melampau, itu yang orang akan tanya kenapa dia beria-ia sangat. Macam pembeli iPhone yang kutuk Android la. Yang nak bangga sangat kenapa, bukan kau yang cipta pun. Kau cuma pembeli.

Itulah pandangan aku.

ps: Haritu aku ngan adik aku bersusah payah pergi stadium Chelsea, sebab dia cuma nak amik video depan stadium tu sambil kata, "Blah la Chelsea. Menang nasib." Pastu nak tunjuk kat member.

Itu je. Itu je. Serius. Aku tak pernah pegi restoran roti canai untuk kutuk roti canai pastu berambus.

PokaPola said...

@kahunaGemok : Bab obses melampau tu dalam semua jenis binatang pun ada, maca hang bagi contoh, obses dengan iPhone. Yang tu memang annoying la, aku pun naik annoyed.

Maknanya adik hang memang betul-betul penyokong bola sepak sejati! Hang kena bangga, kahkah.

Point aku dalam entry ni adalah, kalau tetiba mana-mana laman sosial dibanjiri dengan status atau tweet berbaur emosional bila team sendiri menang/kalah, itu adalah normal. Kasi can lah peminat fanatik nak bising.

Mohammad Hafiz Abdellah said...

aku setuju 100% pendapat hang... kalau lawan malaysia saja aku lawan 'depa' umpama di medan perang.. sebab kita mampu n bola tu bulat.. kalau bab kereta.. give up awai2 ja laa.. hahahaha

PokaPola said...

@pitdell : hahaha, bab kereta tu memang tak boleh kata apa la. tu la, sokongla team mana pun, Harimau Malaya tetap feveret!