Monday, April 30, 2012

Tanah tumpahnya darah putih

Sabtu lepas hari tu, ada orang super kacak pergi Langkawi. Hari ni beliau baru balik. Uih, bukan main gembira orang Langkawi bila ada orang super kacak pergi sana. Layanan yang diberi adalah super hebat, mesra betul orang situ, siap lambai-lambai sambil bagi flying kiss lagi. Lelaki super kacak itu hanya membalas dengan senyuman yang super manis.




Akululah lelaki super kacak tu, takkan itu pun nak bagitau. Banyak sebenarnya benda-benda pelik aku jumpa kat Langkawi ni.




Langkawi ni jenis tempat untuk orang pompuan. Pinggan, mangkuk, kuali, periuk, belanga, kain batik, kipas kecik yanv jenis gantung kat dinding, dompet kaler-kaler, bikini, pario, selipar jepun, beg galas dan macam-macam lagi. Selain itu, ada pantai. Aku suka gila babi pantai. Sebab berangin. Sebab banyak awek. Sebab luas. Aku bukannya pandai berenang pun.




Oh, coklat. Banyak kedai jual coklat. Lepas tu rokok murah. DUNHILL sekotak adalah RM 6.20. Jadi sekotak kau beli rokok, kerajaan dapat RM 3.80. Ah sorga betul duduk Langkawi.




Berbalik kepada benda pelik tadi. Selain peha-peha dan payu-payu bertebaran di tempat awam (yang btw sangat ohsem), banyak gila babi benda yang pelik.




Ada satu kedai yang celaka. Seumur hidup aku, tak pernah lagi aku minum 3 teh ais dengan 1 teh o ais dengan harga RM13. Tigablas. Rupa kedai takdakla macam mekdi ataupun kentaki, dahlah pelayan muka serupa jamban. Aku dengan bonda tengah menimbangkan sama ada mahu report Kementerian Yang Pengguna-pengguna tu. Nak report pasal harga mahal. Dengan pelayan muka jamban.




Lepas tu. Kat Langkawi ada apom gedik-gedik. "Apom gedik-gedik". Aku tak pernah jumpa. Bodoh kelakar gila kot. Bila aku tanya menatang macam mana apom tu, beliau cakap apom tu dia letak telur setengah masak. Bila pikir-pikir balik, ada logik. Sebab telur setengah masak kan jenis bergoyang-goyang. Jadilah apom gedik-gedik. Kreatif.




"Ecrice ton nom sur on grain de riz". Korang bukannya cakap french pun kan? Meh aku tolong trenslet, "Tulis nama anda di atas biji beras". Tapi beliau salah dari segi ejaan dan etika. Kalau yang betulnya adalah, "Ecrire votre nom sur un grain de riz." Aku rasalah, aku pun bukannya pakar sangat bahasa-bahasa ni. Walaupun ayat beliau salah, tapi aku puji la jugak usaha nak tarik pelancong France tulis nama atas bijik beras lepas tu caj mahal-mahal.




"COTE DE PARFUME". Nama sebuah kedai perfume. Juga menggunakan istilah bahasa perancis. Kekunun elegan la tu. Padahal. Salah. Aku pun tak pasti apa beliau nak tulis sebenarnya, sebab perkataan "COTE" tu kalau pakai huruf kecik, boleh jadi "côte" (cost) ataupun "côté" (side). Dahlah ejaan "PARFUME" tu salah, kalau yang betul adalah "PARFUM". "Perfume cost"? Ke "Side of perfume"? Aku pun konpius.




Itu jelah aku nak tulis. Aku sertakan dengan bukti bergambar sekali. Gambar aku, aku taknak la letak, kang korang print keluar buat poster saiz pintu lepas tu tampal kat pintu bilik air buat modal pulak. Aku nak pergi hisap rokok Langkawi ni.




Friday, April 27, 2012

Pengalaman asrama

Kehidupan di asrama memang membosankan. Ramai antara pelajar sekolah asrama yang menyamakan kehidupan di asrama tak tumpah ibarat kehidupan di penjara. Di mana gambaran kehidupan penjara yang mereka dapat, itu masih satu misteri, dari filem Hollywood mungkin, tak mungkin dari filem Malaysia yang hanya bertemakan rempit, seram serta buah dada Angah Raja Lawak.


Masakan tidak membosankan, dari celik mata bangun tidur sehingga tertutup mata di atas katil, hanya helaian buku teks serta buku rujukan yang menjadi tatapan. Itu belum masuk wajah warden-warden asrama yang super garang. Cukup membosankan. Bagi yang bertuah, kehidupan di asrama tidaklah sebosan yang digembar-gemburkan. Saban petang ketika rakan-rakan yang lain sedang berpeluh bermain bola sepak serta petanque, mereka memadu asmara. Hendak dikatakan hensem dan lawa, jauh sekali, gatal sungguh kecik-kecik dah kapel. Bertuah. Bagi yang mencari thrill dan derusan adrenalin, makcik-makcik cleaner ataupun pakcik-pakcik guard dijadikan tempat mengorat. Bukanlah mengharap sangat hendak kapel dengan mereka yang hampir dua puluh tahun lagi tua itu, namun sekadar menge-test kemahiran menggoda. Kemahiran yang perlu diasah sebelum keluar dari zon selesa dan memasuki alam IPT.


Hamid juga seorang pelajar asrama. Hamid tidak bertuah, lalu setiap petang bermain bola sepak bersama rakan-rakan malang yang lain. Hamid juga tidak mencari thrill, lalu makcik-makcik cleaner hanya dipandang sebelah mata, cukuplah sekadar bertegur sapa sekali-sekala. Tidak perlulah diterangkan dengan lebih lanjut akan latar belakang Hamid, cukuplah sekadar nama. Lagipun itu bukan nama sebenar, kalau diberitahu akan nama sebenarnya, takut-takut disaman pula.


Suatu malam, Hamid bosan. Seperti malam-malam yang sudah. Hari ini hari minggu, lagilah bosan sebab tugasnya hanya melepak berkain pelikat cap Gajah Duduk di atas katil asrama. Asrama Hamid sangat megah, ibarat rumah pangsa. Setiap bilik diberikan kepada empat orang pelajar. Sungguh selesa. Rakan-rakan sebilik Hamid yang lain seperti biasa pada malam minggu akan ke kelas untuk mentelaah. Hamid tidak. Sebab Hamid baka malas. Lebih senang duduk-duduk di bilik.


Ada satu perihal Hamid yang tidak disenangi oleh rakan- rakan yang lain. Hamid adalah apa yang digelar, seorang kaki gebang. Apa sahaja rakan-rakan yang lain ada, pasti Hamid akan menangkis dengan berkata, "Eleh, aku pun ada benda tu dulu, cuma lagi mahal la." Cukup annoying. Ramai sudah yang bercadang mahu mem-flyingkick Hamid, namun bapa Hamid orang besar, CEO syarikat pengeluar gelang terkemuka. Takut juga kalau-kalau setelah di-flyingkick nanti Hamid akan mengadu kepada abahnya lalu abahnya pun report kepada pengetua lalu pengetua pun membuang mereka dari asrama itu. Nak tak nak, mereka sabar sahajalah.


Radio kepunyaan Hamid malam itu memainkan kaset album Alleycats, bukan main ceria Hamid menyanyikan sekali lagu itu bersama-sama alunan radio tersebut. Sambil bernyanyi girang, Majalah Ujang diselak, sesekali nyanyiannya terhenti kerana tak tahan dengan kelakar Lawak Antarabangsa majalah itu. Ketawa, menyanyi, ketawa lagi, sambung menyanyi lagi. Itu sajalah kerja Hamid sorang-sorang di bilik.


Tiba-tiba Hamid terdengar sesuatu, namanya dipanggil dari bilik sebelah. Suara Tahir.


"HAMID!! DATANG SINI KEJAP!!"


"KAU NAK APA TAHIR? AKU BUSY NI!!"


"DATANGLA KEJAP!! ADA BENDA BEST NI!!"


'Benda best' adalah codename kepada benda-benda yang tidak sepatutnya ditonton oleh remaja bawah umur seperti Hamid. Dengar sahaja 'benda best', Hamid cepat-cepat bangun, tutup radio, simpan Majalah Ujang kepunyaannya, mengetatkan gulungan kain pelikat, menutup pintu lokar, mencabut kunci dari mangga pintu lokar yang dikunci tadi, menggaru bontot yang sedikit kebas, lalu berjalan keluar bilik dan terus meluru ke bilik sebelah.


"Woi, bukak pintu ni, Hamid ni." kata Hamid separa berbisik setelah mendapati pintu bilik Tahir berkunci. Entah mengapa hatinya berdebar-debar. Kalau dua hari lepas, gambar ahli gusti wanita WWE, malam ini entah gambar siapa, harapan Hamid ianya gambar artis Malaysia berbikini sambil menonggek di tepi kolam renang.


KLIK. Pintu bilik dibuka. Hamid melangkah masuk sambil bontotnya yang masih kebas itu diuli-uli bagi memudahkan pengedaran darah.


Sebaik masuk. Hamid kaku. Matanya terbeliak. Kakinya sejuk. Bulu roma tengkuknya mencanak. Bulu hidungnya luruh sehelai. Bontotnya tidak lagi kebas. Bilik Tahir hanya diterangi cahaya malap lampu meja belajarnya. Di tengah-tengah bilik Tahir itu ada seketul objek berupa manusia yang berbalutkan kain putih. Umpama mayat yang dikafankan.


Hamid tergamam. Hendak menjerit, lidahnya kelu. Hendak lari, kakinya berat. Jantungnya berdegup pantas sepantas kayuhan basikal Rizal Tasin di temasya Komenwel yang lepas. Setengah minit berlalu, Hamid tak tahan, lantas punding kencingnya kencing di situ. Habis basah kain pelikat jenama Gajah Duduk berwarna pink berjalur kuning tersebut. Hamid terduduk.


"HAHAHAHAHAHAHAHAHA." Keluar tiga orang termasuk Tahir dari sebalik pintu biliknya sambil mentertawakan Hamid. Hamid keliru. Otaknya mengambil masa enam saat untuk mengesahkan bahawa itu hanyalah mainan. Hamid dikenakan oleh jiran-jiran sebelah biliknya ala-ala gaya Wakenabeb.


Tahir dan Roslan cepat-cepat menolong Hamid bangun sementara Bahar mengambil gambar Hamid yang dalam keadaan terduduk itu. Untuk dijadikan kenangan.


"Celaka la korang. Tak kelakar la hoi!" ujar Hamid lemah. Wajahnya masih pucat.


"Hahaha, rilek la Hamid, takkan bergurau pun tak boleh." balas Bahar yang tersengih.


"Babi la, kejap aku nak pergi toilet." cakap Hamid, yang mahu menukar kain pelikatnya yang basah.


"WOI!! HAMID KENCING DALAM SELUAR!!" jerit Tahir kepada sekalian yang ada di asrama itu, sambil ketawa terbahak-bahak. Jelas sekali, Tahir seronok. Maka bertepuk gempitalah mereka-mereka yang ada di asrama itu. Padan muka Hamid.


"Babi la korang, seram gila kot, real pulak tu." Hamid menceritakan pengalamannya dikenakan oleh rakan-rakan sendiri. Kini Hamid hanya berboxer sepanjbob, kain pelikat tadi sudah dijemur di ampaian.


"Tu la kau, lain kali jangan gebang sangat, ini kitorang nak kasi pengajaran kat kau." balas Tahir.


Setelah lebih lima minit mereka bersembang di dalam bilik Tahir berkenaan kejadian sebentar tadi, tentang apa perasaan Hamid, tentang bagaimana mereka merancang dengan teliti, tentang siapa mastermind di sebalik rancang itu (Tahir) dan tentang Hamid kencing dalam kain pelikat, Hamid teringat sesuatu.


"Eh, mana Jalil?" soal Hamid.


"Jalil? Jalil pergi kelas la, dating dengan Fauziah."


"Eh? Habis siapa yang jadi hantu tu tadi?"


"Ala, kitorang bungkus pakai bantal je lah."


"Oh."


"Bantal tu pakai bantal aku dengan bantal Tahir, kitorang bungkus pakai cadar Bahar." ujar Roslan dengan megah.


"Babi, real gila kot. Aku ingatkan hantu betul tadi."


"Part paling susah adalah part nak bagi 'hantu' tu duduk atas lokar aku, kau tau, banyak kali jugakla kitorang try, sampai last-last kitorang sendal dengan baldi."


"Semangat betul korang, nak takutkan aku sampai buat dua 'hantu', yang first aku nampak tu terbaring atas ni ha. Siap bergerak-gerak lagi." ujar Hamid sambil menepuk-nepuk lantai.


"Lantai? Kitorang buat satu je la, yang atas lokar tu, yang atas lan--"


Maka bertempiaran larilah mereka berlima keluar dari bilik itu.




Hamid, Tahir, Roslan, Bahar. BERLIMA. Termasuk 'Jalil'.





Tuesday, April 24, 2012

Tuan Punya Cincin ep2

"Samsul!". Bunyi bisikan hati Ferodok yang dimainkan secara full volume ganda dua kedengaran di corong televisyen yang super nipis itu. Sesaat sesudah itu rangkuman episod minggu lepas dimainkan, babak Sang Goh Lum mencucuk najis unikorn, babak Samsul mengorek pusat serta babak Ferodok bersin ditayangkan untuk mengingatkan penonton yang mungkin sudah lupa akan kisah episod lepas. Skrin kembali gelap. Musik berunsur saspen dimainkan. Lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan dan Kaka.


Skrin dicerahkan secara perlahan-lahan sambil muka Ferodok yang sedang menjerit di-zoom-in sehingga terpancar seketul jerawat berwarna merah yang tidak berjaya disembunyikan oleh mekap artis. "Samsul!", suara bisikan Ferodok itu dimainkan sekali lagi, bertujuan membangkitkan lagi rasa saspen dan ingin tahu para penonton yang kusyuk mengunyah asam boi di depan kaca televisyen masing-masing.


Kali ini wajah Sang Goh Lum pula di-zoom-in. Biarpun wajahnya buruk mengalahkan sebuah jamban rumah setinggan, kamera berhempas-pulas meng-zoom-in wajahnya. Asam boi masih dikunyah. Penonton masih saspen. Barangkali sudah ada dua tiga yang diserang sakit jantung akibat tekanan saspen yang melampau. Sang Goh Lum sudah tidak lagi mencucuk najis unikorn yang di hadapannya itu. Perhatiannya teralih ke arah suara jeritan Samsul dari sebalik semak yang dijadikan jamban bergeraknya itu. Malangnya najis unikorn tersebut tidak di-zoom-in. Jikalau tidak sudah pasti penonton akan teruja dan terkesima akan keindahan panorama najis haiwan lagenda itu.


Ferodok terus berlari ke sebalik semak. Bau kentang putar yang berlegar- legar di udara tidak dihiraukan. Talian persahabatan yang sudah lama terikat menjadi semangatnya. Bermainlah lagu Gemuruh nyanyian Faizal Tahir di latar belakang. Babak di-edit menjadi slow motion. Larian Ferodok diperlahankan oleh juruedit. Selang setengah minit berlari secara perlahan, Ferodok akhirnya tiba di sebalik semak. Sang Goh Lum tidak berganja dari najis unikorn itu, mungkin kerana tidak kisah akan kemaslahatan Samsul yang sering memberi layanan buruk terhadap dirinya.


"Samsul!! Samsul!! Ha yu worait Samsul my fren?!" jerit Ferodok pabila sudah tiba di lokasi semak. Sambil mengibas semak-samun tersebut dengan tangannya. "Samsul!!" jerit Ferodok kali kedua setelah jeritan pertama tidak berjawab umpama layang-layang diputuskan talinya.


"Hah?!" dengus Ferodok kehairanan. Bukan setakat batang hidung Samsul yang tidak kelihatan, malah segala jenis batang kepunyaan Samsul juga tiada dalam bayangan. "SAMSUL!!" jerit Ferodok buat kali ketiga, hat-trick jika di dalam padang bola sepak. Hampa. Tidak berjawab. Sedang mata Ferodok meliar dan hidungnya mengikut bau kentang putar hasil nukilan Samsul, tiba-tiba muncul Sang Goh Lum dari arah belakang Ferodok. Terkejut, hampir terkentut Ferodok.


"Tuan. I faun dis Tuan!" bisik Sang Goh Lum dengan nada suara yang rendah serta tebal, bak suara Nasir Bilal Khan. Di tangannya, kasut jenama Nike berwarna hijau gelap kepunyaan Samsul.


"Kau jumpa kat mana?!!" soal Ferodok dengan cemas. Kaget.


"Tu." jawab Sang Goh Lum sambil menuding ibu jarinya ke arah suatu sudut di semak itu. Sopan.


Seraya berlari Ferodok ke situ. Namun langkahnya terhenti akibat bau kentang putar yang terlalu sengit. Hidungnya tidak mampu menahan akan keperitan bau itu. Jelas, di situlah Samsul berada sebentar tadi kerana terdapat sebukit kecil tinja Samsul. Segar. Tidak terusik. Tidak ditimbus. Tidak di-zoom-in. Samsul tidak kelihatan.


"SAMSUL!!" jerit Ferodok sekali lagi. Nafas Ferodok makin keras, makin singkat. Segala marabahaya yang mungkin menimpa Samsul terbayang di kepala Ferodok. Rakan karibnya sudah hilang!


"Tuan...jangan risau tuan. Sang Goh Lum tahu ini kerja siapa. Samsul bukanlah sasaran mereka." ujar Sang Goh Lum, dengan suara Nasir Bilal Khan, sambil mengusap-usap bahu serta buku lali Ferodok.


"Ini semua salah aku Sang Goh Lum!! Aku tahu aku sasaran mereka! Kita kena cari Samsul, itu kawan baik aku!" balas Ferodok sambil menepis tangan Sang Goh Lum jauh-jauh kerana tangan itulah yang mencucuk-cucuk najis unikorn. Disgusting.


"Sang Goh Lum tahu di mana mereka membawa Samsul tuan. Mereka mungkin sudah tujuh hari di depan kita memandankan mereka menunggang unikorn hitam yang berkelajuan sembilan batu notika sejam."


Ferodok sudah memulakan langkah ke arah tepi sungai tempat mereka berehat dan mengemas segala khemah, kasut, baju dan kuali. Perbuatannya tangkas, tidak mahu membuang masa dengan lebih lama. Samsul harus diselamatkan. Dengan pantas! Pronto! ASAP!


"Kau bawa aku ke sana!! Cepat!!" jerit Ferodok. Urat kepalanya terpampang di kaca televisyen. Menandakan dia serius. Asam boi masih dikunyah penonton.


"Tuan baik tuan baik tuan!" balas Sang Goh Lum sambil melakukan aksi seorang Lans Korporal terhadap seorang Sarjan. Menabik di kepala dan menghentakkan kaki dua kali, dimulakan dengan kaki kiri dan dituruti dengan kaki kanan.


"Tak payahlah bawak taik unikorn tu!!" jerit Ferodok kepada Sang Goh Lum yang sedang membungkus najis unikorn itu. Terlalu obses.


"Tapi tuan..."


"AKU CAKAP TAK PAYAH!!" Ferodok berkeras. "Banyak lagi kat tengah jalan tu ha!!"


".....tuan baik tuan baik tuan." pasrah Sang Goh Lum.


Rancangan mahu bercuti di Lembah Api Menggelegak blup-blup terpaksa dilupakan. Lagipun segala pembayaran chalet dan kereta sewa di sana adalah di atas kad kredit Samsul, kalau pergi pun nak bermalam di mana? Ferodok bukannya ada duit.


Maka bermulalah ekspedisi menyelamatkan Samsul. Entah mengapa hati Ferodok seakan tidak sedap. Somehing fishy. Teringat akan kata-kata Samsul tentang kepercayaannya terhadap Sang Goh Lum. Namun, Sang Goh Lum sahajalah harapannya untuk bertemu dengan Samsul. Ironi. Harapannya, Samsul masih hidup.


"KAU BUAT APA LAGI TU!! CEPAT LA!!" jerit Ferodok pabila terlihatkan Sang Goh Lum sedang bercakap-cakap dengan najis unikorn yang menjadi kegilaannya itu.


"Ucap selamat tinggal tuan seb-"


"TAK PAYAH!!!"


"....tuan baik tuan baik tuan." akur Sang Goh Lum. Dahlah nak bungkus tak kasi, nak ucap selamat tinggal pun tak boleh? Kasihan Sang Goh Lum.


Sang Goh Lum terus memimpin tangan Ferodok namun ditepis secara refleka olehnya lalu kamera pun zoom-out dengan laju sehinggakan ternampak planet Zuhal yang berkelipan menandakan masuknya sekali lagi waktu Maghrib bagi kawasan Kupang dan yang sewaktu dengannya padahal Kupang tu dia sorang je dalam kawasan yang sewaktu dengannya.


Siapa yang menculik Samsul yang sedang berak itu?


A. Majlis Perbandaran Kuala Lipis kerana Samsul buang di merata tempat.


B. Jabatan Kebajikan Masyarakat Klang kerana Samsul adalah orang gila yang tidak waras dah gila tak waras pula tu.


C. Samsul diculik sepasukan Teletubbies yang kekurangan ahli pasukan.


D. Samsul diculik oleh ibu saudaranya iaitu Makcik Rogayah binti Rosman yang iri hati akan bapak Samsul iaitu Latip bin Rosman yang kaya nak mampus tapi bila adik-beradik mintak tolong dia takmau tolong jadi anaknya diculik sebagai tebusan.


Taip "TAIK UNIKORN ITU BERWARNA PELANGI DAN MENGANDUNGI ZAT-ZAT SERTA TAURINA DAN VITAMIN [PILIHAN JAWAPAN]" dan hantarkan ke nombor telefon Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Parit Buntar. Pemenang bertuah akan memenangi lima keping tiket cerita "Jandaku Lari Bersama Mat Bangla" tajaan Doktor Berambut Cendawan*.


*tertakluk kepada terma dan syarat.




Saturday, April 21, 2012

Timun dan durian

"Darah dibalas darah". Ungkapan yang sering didengar di dalam filem-filem aksi tempatan seperti KL Gangster, Adnan Sempit, Hikayat Merong Mahawangsa serta Karipap-karipap Cinta. Namun tidak wujud pula ungkapan berkaitan "dara". "Dara dibalas teruna"? Atau "Dara dibolos teruna"?


Terpulang bagaimana mahu di-interpret ayat pertama perenggan pertama tersebut. Dari mata si mangsa, itu adalah keadilan. Dari mata si pemangsa, itu adalah dendam. Dendam dan keadilan. Mana mungkin wujud salah satu tanpa satu yang lain. Dendam kesumat si mangsa rogol membuatkan si perogol menerima hukuman sebat hingga pecah kulit jubor, hukuman yang berdasarkan keadilan. "Inilah keadilan", ujar mangsa rogol. Di suatu sudut, "Inilah dendam", ujar si perogol setelah didapati bersalah.


"Keadilan adalah ibarat menyusun timun di bawah dan durian di atas." Skrip sebuah drama komponen sastera tingkatan 4. Keadilan? Atau dendam? Kisah timun yang membuat onar membuatkan durian menghempap dan menusuk, atas nama keadilan. Atau kisah timun yang membuat taik dengan durian tersebut mendorong raja buah tersebut membalas dengan tusukan duri yang maha tajam, atas nama dendam. Golongan timun ditindas oleh golongan raja buah. Keadilan dari mata raja buah. Dendam dari mata timun.


Perjuangan mencari keadilan dan perjuangan membalas dendam. Terpulang kepada mata dan hati yang melihat. Hanya jauhari mengenal manikam, hanya si adil mengenal keadilan, hanya si pendendam mengenal dendam. Sudah dipinjam, dibelanja, digunapakai, namun bila tiba masa membayar, mereka turun berkhemah. Dari mata golongan timun, itu keadilan, kerana masih ramai golongan raja buah yang hanya meminjam namun tiada pembayaran. Dari mata golongan raja buah, itu dendam, kerana buku merah golongan timun sudah disekat serta atas bunga-bunga tersembunyi yang disembunyikan. Masakan tidak, sudah pakai segak-segak mahu ke Bandung, tiba-tiba buku merah disekat untuk terbang. Jadi timun di pihak mana? Pihak yang adil, atau pihak yang dendam?


"Padan muka kau nyamuk, kan dah kena spray. Mampus kau. Kau hisap darah aku, aku spray kau, barulah adil."


"Kau tengok manusia tu, kita hisap darah dia sikit pun dia nak berdendam."

Friday, April 20, 2012

Soalan paling bangang

Twitter adalah tempat meluahkan perasaan dendam, dengki serta megah. Tahukah anda bahawa, twitter juga dijadikan sebagai tempat hiburan. Kelakar. Yang sangat cilaka. Macam hari tu.




Ada lah sorang minah ni bertanya soalan kat sorang imam muda ni. Soalan beliau aku rasa soalan paling bangang pernah aku dengar. Kalau ada carta "Soalan Terbangang", aku yakin soalan beliau duduk di persada carta, selama satu abad.




"Ustaz, apa hukum kalau kita berkongsi makanan halal dengan non-muslim?" - gadis mana entah.


"Takdak masalah." - ustaz imam muda.




"Tiada soalan bodoh, yang bodoh cuma si yang bertanya." Memang terbukti benar. Soalan tu sendiri tak bodoh sebab dah nama pun soalan, macam-macam jenis soalan kau boleh jumpa. Minah tu yang bodoh. Kejadah kau sampai nak berhukum-hukum bila kongsi makanam halal? Kau ni sekolah tadika ke hapa?




Nasib baik la beliau tanya ustaz tu. Kalau beliau tanya aku, mau aku jawab, "Yang kau kedekut sangat apahal? Kongsi je la makanan tu. Tahap soalan kau ni sangat bodoh. Adakah bontot kau dengan tidak sengaja ter-unlock phone kau, lalu bontot kau tertekan masuk applikasi twitter lalu bontot kau pun tertaip soalan ini dan kemudian bontot kau send soalan ini kepada ustaz?"




Aku rasa bontot pun tak sebangang itu untuk bertanya soalan najis tersebut. Haih, kesian pulak aku dengan makbapak minah ni, penat-penat beranak last-last dapat anak bangang.




Sebagai pengembala bulu ketiak terunggul, aku rasa sudah tiba aku mencukur ketiak hari ini bersempena dengan hari Jumaat yang mulia.

Thursday, April 19, 2012

Pilihan, Penyesalan

Sukar untuk membuat pilihan. "Keistimewaan memilih adalah punca kepada segala kekecohan dan ketidaktenteraman di dunia" kata seorang ahli falsampah terkenal lewat 40-an. Memang sukar. Jika tidak diberi pilihan, banyak mulut yang merungut kononnya hak mereka diragut. Namun jika terlalu banyak pilihan, kekecohan pasti berlaku, masakan tidak, puak-puak pilihan A dan pilihan B bakal bertelingkah bertikam lidah memburuk-burukkan pilihan yang tidak dipilih. Sementara puak pilihan C hanya mampu berdiam diri kerana mereka sedar mereka adalah golongan minoriti.


Kalau diikutkan hati manusia yang tidak pernah puas, mahu sahaja memilih kesemua pilihan yang diberi. Namun apakan daya, itu mustahil. Mustahil dari perspektif norma kehidupan. Sudah ditakdirkan manusia dilahirkan dengan pilihan. Pilihan yang bakal mencorakkan kehidupan. Ironinya, kehidupan itu sendiri adalah pilihan, lihat sahaja di keratan-keratan akhbar, saban hari terpampang kisah menyanyat hati si berani mati yang betul-betul mati kerana lagak berani. Dari kisah anak-anak muda membunuh diri di atas jalan raya mahupun jalan persekutuan, kisah bayi-bayi pramatang disumbat ke dalam lubang jamban namum tidak dipam, kisah warga emas ditinggalkan mati seorang diri di rumah orang-orang tua, kisah suami isteri bertelagah sehingga tertumpahnya darah.


Jika pilihan itu tidak terhad, maka di manakah keseronokannya rancangan "Who Want To Be A Millionaire?" kelolaan Jallaludin Hasan? Jika difikirkan, apa sudah jadi dengan rancangan tersebut? Mungkin pihak produksi telah memilih untuk menghentikan rancangan tersebut, dek kerana kurangnya dana, ataupun kurangnya golongan intelek yang mampu menyahut cabaran bergelar jutawan. Pilihan. Siapa juga yang berjaya, siapa juga yang tidak, itu terletak di tangan yang memilih.


Kekangan masa juga faktor pilihan dibuat. Tidak thrill ataupun tidak challenging sekiranya masa yang diberi adalah tidak terhad. Pilihan kehidupan diberi sepanjang tempoh kehidupan. Sebaik tamat masa kehidupan, di saat itulah jua tamatnya pilihan yang diberi. Mustahil memilih untuk dikafankan dengan kain kafan feveret di saat nafas terakhir sudah dihembus. Mustahil. Batu nisan juga tidak mungkin dipilih dengan keler kegemaran masing-masing.


"Bang, apa minum? Apa makan?" soal mamak yang sudah lima minit tercegat di hadapan meja Idham.


"Kejap la mamak, tengah fikir ni."


"Berapa lama mau fikir abang? Kita ada teh ais, milo ais, nescafe air, ais krim soda pun kita ada bang."


Milo ais! Yes, bisik hati kecil Idham. "Kalau macam tu, kasi milo ais lah."


"...baik bang." ujar mamak tersebut lantas memulakan langkahnya ke dapur Restoran Yasmeen untuk memulakan proses pembikinan milo ais yang diorder.


Sedang Idham melepak di mejanya sambil bermain Draw Something di peranti mudah alihnya, tiba-tiba matanya melihat sesuatu di meja hadapan. Di kala itu, dia tahu dia harus membuat sesuatu sebelum terlambat. Sebelum perasaan menyesal membanjiri pintu hatinya.


Terpinga-pinga Idham seorang diri dengan mengangkat sebelah tangan dengan tujuan menarik perhatian mamak di kedai itu. Namun hampa. Mereka kelihatan begitu sibuk. Langsung tidal dipedulikan akan tangan Idham yang bergoyang-goyang di udara itu.


Tiba-tiba, muncul seorang mamak di belakang Idham, "Ya bang, apa mau?"


"Saya mau tukar. Itu milo ais kensel, saya mau ais krim soda macam meja depan tu."


"....habis ini milo ais macam mana?" kata mamak tersebut sambil menunjuk-nunjuk segelas milo ais di tangannya.


"Aiseh!"


Maka, diteguklah milo ais itu dengan perasaan kecewa dan menyesal. Hatinya menyumpah-nyumpah pilihan 'milo ais' yang dibuat sebentar tadi. Sekiranya masa yang diberi oleh mamak sebentar tadi lebih sedikit, sudah pasti 'ais krim soda' yang dipilih. Menyesal!!


Bermainlah lagu "Menyesal" nyanyian Sixth Sense di latar belakang sambil senarai nama watak-watak dimainkan secara bergerak dari bawah ke atas skrin kaca TV. Watak "Mamak 1" dimainkan oleh Muhammad Ghani bin Roslam Siddik. Sementara watak "Idham" adalah lakonan "Idham bin Royas".


Pilihan. Kerosakan. Kekecohan. Penyesalan. Ah sastera benar entry ini. Dalam hati ada kuman.


Tuan Punya Cincin

"Kau percaya sangat ke kat Sang Goh Lum tu? Cuba kau tengok, dia tu dahlah bongkok, bongok, jalan macam binatang, rambut luruh, gigi rongak akibat kavitis mungkin, nafas pula berbau. Kau percaya ke kat dia?" soal Samsul kepada rakan baiknya, Ferodok sambil mengorek-ngorek pusatnya.


Ferodok hanya mampu membisu seribu dua ratus tujuh puluh sembilan perpuluhan lapan empat bahasa. Ada benarnya perasaan was-was Samsul terhadap pemandu pelancong mereka iaitu Sang Goh Lum. Kalau nak dibandingkan dengan jamban, jamban pun enam kali ganda lebih elok dari Sang Goh Lum. Tetapi Ferodok sudah hidup lama, sudah mahir dan khatam akan pepatah inggeris yang berbunyi "don't judge a book by its cover". Walaupun Sang Goh Lum lebih buruk dan hina daripada sebuah jamban, namun Ferodok percaya akan kebolehannya untuk memimpin mereka ke arah Lembah Api Menggelegak-blup-blup.


Ferodok lantas memandang ke arah Sang Goh Lum yang sedang asyik mencucuk-cucuk seketul najis unikorn yang masih segar dengan jari kelingkingnya di tepi sungai tempat mereka berehat. Kelakar, bisik hati Ferodok.


"Apa yang kau cakap tu betul Samsul." kata Ferodok secara tiba-tiba, membuatkan Samsul hampir terkentut kerana terkejut. "Tapi, apa kata kita bagi peluang kat Sang Goh Lum tu dulu. Aku percaya dia tu baik. Kau tengok lah tu, siap main-main dengan taik unikorn lagi, tak ke adorable tu?" tambah Ferodok sambil menggaru-garu janggutnya.


"...suka hati kau lah. Kalau apa-apa jadi, jangan cakap yang aku tak bagi amaran kat kau. Dah, aku nak masuk dalam belukar tu kejap, nak berak. Kau jangan intai pulak." kata Samsul sambil mengisi botol air dengan air sungai untuk dibuat basuh berak sebentar nanti. Ferodok hanya mampu berdiam diri, dan sedikit jengkel kerana tak pernah seumur hidup dia mengintai orang sedang berak, tak perlulah diingatkan.


Sang Goh Lum masih asyik mencucuk-cucuk najis unikorn tersebut. Sesekali dia menggunakan ibu jari kakinya, sesekali dengan buku lalinya. Kusyuk benar. Ferodok bangun dan berjalan ke arah Sang Goh Lum, cuba untuk menjauhkan diri dari semak di belakangnya, kerana sudah terbit bau-bau yang kurang menarik, pasti kerja Samsul, bau kentang putar.


Belum pun sempat sepuluh langkah Ferodok ke arah Sang Goh Lum, tiba-tiba kedengaran suatu jeritan dari sebalik semak. Jeritan yang membimbangkan.


"Samsul!" bisik hati Ferodok. Lalu kamera pun zoom-out dengan pantas sehinggakan kelihatan planet musytari menandakan masuknya waktu Maghrib bagi kawasan Wilayah Persekutuan serta yang sewaktu dengannya. Cerita tergantung di situ, lalu surirumah-surirumah sepenuh masa pun sibuk mengeluarkan teori masing-masing akan apa yang berlaku kepada Samsul di sebalik semak tersebut. Apakah yang berlaku kepada Samsul?


A. Samsul terjatuh ketika sedang berak lalu tercucuk duri di punggungnya lantas dia menjerit kesakitan.

B. Samsul diculik oleh segerombolan Geng Mamak ketika sedang berak lantas dia menjerit meminta pertolongan.

C. Samsul kehabisan air ketika sedang membasuh berak lantas menjerit meminta rakannya Ferodok tolong top-up air sungai.

D. Bukan Samsul yang jerit. Tapi kembar Samsul. Sebab masa kat Ireland dulu, Samsul dah mati dah sebab kena AIDS, tapi Samsul sempat taubat. Kembar dia balik Malaysia lepas tu menyamar jadi Samsul, semua orang tak tahu yang itu bukan kembar Samsul semua orang ingat itu Samsul yang sebenar sebab ada tahi lalat kat bawah mata kiri maka berlakulah kisah percintaan yang tak best langsung. Aku baru sahaja mendeskripsikan sebuah sinopsis drama melayu TV3.


Hantarkan jawapan anda dengan menaip "TELUR [NAMA BAPAK KAU] TELURKU JUA [PILIHAN JAWAPAN]" dan hantarkan ke nombor telefon bapak kau. Pemenang bertuah akan menerima pakej percutian ke Taiping selama seminggu tajaan Biskut Beras cap Tulisan Mandarin.







Wednesday, April 18, 2012

Ulat dalam hidung

Hari tu (lama gila babi dah), aku pergi satu tapak pesta jualan ni. Lepas tu aku jalan la depan satu kedai ni. Kedai ni ada TV kecik. Jadi aku pun terpacak la kejap depan TV tu nak tengok kot-kot ada benda best. Beliau tunjuk sebijik lubang hidung. Yang ada banyak ulat.




