Tuesday, August 30, 2011

Welcome back.

Amacam cuti panjang? Best?


Cuti sudah habis bro.






Ni aku kopipes dari fesbuk para setan. Welcome back boys, long time no see. LOL.

Monday, August 29, 2011

Sinopsis ala kadar




LOL. Apa kau tak boleh tepon kedai runcit datang tukar gas ke? Maya oh Maya.




Oh by the way, Selamat Aidilfitri kepada yang baca blog ini. Maaf jika terkasar bahasa dan ada yang terasa, karena sesungguhnya lidah tidak bertulang, keyboard juga tiada tulang. Safe journey all, make sure you arrive home in one piece, not many many pieces.




Teka-teki bangang : Dari Sabah ke Perlis, negeri apa di tengah-tengah?


















Jawapan : Negeri 'D' tengah-tengah adalah Ke'D'ah.





Saturday, August 27, 2011

Nastalgia raya.

Bila dengar bunyi mercun aku teringat masa kecik-kecik dulu.




Semua adik-beradik sebelah mak aku mesti berkumpul kat rumah nenek aku. Ada empat orang je pakcik makcik sebelah mak aku. Selepas sembahnyang raya, pakat-pakat sesi bergambar dekat laman rumah nenek aku. Sekarang? Kawasan kampung nenek aku dah jadi perumahan, sesi berkumpul pun dah dilupakan sebab masing-masing sudah sibuk. Dan seorang makcik aku sangat menyampah, haktuih.




Selalu main bunga api dan mercun dengan sepupu-sepupu aku kat rumah nenek aku. Pernah sekali sampai mercun roket tu terbang masuk rumah nenek aku. Habis kecoh satu rumah. Sangat best. Sekarang? Pffftt, dah tua, bazir duit je beli semua tu.




Jalan ramai-ramai dengan sepupu aku pergi beraya walaupun haram tak kenal tuan rumah. Pernah sekali kitorang pergi satu rumah ni. Dia kasi duit raya, lepas tu pergi dapur buat air, kitorang terus blah. Wahahaha, materialistik gila budak-budak di hari raya. Sekarang? Apa gila nak pergi beraya kutip duit raya dah tua-tua ni.




Beli baju raya sebelum raya adalah satu kemestian. Sekarang? Tak beli pun tak apa, boleh beraya jugak. Lagipun aku rasa macam bazir beli baju banyak-banyak semata-mata untuk menunjuk-nunjuk di hari raya.







"Saya nak tujukan lagu ini untuk bapa saya yang sedang mencuci kereta di laman rumah, dan ibu saya yang sedang memasak di dapur. Dengan ucapan, TENGAH BUAT APA TU?" - lawak bangang.

Thursday, August 25, 2011

Hanya di radio.

Radio. Sumber kebangangan.




Pemanggil 1.


Saya sangat suka tukang jahit baju raya saya. Tahun ni saya tempah DOPLOHSATU baju kurung. EH eh tapi bukan semua saya punya, LIMA untuk mak saya, LIMA untuk adik saya, yang SEBELAS tu saya punya. Ye SEBELAS. Ala, SEBELAS je, hihi.




Pemanggil 2.


Saya rindu ex-boyfriend saya. TAHUN LEPAS kami selalu pergi beli baju rasa sama-sama. Eh, tak, kami dah putus sejak TIGA tahun lalu. Eh, walaupun kami dah putus, saya masih panggil dia SAYANG, dan dia masih panggil saya YANG. Walaupun kami dah putus, saya masih sayang dia, dia masih sayang dia. Tahun lepas pun kami keluar sambil BERPEGANGAN TANGAN, hihi.




Pemanggil 3. 


Saya minat gila lagu raya ni encik dijay. Lirik dia sangat menyentuh perasaan, begitu mendalam. Dari kecik saya suka dengar lagu ni. Penyanyi dia, iaitu S. JIBENG. Eh? Yeke? Tapi saya suka lagu ni. Oh haah, salah, penyanyi dia JAMAL dan SALEEM, hihi.




Pemanggil 4.



Pizza tiga keping, saiz besar, keju lebih, lepas tu sos letak sikit je. HA? Oh ni radio ke? Ingatkan Pizza Hut, hihi.





Kesimpulan.


Pemanggil 1 : Saja tepon radio nak bagitau 1Malaysia baju raya dia banyak.


Pemanggil 2 : A bitch.

Pemanggil 3 : Hek eleh, suara orang veteran tetapi nama penyanyi 'lagu kesukaan' pun tak tau. Malu la pakcik.


Pemanggil 4 : Ini aku tipu.

Wednesday, August 24, 2011

Rentetan limabelas.

Sepanjang limabelas minit dalam kereta ontheway balik rumah.




1. Pemandu kereta pakai headphone. Bukan earphone, tapi headphone yang besar gajah tu. Bahaya la oi pakai menatang tu kalau memandu. Apa kereta kau takdak radio ke kak?




2. Bendera jatuh. Ini kali kedua dah. Tahun lepas sekali. Nasib baik yang tahun ni dapat free masa lalu kat depan apa-entah-kebudayaan. Aku tengok kat kereta orang lain ok je, tak jatuh pun. Ke bendera tu memang taknak lekat kat kereta murah? Mungkin kot.




3. Mamat terhegeh-hegeh nak isi minyak. Padahal nak isi seploh je, ambek masa macam isi minyak treler full tank. Aku nak balik makan megi la! Kang kelas tak sempat.




4. Dah lama, tapi aku nak cakap jugak. Pelekat P sudah tinggal kenanangan, at 24 years old. Proud or ashamed? Proud sebab dulu aku banyak komitmen lain. Hahaha.




5. Biar apa orang kata, aku tetap rasa Satria Neo adalah seksi. Bontotnya begitu menawan dan comel. I'll have that one day.







Dan lawak pasal Satu Berita Seribu Interpretasi kini menular kat fesbuk. Hek eleh, letak la kredit untuk pencipta yang hensem sorang tu, muahahahaha.

Tuesday, August 23, 2011

Lawak antarabangsa.

Dalam satu penjara ada seorang perogol, seorang orang gila dan seorang gay.




Perogol : Kalau ada kucing dalam penjara ni, konfem aku rogol.


Orang gila : Huh! Kalau ada kucing dalam ni, aku rogol puas-puas, biar dia pengsan.


Gay : Meow....




Lawak kotor aku baca dari status fesbuk kawan aku. LOL.



Monday, August 22, 2011

Qanaah.

Kebongokkan di fesbuk. Status seorang hamba Allah yang perasan best.




"Eleh, beli kereta mahal-mahal pun pinjam dekat bank jugak."




Dan hamba Allah ini adalah masih belajar. Berapa ramai orang yang beli kereta bayar tunai kat Malaysia ni? Kau nak beli Viva (yang tak mahal) pun kena buat bank loan. Haish, memang dungu lah budak ni. Kesian betul.




Ini jenis orang yang tak boleh tengok orang lain senang. Ada je benda buruk pasal orang tu yang dia nak cari. Konon-konon dia lah paling bersederhana, paling qanaah. Haktuih lah.









Tiruk

Kau tau tak binatang apa paling menyampah? Rupa dia tak macam babi, tapi bila dia dekat dengan kau, memang babi yang akan keluar dari mulut dari kau.




Nyamuk. Apasal entah sekarang rumah aku banyak sangat menatang tu. Rasa macam nak bakar rumah, biar nyamuk-nyamuk tu mampos sekali. Tangan aku tak menang nak mengkarate nyamuk-nyamuk ni, rasanya kalau kau letak dewa krishna yang lapan tangan tu pun, dia pun kalah, eh racist.




