Wednesday, June 6, 2012

Jenis-jenis pemandu

Sebagai ahli jawatankuasa Penyumpah Tersohor Semasa Memandu (AJK PTSM), aku selalu memerhati dan take note akan perilaku pemandu-pemandu di Malaysia. Hasil pemerhatian aku yang super kacak, dapat aku tuliskan di sini bahawa terdapat 10 jenis pemandu.




1. Pemandu Gegendang Telinga Terjejas. Jenis ni antara jenis paling menjengkelkan. Beliau berperangai seolah-olah hanya kereta beliau sahaja yang dilengkapi pembesar suara. "Boom boom boom boom", tu je yang kau dengar bila kereta beliau lima belas kilometer dari kau. Pasang volume radio tak ingat dunia. Serupa ada konsert bergerak.


2. Pemandu Pegang Bumbung. Yang ini agak paranoid. Sama ada beliau tak yakin akan keteguhan bumbung kereta beliau atau beliau ada kisah lampau yang melibatkan bumbung kereta beliau tercabut lalu jadi kereta sport tanpa bumbung. Naik je jereta, beliau akan buka tingkap kereta, lalu tangan kanan akan memegang bumbung sambil tangan kiri memegang stereng. Aku ada teori sebenarnya, jenis ni adalah jenis yang nak cakap kat satu dunia bahawa kereta beliau adalah kereta automatik jadi hanya perlu memandu dengan sebelah tangan.


3. Pemandu Ke Mana Sahaja Suka Hatiku. Aku yakin ini pemandu tak tetap hatinya, serta mudah bertukar fikiran. Naik je atas jalan, beliau akan keliru, eh aku nak duduk lane mana ni kiri ke kanan hah duduk lane kiri kejaplah ala bosan nak pergi lane kanan kejap lepas tu lagi dua minit aku masuk balik lane kiri hmm lane kanan pulalah hmm rindu lane kiri pergi kejaplah. Anda sudah mendapat ideanya. Tak tetap hati dan suka hati nak pergi mana. Yang kereta belakang dah risau dah, mamat depan ni sakit jantung ke hapa kejap kanan kejap kiri?


4. Pemandu Calit-calit. Jenis ni jenis yang efisen. Selalunya orang korek hidung masa berak lepas tu calit-calit kat dinding jamban. Tapi pemandu jenis ni bukan begitu. Beliau jenis korek hidung masa memandu. Lepas tu bila beliau cuba jentik taik hidung tu dia taknak keluar ikut tingkap dan melekat dengan degil dekat jari telunjuk beliau akan secara berhati-hari calit-calit dekat stereng, takpun dekat dashboard. Dah macam takdak kejadah lain nak buat masa memandu.


5. Pemandu Ternganga-nganga. Jenis pemandu ni kau boleh detect bila dekat traffic light. Bila kau tengok cermin kau, lepas tu kau nampak pemandu belakang kereta kau ternganga-nganga sambil memejamkan mata dan mengerutkan dahi. Kau jangan ingat beliau parkinson pulak. Beliau sebenarnya sedang sing along dengan lagu yang sedang berkumandang di radio dengan sepenuh hati. Kiranya kalau ikut undang-undang beliau, masuk je kereta beliau, beliau adalah superstar, mampu menyanyikan segala jenis genre lagu dengan flying colours.


6. Pemandu Tidak Sedar Diri. Jenis ni selalunya sama ada 1. Pakcik tua 2. Makcik tua 3. Orang tua. Masalah pemandu jenis ni. Perasan bawak seratus lapan puluh kilometer sejam padahal lima kilometer sejam pun tak sampai. Lane paling kanan tu dah macam rumah kedua. Bawak macam siput, tapi duduk lane paling kanan. Kereta belakang dah siap sebelas kali bagi lampu tinggi suruh ke lane kiri, beliau bertegas mahu di lane paling kanan. Nak taknak kau terpaksa potong kereta beliau ikut lane kiri. Selalunya pemandu jenis ni berhabitat di atas lebuhraya. Aku ada teori untuk pemandu jenis ni, beliau terbayang beliau di negara Sepanyol, di mana kalau kau nak potong, kau kau kena duduk lane kanan. Motto beliau, "Ikut kanan kecuali memotong".


7. Pemandu Kau Faham-faham Sahajalah. Banyak dah eksiden jadi sebab kewujudan pemandu jenis ni. Kalau kau tengah nak keluar simpang dan kau nampak ada sebuah kereta tengah bergerak dekat jalan yang kau nak masuk tu, sudah pasti kau akan tunggu sampai kereta tu melepasi kereta kau dulu baru kau boleh keluar simpang kan? Masalah sekarang ialah, kereta tu sebenarnya nak masuk simpang kau. Tapi kau tak tahu, sebab beliau tak bagi signal. Lalu kau pun macam orang bodoh tunggu je kat simpang tu, last-last, beliau masuk simpang. Lantas hati kau menyumpah, "Babi apasal kau tak bagi signal??" dan hati beliau akan membalas "Ala, kau faham-faham sahajalah yang aku nak masuk simpang."


8. Pemandu Aku Sendiri Tak Faham. Ini jenis pemandu yang mendengarkan guruh di langit air di dalam tempayan dicurahkan. Beliau sendiri tak faham akan fungsi sebenar lampu signal. Lagi lima kilometer nak masuk simpang, beliau dah pasang signal ke kiri siap-siap. Kau sendiri pun konfius sambil tertengok-tengok ke kiri simpang mana beliau nak masuk sebab simpang jauh gila babi lagi jadi kau pun terfikir sama ada kereta beliau boleh terbang ke atas jadi beliau boleh terbang ke kiri tanpa memikirkan ada simpang atau tiada simpang. Bila beliau dah masuk simpang tu, baru kau tersedar bahawa kereta terbang belum sampai Malaysia lagi.


9. Pemandu Tetekku Airbagku. Jenis ni tak semestinya untuk wanita sahaja. Sebab pernah jugak jumpa yang lelaki. Benda pertama yang beliau lakukan bila masuk kereta adalah, menggeselkan tetek ke arah stereng. Seat pemandu tu beliau akan rapatkan serapat mungkin ke arah stereng seolah-olah tetek beliau adalah airbag kereta. Kalau boleh, beliau nak rapatkan terus seat pemandu sampai ke bumper depan kereta. Penumpang yang duduk seat belakang beliau siap boleh melunjur kaki lagi, macam limosin.


10. Pemandu Ada Pelekat Baby In The Car Tapi Bawak Macam Nakharam Padahal Beliau Sendiri Tu Yang Kena Berhati-hati Sebab Ada Baby Lagipun Macamlah Ada Orang Kisah Pun Beliau Ada Baby Ke Tak Lagipun Aku Rasa Kena Ada Pelekat Warga Emas In The Car. Nak ingatkan orang lain tapi diri sendiri taknak beringat.




Aku akhiri laporan penuh kacak ini dengan serangkap pantun tidak berima;


Nak beli kereta pun kena pandu uji,
Inikan pula mahu menikah.


Sekian melaporkan.







No comments: