Tuesday, June 26, 2012

Masalah pembelajaran yang WTF?

Aku sekarang dah jumpa satu trend. Selalunya yang baya-baya aku, atau tiga empat tahun lagi tua dari aku yang ikut trend ni. Trend yang aku menyampah dan aku menyumpah.


Trend menggunakan slideshow untuk ajar pelajar. Kaedah pembelajaran yang kekunun nampak sofistiket dan nampak canggih. Padahal, padahal macam lahanat.


Semua orang yang cerdik dan berakal tahu bahawa sesebuah slideshow yang efektif adalah slideshow yang hanya ada keyword, dan bukannya kau kopipes segala mak nenek perkataan yang ada dalam buku. Sebab tu aku lebih aku suka cikgu yang berumur. Cikgu yang berumur ni selalunya buta teknologi. Beliau akan ajar pakai pen marker dan papan putih. Kaedah klasik. Kaedah yang betul untuk mengajar.


Kau klik. Kau baca slideshow. Kau klik lagi. Kau baca slidewhow lagi. Kenapa malas sangat? Tulis la sesuatu atas papan putih besar tu hoi! Kalau cikgu dah serupa beruang malas begitu, kau agak pelajar kau macam mana? Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari sambil menari!


Satu lagi aku perasan. Bila cikgu pakai slideshow, beliau akan jadi gopoh. Mula-mula beliau akan cakap "Ok, stop me if I'm going too fast." Pepatah itu hanya berkesan di awal kelas. Bila dah dekat setengah kelas, beliau akan klik ke slideshow-slideshow seterusnya dengan kelajuan cahaya, memang dah tak boleh nak stop dah. Sebabnya? Nak habiskan slideshow dalam masa dua jam. Seolah-olah kalau tak habis slideshow tu dunia akan kiamat dan kita semua ke rahmatullah. What the fuck?


Aku pernah ada seorang cikgu masa aku kat France dulu, teknik beliau simple. Datang kelas hanya berbekalkan sekeping kertas. Kertas kedatangan pelajar. Beliau akan mengajar dengan menulis di papan hitam dengan kapur. Tak ada slideshow nakharam. Rilek. Simple. Tak gopoh. Tak malas macam beruang. Dan apa yang beliau nak sampaikan senang masuk dalam kepala hotak. Aku respek cikgu ni.


Aku ada sorang lagi cikgu. Jenis yang kalau kelas tiada projektor beliau tak akan mulakan kelas. Datang kelas bawak pendrive. SLIDESHOW. Pft. Sampaikan laptop pun, nak suruh pelajar yang bawak datang kelas. Baik tak payah jadi cikgu kalau dah serupa itu. Nak aje aku terajang muka beliau. Menyusahkan. Tapi aku ni jenis hormat orang yang bangang, jadi aku kensel niat nak terajang. Biarlah dia dengan kebangangngannya tu.


Sekarang aku dah menyampah dengan siapa yang mula-mula mulakan idea supaya cikgu-cikgu ajar pakai slideshow ni. Pemalas! Menyusahkan! Tak efektif!

5 comments:

skulluv said...

aku ada cikgu masa form 4 denga form 5. dia jar fizik dari zaman abang aku sekolah situ gak. Nota yang aku tulis semua datang dari kepala dia. Hebat tak?hehe

Hikaru Yui said...

hahaha yg ni aku setuju..tp kat universiti mmg semua pakai cara ni kan?

sekolah aku dulu ada satu subjek ni student yg kena buat slide pastu bentang..cgu cuma tambah2 dan bg huraian saja =p

Anonymous said...

kau tak suka eh? bagi aku, seronok lagi pakai slide. bagi aku lah, sebab dulu, time dekat sekolah. cikgu duk nulis2, jangan harap aku nak salin.

sekarang, bila dah masuk U. belajar sume pakai slide, but still, aku tak kan salin apa2. nak membaca. memang haram. dengar jelaa dia berceloteh.

lepas tu, copy je slide dari cikgu. ada masa aku baca. tidak, simpan buat khozanah.
:>

kalau sume nak manual, buat presentation pun kena guna kertas mahjong kot. mampus. jenuh. muehehe

PokaPola said...

@skulluv : hebat. Itu baru betul-betul cikgu yang buat homework sebelum masuk kelas.

@hikaru : memang, semua universiti MALAYSIA pakai cara ini.

@anon : masalah dengan slideshow ni dua je, sama ada terlalu banyak perkataan sampaikan proses pembelajaran tak menarik (sebab macam aku cakap, slideshow yang berkesan adalah slideshow yang hanya ada keyword) ataupun slideshow yang terlampau ringkas. Masalah dengan slideshow yang terlampau ringkas ni pulak, student akan ambek jalan pintas dengan HANYA baca slideshow (macam kau buat) dan aku berani jamin, bla masuk soalan esei, kau akan gelabah sebab tak cukup point dan explanation.

WP said...

Eh...saya suka juga slideshow kalau dibuat dengan betul. Kalau digunakan bersama dengan papan hitam/putih lagi bagus. "Best of both worlds" la... :P