"Kau percaya sangat ke kat Sang Goh Lum tu? Cuba kau tengok, dia tu dahlah bongkok, bongok, jalan macam binatang, rambut luruh, gigi rongak akibat kavitis mungkin, nafas pula berbau. Kau percaya ke kat dia?" soal Samsul kepada rakan baiknya, Ferodok sambil mengorek-ngorek pusatnya.
Ferodok hanya mampu membisu seribu dua ratus tujuh puluh sembilan perpuluhan lapan empat bahasa. Ada benarnya perasaan was-was Samsul terhadap pemandu pelancong mereka iaitu Sang Goh Lum. Kalau nak dibandingkan dengan jamban, jamban pun enam kali ganda lebih elok dari Sang Goh Lum. Tetapi Ferodok sudah hidup lama, sudah mahir dan khatam akan pepatah inggeris yang berbunyi "don't judge a book by its cover". Walaupun Sang Goh Lum lebih buruk dan hina daripada sebuah jamban, namun Ferodok percaya akan kebolehannya untuk memimpin mereka ke arah Lembah Api Menggelegak-blup-blup.
Ferodok lantas memandang ke arah Sang Goh Lum yang sedang asyik mencucuk-cucuk seketul najis unikorn yang masih segar dengan jari kelingkingnya di tepi sungai tempat mereka berehat. Kelakar, bisik hati Ferodok.
"Apa yang kau cakap tu betul Samsul." kata Ferodok secara tiba-tiba, membuatkan Samsul hampir terkentut kerana terkejut. "Tapi, apa kata kita bagi peluang kat Sang Goh Lum tu dulu. Aku percaya dia tu baik. Kau tengok lah tu, siap main-main dengan taik unikorn lagi, tak ke adorable tu?" tambah Ferodok sambil menggaru-garu janggutnya.
"...suka hati kau lah. Kalau apa-apa jadi, jangan cakap yang aku tak bagi amaran kat kau. Dah, aku nak masuk dalam belukar tu kejap, nak berak. Kau jangan intai pulak." kata Samsul sambil mengisi botol air dengan air sungai untuk dibuat basuh berak sebentar nanti. Ferodok hanya mampu berdiam diri, dan sedikit jengkel kerana tak pernah seumur hidup dia mengintai orang sedang berak, tak perlulah diingatkan.
Sang Goh Lum masih asyik mencucuk-cucuk najis unikorn tersebut. Sesekali dia menggunakan ibu jari kakinya, sesekali dengan buku lalinya. Kusyuk benar. Ferodok bangun dan berjalan ke arah Sang Goh Lum, cuba untuk menjauhkan diri dari semak di belakangnya, kerana sudah terbit bau-bau yang kurang menarik, pasti kerja Samsul, bau kentang putar.
Belum pun sempat sepuluh langkah Ferodok ke arah Sang Goh Lum, tiba-tiba kedengaran suatu jeritan dari sebalik semak. Jeritan yang membimbangkan.
"Samsul!" bisik hati Ferodok. Lalu kamera pun zoom-out dengan pantas sehinggakan kelihatan planet musytari menandakan masuknya waktu Maghrib bagi kawasan Wilayah Persekutuan serta yang sewaktu dengannya. Cerita tergantung di situ, lalu surirumah-surirumah sepenuh masa pun sibuk mengeluarkan teori masing-masing akan apa yang berlaku kepada Samsul di sebalik semak tersebut. Apakah yang berlaku kepada Samsul?
A. Samsul terjatuh ketika sedang berak lalu tercucuk duri di punggungnya lantas dia menjerit kesakitan.
B. Samsul diculik oleh segerombolan Geng Mamak ketika sedang berak lantas dia menjerit meminta pertolongan.
C. Samsul kehabisan air ketika sedang membasuh berak lantas menjerit meminta rakannya Ferodok tolong top-up air sungai.
D. Bukan Samsul yang jerit. Tapi kembar Samsul. Sebab masa kat Ireland dulu, Samsul dah mati dah sebab kena AIDS, tapi Samsul sempat taubat. Kembar dia balik Malaysia lepas tu menyamar jadi Samsul, semua orang tak tahu yang itu bukan kembar Samsul semua orang ingat itu Samsul yang sebenar sebab ada tahi lalat kat bawah mata kiri maka berlakulah kisah percintaan yang tak best langsung. Aku baru sahaja mendeskripsikan sebuah sinopsis drama melayu TV3.
Hantarkan jawapan anda dengan menaip "TELUR [NAMA BAPAK KAU] TELURKU JUA [PILIHAN JAWAPAN]" dan hantarkan ke nombor telefon bapak kau. Pemenang bertuah akan menerima pakej percutian ke Taiping selama seminggu tajaan Biskut Beras cap Tulisan Mandarin.
6 comments:
yang ni aku suka ! [komen pertama setelah beratus entri aku baca] hahaha !
Hahaha...tolong sambung cerita ni...saya nak baca oi! :P
aku tan nak hantar jawpn sb da berkurun aku tak tgok tv3 hahahaha
*tak nak
nmpk sgt result BM aku gagal hahaha
Ferodok+samsul+sang goh lem = de lot op de ring..
Ferodok+samsul+sang goh lem = de lot op de ring..
Post a Comment