Ye. Kedai penawar penyakit resdung. Ala kedai yang jenis dia kasi kau satu batang kaler kuning tu, lepas tu kau kena bakar batang tu, lepas tu kau kena sedut asap tu masuk lubang hidung kau. Lalu keluarlah ulat-ulat dari lubang hidung kau. Heh. Ikuti perbualan aku dengan makcik taukey kedai tersebut.




"Dik yang kacak lagi bestari serta tampan bergaya, marilah cuba penawar resdung kami. Tak mahal pun."


"Eh takpalah kakak yang tak berapa nak hot, saya takdak resdung."


"Mana adik yang tegap lagi gagah perkasa tahu yang adik takdak resdung? Mari lah cuba dulu, tak mahal pun."


"Saya tahu saya takdak resdung sebab hidung saya tak pernah keluar ulat macam dalam TV kakak tu."


"Mana adik yang berbau wangi serta iras-iras Anuar Zain tahu yang hidung adik takdak ulat? Marilah cuba dulu, bukannya mahal pun."


"........" *terus aku blah*




Hek eleh. Aku tahulah sial hidung aku takdak ulat. Aku tahu, sebab INI HIDUNG AKU. Lagipun selalu je aku hembus keluar asap pakai hidung, takdak keluar ulat pun. Bulu hidung banyak la. Kau nak tolong trim kan bulu hidung aku?




Bengang betul aku bila orang yang tak mengenali lubang hidung secara dekat nak memandai-mandai tentang keperibadian beliau. Kau siapa nak mempersoalkan tentang kehadiran ulat-ulat kecil berwarna kuning di dalam lubang hidung aku? Pakar lubang hidung sedunia?




Kalau ye pun ada ulat. Aku hari-hari korek kot hidung aku. Tak pernah keluar ulat pun. Taik banyak la.

Monday, April 16, 2012

Semalam dan kelmarin

Semalam dan kelmarin. Dilema menjadi orang utara. Kalau kau cakap dekat orang utara, "Aku jumpak Ghafar semalam." dengan "Aku jumpak Ghafar kelmari.", pemahamannya adalah berlainan.




Kalau hari ini adalah hari Isnin, "Aku jumpak Ghafar semalam" bagi orang utara adalah, kau jumpa Ghafar malam semalam, (malam kepada hari Ahad) Bukannya hari yang sebelumnya (Ahad).


"Aku jumpak Ghafar kelmarin" bagi orang utara adalah, kau jumpak Ghafar hari sebelum (hari Ahad). Jadi perbezaan antara "semalam" dan "kelmarin" bagi majoriti orang utara adalah hanya pada "siang" dan "malam".




Aku pun dilema sebenarnya sebab aku orang Utara. "Semalam" adalah hari sebelum hari ini, tak kira la siang ke malam. "Kelmarin" adalah dua hari sebelum hari ini. Sampai sekarang aku pun aku akan guna "kelmarin" bilamana "semalam" adalah perkataan yang betul. Kalau kau jumpa orang Utara, majoriti pun akan macam aku.




Dalam french, memang tak konfius langsung, sebab dia translate secara direct. "Hier" (sebut : "ee-yayrgh") adalah hari sebelum. Dan "Avant-hier" (sebut : "ah-vont-tee-yayrgh") adalah dua hari sebelum. "Avant" adalah "Sebelum", kalau kau terjemah secara direct, "Avant-hier" adalah sebelum semalam, iaitu dua hari sebelum hari ini.




Ringkas gila. Tak payah nak "semalam" dan "kelmarin". Untuk "esok" dan "lusa" pun french pakai direct translation, "Esok" dan "Selepas esok". Tapi aku takdakla nak konfius antara "esok" dan "lusa", cuma aku konfius antara "semalam" dan "kelmarin".




"Bagai AIR dengan tebing", kata seorang DJ hotfm tempoh hari. Gagal.

Pooki dan Apam

Sehingga hari ini, yakni selepas seminggu telefon pihak TM, rumah masih tidak berinternet. Bengang pulak aku, rasa macam nak pergi bakar opis TM. Tapi apakan daya aku bukan kaki bakar, setakat cucuh rokok di mulut sendiri beranilah. Itupun kadang-kadang cuak jugak, mana lah tahu kot-kot tetiba api lighter tu besar nak mampus habis terbakar muka aku yang kacak ni. Tak ke rugi gadis-gadis di luar sana.




Hari tu aku tengok bola sepak Liga Jerman. Lepas tu ada sorang pemain ni, nama beliau, adalah "Pooki". Haha. Tak ingat lah pulak nama penuh beliau, tapi nama kat jersi adalah "Pooki." Apa-apa lah orang Jerman ni, bagi nama anak lucah. Tahulah kau tu mat salleh, tapi kasi lah nama yang baik-baik sikit, macam "Khairoul". Tak ke sedap nama tu? Itulah nama paling sedap dalam dunia. Nama aku pun sama macam tu jugak, no wonder lah aku insan yang hensem, sebab nama dah pun sedap.




"Mak, Pooki laparlah." Tak ke awkward-moment bila anak kau cakap macam tu? Ish. Tak sopan langsung. Lepas tu kau pulak balas "Kejap lah Pooki, mak tengah masak ni. Tak sabar betul ye kau Pooki?" Double awkward.




Ada jugak pemain bola sepak yang bernama "Apam" di Liga Perancis. Hek eleh, nama kuih kau bagi kat anak kau? Tak kreatif langsung. Kot ye pun itu makanan kegemaran kau, bagi lah nama lain. Macam "Khairoul". Dah sah-sah anak kau akan jadi tegap kacak bergaya macam aku. Apam. Apam. Kesian kau. Kalau kau datang pasar malam Malaysia, mesti kau ingat kau popular sebab banyak papantanda kedai tulis "Apam balik 3 singgit" kat sini.




Masa muda-muda dulu aku pergi Spain. Ada tempat nama dia "Taragona". Ejaan dia aku tak ingat sangat, sebab aku tak pergi situ pun, cuma nampak papantanda atas jalan. Hek eleh, suka-suka je kau nak cop tempat tu "takdak guna". Pakai indian accent pulaj tu, "Tarak gona!" Cuba kau letak nama tempat tu....."Khairoul". Tak ke sedap? "Hai, nama saya Apam, ini kawan saya, Pooki, kami orang Sepanyol, orang Taragona." "Oh Apam dan Pooki, Taragona punya orang." Awkward bila kau mengaku kau sebuab kuih, kawan kau sebuah kemaluan, dan kedua-dua kau dan kawan kau adalah orang yang tiada guna. Taragona.




Itu belum aku start pasal nama tempat "Angers" kat France. Tak mesra rakyat langsung nama tempat. Tak ke pelik kau namakan tempat kau sebagai "Kemarahan-kemarahan"? Aku saspek penduduk kat situ semuanya perempuan. Yang sedang PMS. Kalau kau pergi situ, jangan la kau cari pasal, tak pasal-pasal kang kena tarik rambut lepas tu kena cakar muka. Cuba kau letak nama tempat tu....."Khairoul", sah-sah dah penduduk situ senang beramas mesra.




Eh kau kenak tak penyanyi nama Kaka kat Malaysia? Ala yang nyanyi lagu pasal bawak lari anak orang dengan Zizan kat radio tu? Kaka. Kau ingat kau pemain bola ke hapa? Caca (sebut kaka) tu kalau dalam french maksudnya adalah 'najis'.




......Kaka, you are soooo kaka, Kaka. Kakakakakakakakakaka.




