Semalam aku rasa dah banyak aku tampar bagi mampos, tengok-tengok malam ni, ada lagi. Selain dari menggigit, nyamuk-nyamuk ni juga suka terbang-terbang kat hidung. Apa kau ingat kau comel ke babi woi? Lubang hidung aku bukan rumah kau! Annoying tau annoying?




Nak tengok tv? Ada nyamuk. Nak makan? Ada nyamuk, dan puasa. Nak main-main laptop? Ada nyamuk. Nak tidur? Nyamuk! Walhal nak berak pun, ada nyamuk. Gatal kulit jubor aku kena gigit kau tau tak? Bodoh betul la.




Eksperimen aku untuk halau nyamuk dengan asap rokok memang tak berhasil. Lagi banyak nyamuk ada la. Mungkin nyamuk pun isap rokok. Oo, banyak cantik, darah aku kau isap, asap rokok aku pun kau isap. Cuba la cari makanan yang halal, sebab aku tak halalkan darah aku! Nampak ni, non-halal. Tak malu ke isap darah haram? Shame on you moskito!




Sekarang ni, nak pergi kelas pun kena perang dengan nyamuk dalam kereta. Macam mana kau masuk kereta?? Sesungguhnya kau babi. Pagi-pagi lagi aku dah mula mencarut dalam kereta sebab main tampar-tampar dengan kau. Sampai orang dalam kereta lain ingat aku gila meroyan seorang-sorang.








Kucing aku pun satu. Bukan nak tolong bunuh nyamuk-nyamuk tu. Nama je kucing. Pemalas!!















Saturday, August 20, 2011

Berok bangun.

Aku baru lepas tengok cerita The Rise of Ape kot tajuk dia. Aku taktau tajuk betul sebab cerita yang aku download tu Berok Bangun.




Cerita ni sangat ohsem. I'm touched by the brotherhood of apes. Gila kau, semat kot. Pendapat aku tentang cerita ni. Memang kalau sekali tengok, tema dia adalah berok yang bangun untuk pergi panjat pokok kat hutan. Tapi aku rasa ada tema lain.




Berok-berok tersebut (terutama sekali yang ketua tu) mula-mula bangang. Bangang macam berok. Tapi lepas diorang dapat drug yang manusia buat tu, diorang jadi cerdik. Dan bila start cerdik, diorang memberontak untuk mencapai kemerdekaan bagi berok-berok. Tapi dalam usaha mencapai kemerdekaan tu, diorang tak mencederakan manusia dengan sengaja, cuma untuk self defence.




Dan hero cerita ni, Caesar, seekor berok dan ketua yang hebat. Siap boleh spiking lagi. Beliau bersyukur dapat bantuan manusia untuk jadi cerdik. Dan beliau mengepalai pemberontakan untuk ke hutan dengan hebat.




Tema yang tepat untuk cerita ini adalah pemberontakan mesti dilakukan dengan betul kalau layanan yang diterima adalah salah dan kejam. Dan seorang ketua mestilah bijak, bukannya bangang macam berok. Cerita ni banyak main dengan saikologi, dan aku sangat suka.








Lepas tengok cerita ni, terus aku teringin nak bela berok. Tapi berok yang genius, taknak la berok yang jenis baling taik dekat orang.

Friday, August 19, 2011

Lori

Lori. Benda aku paling trauma aku atas jalan raya.




Time kau nak lori tu laju, dia bawak terhegeh-hegeh. Tapi time kau nak dia slow, time tu la dia laju macam roket.




Lepas tu lampu signal lori. Bukannya nak reti tutup. Sepanjang atas jalan, sepanjang tu la lampu signal dia dok berkelip-kelip. Bodoh betul.




Lepas tu asap lori. Busuk la oi! Dah la hitam. Tak sedap macam bau asap ekzos kereta di pagi hari.




Lepas tu hon lori. Oi lahanat, boleh berlubang bumbung kereta aku la dek terlompat terkejut dengar hon lori kau tu. Bangang.




Lepas tu bunyi enjin lori. Macam bunyi jet ski, bingit!




