Saturday, June 2, 2012

Tandas supermarket dan VVIP

Kereta Kancil perak aku letak dengan cermat di petak tempat letak kenderaan itu. Bersebelahan sebuah Toyota Vios berwarna hitam. Sudah jam sebelas pagi, ramai manusia yang berpusu-pusu ke laman depan supermarket. Laman depan yang biasanya dijadikan tempat letak kenderaan hari ini terpaksa dikosongkan, ada mejlis. Mejlis yang melibatkan pertunjukkan angkatan polis dan askar. Puak-puak VVIP dijemput bagi menonton pertunjukkan tersebut di bawah bumbung-bumbung kanvas siap dipasang kipas angin besar. Sementara golongan bukan important dibiarkan berdiri di laman depan supermarket di bawah terik mentari pagi itu.


Kelihatan dari jauh kereta perisai askar dan kereta Lancer pihak polis. Aku keluar dari kereta, berdiri sebentar di belakang Kancilku sambil memuji kemahiran meletakkan kereta. Keretaku masuk betul-betul di dalam kotak. Cikgu sekolah memanduku harus berasa bangga kerana berjaya mendidik seorang pemandu yang berhemah. Aku berjalan dengan cermat ke arah laman depan supermarket. Suasana agak meriah, sesekali terdengar akan suara anak-anak kecil menangis, dek tak tahan akan bahang kepanasan mentari. Baru dua tiga langkah, peluh sudah mula menjelma di belakang kemeja kotak-kotakku.


Setiba aku di situ, anjing polis sedang melakukan aksi pintar. Aksi mencari sebungkus dadah di dalam kereta Pajero. Aku berasa kagum. Kagum dengan kepintaran dan kecergasan hidung anjing serupa serigala itu. Selepas menjumpai dadah yang disorokkan, anjing tersebut melakukan aksi lompat-lompat bila diarahkan anggota polis yang terlibat. Aku hampir pasti anggota polis itu berbangsa Siam dari rupa wajahnya. Tindakan polis memilih bukan Islam untuk mengendalikan anjing aku puji, maklumlah bukannya ramai yang lulus ujian menyertu anggota badan bila bersentuhan dengan anjing.


Aksi anjing habis. Diekori dengan pertunjukkan pancaragam askar. Bunyi ketukan tong dram yang disangkut di badan serta tiupan trompet menceriakan suasana. Anjing tadi sudah dibawa pulang ke balai. Sedang aku menikmati lagu dari filem Do Re Mi yang dimainkan ahli pancaragam itu, aku berasa sesuatu. Perasaan mahu melepaskan hajat. Mahu berak lebih tepat lagi.


Aku tinggalkan laman depan supermarket itu lalu berjalan masuk ke supermarket. Kesejukan pendingin hawa supermarket itu membuatkan nafsu berakku semakin memuncak. Langkah kucepatkan. Dalam perjalanan ke tingkat atas supermarket di mana tandas berada, aku berselisih dengan seorang anggota polis, bukan main segak.


Pengalaman yang bakal aku alami tidak pernah aku lintaskan di minda. Setiba aku di tandas supermarket, aku tergamam. Bukan sekali dua aku datang ke tandas supermarket ini, bahkan akulah pelanggan tetap tandas ini, purata dua puluh kali sebulan. Tetapi hari ini lain dari hari-hari biasa.


Tandas perempuan diletakkan papan tanda berbunyi "Tandas VVIP", tandas lelaki diletakkan papan tanda berbabur "Tandas Perempuan". Sementara tandas OKU yang hanya ada sebuah jamban dan pintunya tidak boleh dikunci dijadikan Tandas Lelaki pada hari itu. Sudah ada lima orang lelaki baya-baya 30-an beratur di hadapan tandas OKU itu. Diriku hampir pasti mereka juga ingin melepaskan hajat besar, berdasarkan riak wajah mereka yang tidak senang duduk.


Aku kaget. Aku kesuntukan waktu. Sambil menyumpah-nyumpah pihak supermarket serta golongan VVIP, aku berlari turun ke tingkat bawah. Aku berselisih sekali lagi dengan anggota polis tadi sewaktu perjalanan ke tingkat atas. Hatiku bertambah berapi. Orang lalu-lalang yang menghalang larianku aku tolak dengan cermat ke tepi, makcik-makcik yang membuat reunion di dalam supermarket itu aku jerkah suruh tepi.


Aku tiba di keretaku. Dengan nafas tercungap-cungap serta baju yang lencun dibasahi keringat. Babi! Kereta bernombor pendaftran mahal (dua huruf dan satu angka) diletakkan betul-betul di bontot keretaku. Pemandu kereta super mahal serta terlebih harga itu tiada di situ.


Sepanjang setengah jam aku berada di situ, aku menyumpah. Pengalaman setengah jam menahan berak akibat tandas VVIP serta kereta VVIP adalah pengalaman terburukku sepanjang hayat hidupku. Sejak dari hari itu, aku memandang serong kepada golongan 'sangat sangat penting' negara ini. Babi!




Kisah benar.

2 comments:

skulluv said...

memang best kalau kena gitu.hahaha

Lady RaRa said...

eh aku ingatkan dah disable komen. kiwak. aku tertipu. kau masih gila glamer.