Sunday, April 15, 2012

Jangan ambil ladang kami

Baru tadi ada sorang pemain bola sepak meninggal. Pemain Liga Itali. Sebab serangan jantung katanya. Kesian. Muda lagi. Sama umur aku. Muda gila babi kot.




Bila ada orang cakap, "Uish bola sepak ni permainan yang ganas, terajang sana sepak sini tersungkur lagi jatuh atas kepala penjaga gol pulak tu." Ye memang, NAMPAK ganas, padahal padang bola tu lembut, kalau kau buat balik kuang lepas tu jatuh pun takkan rasa apa. Kecualilah kalau kau pondan. Pondan kalau tersepak polisterin pun dia cakap sakit, siap pergi unit kecemasan lagi.




Tapi tu la, kekadang tu ada jugak yang patah kaki, buku lali patah sampai kau boleh nampak tulang, tulang rusuk patah, tangan patah, lutut terkehel. Tapi setakat patah-patah tu biasalah, dah nama pun permainan kompetitif. Kot la kau main congkak, itu memang susah nak patah kecuali kau angkat congkak lepas tu hempok atas kepala adik kau. Silap-silap meninggal.




Setakat yang aku dengar. Pemain liga kat Malaysia ni takdak lagi yang meninggal. Malik Nor pun haritu kena serangan jantung jugak, tapi nasib baik beliau selamat. Lagipun Malik Nor tak kira, sebab beliau bukan pemain bola sepak profesional.




Aku terfikir jugak. Macam mana kalau ada pemain liga Malaysia tetiba pengsan kena serangan jantung atas padang. Aku macam tak yakin yang pihak pengurusan boleh bertindak dengan cepat. Macam berita duatiga hari lepas, yang budak sekolah meninggal sebab kena terajang kat kepala masa main MSSN tu. Doktor tu cakap, budak tu boleh diselamatkan kalau arwah dihantar dengan lebih cepat ke hospital.




Sedih pulak aku bila ada pemain bola sepak meninggal ni. Mencalarkan nama bola sepak. Nanti kang kalau banyak sangat kes, mak bapak pun risau kalau anak-anak main bola sepak, baik pergi main layang-layang.




Cakap pasal bola sepak. Yang kisah "Jangan Ambek Padang Kami" tu bila nak setel? Annoying pulak aku bila setiap kali ada iklan kat TV. Macam lah ada orang lain selain penghuni kawasan tu yang nak kisah sangat pasal padang diorang.




Majulah sukan untuk negara. Oh lupa. Malaysia adalah satu-satunya negara dalam dunia yang bila kau kutuk presiden perbadanan bola sepak negara, kau dikira derhaka. Pft.




Friday, April 13, 2012

Seniman mental

Seronok jugak ni nak tulis pasal artis. Sebab selalunya perangai, karenah dan kata-kata mereka adalah setaraf budak tadika gemas Taman Seri Garden Haji Taib Musa Rashid.




Bak kata Zek Zahidi yang berambutkan belah tinggi, "Pelakon asing adalah sama macam pembantu rumah asing yang patut kita kurangkan....bla bla."




Ada betulnya.....ceh haktuih, takdak betulnya langsung. Itu adalah contoh kata-kata yang najis. Kenapalah kau yang berpangkat Timbalan Presiden SENIMAN boleh mengeluarkan kata-kata macam tu? Harum Salin Bachik yang Presiden tu takdak pun nak menyibuk?




Dan yang paling membimbangkan adalah. Orang Malaysia marah dengan keyataan tu sebab ada perkataan 'pembantu rumah'.




Rumah aku takdak pun pembantu rumah ni sebab selalunya adik aku yang sorang tu yang dikerah jadi pembantu rumah hahaha. Aku nak tanya jugak la, hina sangat ke eh orang asing datang jadi pembantu rumah kat Malaysia ni?




Pepatah mengatakan "Asal kerja tu halal sudah." Ha kan dah ter-paradoks pepatah tu. Aku rasa kita ni salah pandang sebenarnya.




Pengalaman sendiri, kau tahu tak betapa susahnya nak merantau pergi negara orang lain walaupun itu adalah negara serumpun, untuk hidup kat situ? Tambah-tambah bila datang sendiri, kerja sorang-sorang bukannya boleh melepak pun dengan geng-geng pembantu rumah yang lain.




Mereka ni pun berhak menerima sikit respek, kalau tak banyak pun sikit jadilah. Cumanya orang asing ni suka sangat buat hal, tu yang terjejas sikit reputasi sebagai penghijrah yang mencari makan.




Lagi satu, apahal pulak kau nak mintak kebenaran pasang cermin gelap untuk artis? Takut hitam? Boleh blah lah hoi!! Boleh blah haktuih you shadap you.




ps : aku dapat ramal komen kat entry ni bakal berbaur kaler blog aku yang dah tertukar.



Wednesday, April 11, 2012

Sudah kanggaru, buah kana pula

Semalam aku tengok Lawak Ke Der? (jawapannya tak sangat). Orang yang paling kelakar dalam rancangan tu adalah Haris Sekander. Kelakar. Yang berintelek. Bukan setakat kelakar ha-ha-ha. Tapi kelakar yang ha-ha-ha....eh bernasnya kelakar beliau.




Beliau cakap orang Malaysia ni suka state the obvious ataupun dalam bahasa pasar, sudah gaharu cendana pula, dah tau hang pi tanya pula.




"Eh sakit ke?" tanya kau kepada seorang lelaki yang berbalut dari hujung kepala sampai hujung kaki yang sedang terlentang di atas katil di dalam sebuah hospital.




"Kau dah siap kerja rumah?" tanya kau kepada rakan sekelas kau yang hanya datang kelas empat kali sepanjang semester dan minggu lepas semasa Ustaz Bahasa Arab kasi kerja rumah tu beliau tak datang kelas dan beliau datang kelas hanya bawak sebatang pen biru dan sebatang pembaris.




"Kau dah makan ke belum?" tanya kau kepada member kau yang masih berboxer dan baru bangun tidur serta bersinglet putih di atas katil beliau.




"Kau kentut eh?" tanya kau kepada adik kau di ruang tamu sedangkan kau hanya dua-beradik sahaja di ruang tamu mak kau pergi kerja bapak kau pergi rumah bini kedua beliau dan kucing peliharaan kau di dalam sangkar, apabila kau tetiba terhidu bau iras-iras bau kentut.




"Yang ni je encik?" tanya kau kepada seorang pelanggan kedai runcit kau apabila beliau sedang ingin membuat pembayaran di kaunter bayaran yang kau jaga. Dan kau tanya empat kali seolah-olah tidak percaya akan anggukan kepala pelanggan kedai runcit kau.




"Anak kau ke ni?" tanya kau kepada rakan perempuan kau yang kau dah empat tahun tak jumpa tetiba terserempak di taman permainan kanak-kanak pada suatu petang. Rakan kau sedang menyusu seorang bayi di atas bangku tempat duduk di taman permainan tersebut. Menyusu pakai botol. Bukan buah dada beliau opkos sebab kat tempat awam.




"Hujan ke sekarang ni?" tanya kau kepada member kau pada suatu tengah hari yang selalunya panas macam neraka tetiba tengah hari tu sejuk dan dipenuhi dengan bunyi guruh yang sedang berdentum. Kau dan member kau sedang berada di suatu majlis kenduri. Sedang basah kuyup.




"Besar gila doh kapal terbang tu." kata kau kepada member kau sewaktu menonton rancangan How Do They Do It yang memaparkan aksi pembinaan sebuah Airbus A380.




YANG INI FEVERET AKU.


"Kau tahu tak merokok itu membahayakan kesihatan? Membazir pula tu. Kalau kau save duit beli rokok tu, kau dah boleh beli sebijik kereta."


Oh yeke? Aku ingatkan rokok itu menyihatkan tubuh badan. Eh kau tak merokok pun. Habis mana kereta kau? Pergi kelas pun jalan kaki.




Eh kau baca blog aku ke ni?

Monday, April 9, 2012

Cerita anugerah tadi

Tadi aku tengok ABPBH (malas nak tulis nama penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebab panjang nak mampus lagipun aku update pakai henpon ni susah kot nak taip panjang-panjang pakai henpon), uish kemain seronok lagi.




Banyak yang aku belajar pasal retis.


1. Suara Kak Bengku (bukan nama sebenar, nama sebenar beliau Kak Engku), adalah seperti bunyi jet ski yang kau letak betul-betul sebelah telinga kau. Bingit. Rasa macam nak penendang speaker TV tiap kali Kak Bengku bersuara.


2. Respek sama Lidi Helias (bukan nama sebenar, nama sebenar beliau Didi Keding), berani mengenakan pesyen planet Zargon. Mula-mula macam Big Bird (ini nama sebenar) dari Sesame Street, lepas tu bertukar jadi Merry-Go-Round ataupun macam salah seorang di twitter sebut, macam Roda Impian. Saya putar Halim wang besar wang besar. Ah muflis.


3. Upacara pembukaan ala-ala failed hollywood. Semua lagu orang putih. Sekali dengan Cek Ti pun nyanyi orang putih you know? Kau kata kau Berita Harian, sejak bila pulak berita kau ada dalam bahasa engrish? Lari tema yang amat sangat. Ah you shadap you.


4. Sekarang baru ku tahu kenapa cameraman diletak di bawah tangga untuk naik ke pentas. Untuk menyajikan buah dada dan bontot retis yang berpakaian ketat untuk naik ke pentas. Itulah tujuannya. Seronok juga. Antara highlights penting adalah Suzila Zamzah, Pasha Sangda dan Fafafafafau. Tengkiyu brader kamera.


5. Bukannya semua retis seronok pergi situ. Cek Ti (atau lebih glamer dengan nama Bini-Kepada-Datuk-K), kerap meng-komplen pasal suasana yang suram di Harena of Setas dan sistem bunyi yang hancus, kata beliau di Twitter. Oh saya follow beliau sebab manalah tahu kot-kot Datuk K buat hal, boleh saya masuk lobang, hah berangan.


6. Kalau menang di atas pentas, janganlah kau sebut yang kau tu takdak fans. Kesian peminat-peminat kau beli paper banyak-banyak undi kau. Kalau dah menang tu, ada la fans kau. Ke kau yang memang tak pernah beramas mesra dengan fans kau? Pergi beramas dengan mereka.


7. Digelar sebagai sarkis oleh Saribat Noor di Twitter, aku rasa Wan Nesyen Hemsi lebih sesuai digelar sebagai segerombolan monyet yang melalak ataupun Failed Black Eyed Peas. Menyampah pula bila tengok. Sekali lagi, rasa mahu tendang speaker TV.


8. "Saya tak suka perempuan yang curi towel hotel." kata Bijan Raja Lawak. Kelakar nakharom. Tahniah kerana membuatkan urat kentutku putus dua.


9. Letak iklan banyak-banyak. Lepas tu gelabah babun bila over-run (ke overrun? Hover run?). Memang sejak azali lagi TVTiga sayangkan iklan lebih dari sayangkan penonton. Padahal kalau campur kasi anugerah dengan persembahan, aku rasa show tu tak sampai pun 2 jam. Iklan sampai sejam! Babun!!


10. Nasib baik aku tak tengok Lobak Rindu. Pergh seram sial tengok Liza Surigundi mengamuk atas pentas tadi. Habis patah tempat sidai baju tu. Tidak kusangka bahawa beliau garang. Yuseri kena hati-hati lepas ni, kalau ada gaya nampak macam bini beliau sedang PMS, jangan cari pasal, kang hancur rumah.


11. Alamak terlebih satu. Tapi kena tulis jugak. Agak-agak Luna punya anugerah tadi tu kena tarik balik tak? Halwa Latip takkan taknak suruh kira balik undi? Hoih, esok kau pergi sekolah tak Halwa? Tak patut betul TVTiga suruh kau nyanyi lewat-lewat malam begitu. Entah siap entah tidak kerja rumah kau tu. Oh baidewei, pesyen kau dah serupa makcik yang mengajar aku mengaji Iqra' masa aku darjah dua dulu. Nyanyi nasyid je lah.



Mazlan Typeraiter dengan Liana Zain main lawan vokal tadi. Sampai terkeluar urat kepala Liana Zain. Balik rumah kang konfem buasir sebab teran kuat sangat.




Patutlah ramai suka tengok cerita retis-retis ni, banyak bonggol dan benjol yang disembolkan. Uish, iLoike.

Thursday, April 5, 2012

Tajuk berita paling kelakar abad ini

"KERABAT DIRAJA, AHLI POLITIK MAMPU SUMBANG PEMBANGUNAN SUKAN."




Sumbang. Kelakar. Aku dah fedap. Fedapyuno?

Tuesday, April 3, 2012

Beruk

Bukan. Itu bukan seekor patung. Tapi memang seekor beruk yang dah mati. Aku rasa la beliau dah mati. Takkan tidur pulak camtu.


Monday, April 2, 2012

Negara baru

Adik aku tengah bukak Wanita Hari Ini. Ada pasal sanggul-sanggul rambut apa entah. Aku bukan nak tengok sangat tapi model sanggul tu hallamakhai, cun.




Lepas tu ada la tukang rambut yang dok buat sanggul tu. Bapok. Lembut. Beliau cakap.


"...sanggul french twist ni popular di French di kalangan surirumah.."




Ada negara baru hoih! Negara yang bernama French. Mesti negara tu pakai France sebagai bahasa kebangsaan.




Geli pulak tengok bapok ni.

Sunday, April 1, 2012

Betina dan jantan

Hari tu dalam kelas ugama, ada ustazah aku mengeluarkan satu kenyataan yang aku rasa agak kontroversi masturbasi. Kenyataan beliau membuatkan aku terfikir, beliau ni konfem berjiran dengan orang Kelantan.




"...panggilan 'tino' (betina) kepada perempuan saya rasa tak beradab.." ujar beliau dengan yakin, tanpa was-was.




Eh yeke? Tak beradab ke? Untuk orang negeri lain mungkin la tak berapa beradab panggil perempuan dengan panggilan betina. Tapi kalau untuk orang Kelantan sendiri? Macam mana pulak?




Lagi satu aku kompius ni. Kalau orang cakap, "Kau jantan!", konfem kau akan berasa macam nak terajang muka orang tersebut. Tapi bila kau nak tunjuk yang kau tu sangat berani, kau akan cakap, "Hey, ini Jali tahu? Jali tak takut punya, aku anak jantan tahu? Anak jantan!" Hah pulak? Sanggup kau gelar bapak kau sebagai jantan ye? Ah, aku keliru.




Tapi dalam rumah aku ni memang ada seekor betina. Betina ni bukannya pandai duduk diam. Berak busuk. Mulut busuk. Bulu luruh. Misai panjang. Kuku panjang. Kentut beliau? Boleh koma. Busuk punya kucing betina.