Dan last sekali. Pemandu lori. Kebanyakannya tiada sivik dan mabuk. Melelong sana, melelong sini,







Nanti kalau aku ada duit, aku nak beli treler tayar doploh, lepas tu langgar semua lori-lori yang kecik, baru puas hati. Harharhar.



Thursday, August 18, 2011

Tony is the man.

Tony Fernandes, pemilik Team Lotus F1. Ala, team yang tak berapa power tu. Kini telah menjadi chairman sebuah kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris yang baru di-promote. Queens Park Rangers.




OK. Sekarang aku penyokong Liverpool dan QPR. 80 Liverpool, 20 QPR. Itupun kalau Tony berusaha untuk membawa pemain-pemain tempatan ke sana. Oh please Tony. PLEASE!




Sejauh mana kekuatan QPR, aku pun tak tau sebab macam aku tulis tadi, kelab ni baru naik ke Liga Perdana. Dulu Proton ada pernah sponsor sekali kelab Norwich, tapi share tak besar. Sekarang Tony pegang 66% share dalam QPR. Haramjadahbapakgila kaya Tony ni.







Ada chance tak dia letak 1Malaysia logo or muka Najib kat jersi QPR? Kalau ada, kensel sokong QPR. Haktuih.

Damn it!



Kelik bagi yang mempunyai skrin laptop kecik.






Demit!

Wednesday, August 17, 2011

Hari jadi.

Fesbuk ni bodoh la.




Yang birthday notification tu selalu buat aku konpius. Kau tahu tak kebarangkalian untuk kawan-kawan fesbuk kau meraikan hari jadi yang sama? Kebarangkaliannya sangat besar. Aku tak tau the exact number tapi aku pernah buat latihan kebarangkalian matematik dalam kelas, dan hasilnya, even dalam satu kelas, kau akan ada at least sepasang yang sama harijadi. And in our class, it was proven.




Dan setakat ini, aku dah tahu ada enam orang yang sama dengan aku. Kau mesti tertanya-tanya, apa yang bodoh kan?




Well, aku malas sebenarnya nak wish birthday sekor-sekor kat wall fesbuk pada HARI YANG SAMA, dengan AYAT YANG SAMA. Nampak sangat tak ikhlas kan? Tapi memang majoriti yang wish kat wall fesbuk tak ikhlas pun, macam lah diorang prihatin sangat nak ingat birthday sekor-sekor.




Lepas tu kan, kalau kau wish just sorang atau dua orang yang sama birthday dengan orang lain. Konfem la dia keluar kat news feed. Yang tidak di-wish tu mesti terasa sebab kau tak wish kat dia. Tak ke sedih?








So, aku ambil keputusan untuk wish hari jadi orang kat fesbuk bila dia sorang je yang raikan hari jadi hari tu. Which is very rare. What to do. Hahahahahahaha.





Monday, August 15, 2011

Kotor.

Ramai orang komplen non-muslims tak hormat bulan puasa dengan makan dan minum sesuka-hati di siang hari.




Tapi. Suka hati la diorang nak minum ke makan ke. Apa, tergoda sangat ke kau tengok orang minum makan? Aku peliklah. Habis kalau kau tengok ada orang masuk jamban nak berak, kau pun nak rasa terberak ke?




Mari kita track balik apa punca masalah ini. Melayu. Memang tercatat dalam sejarah, orang Melayu tak boleh tengok orang lain lebih. Kalau aku tak boleh, kau pun tak boleh. Pftttt. Bangang sangat.




Yang kau nak kecoh-kecoh orang lain tak hormat bulan puasa. Kau pun samalah. Pakaian entah hapa-hapa, terbukak sana, terbukak sini. Pergi param pun mekap macam artis, berlagak diva. Pftttt. Sekurang-kurangnya bulan puasa cuba lah pakai senonoh sikit.




Aku baru terfikir kan. Orang cakap lelaki lagi kotor fikiran. Tetapi. Yang pakai seksi-seksi semua perempuan. Takdak pulak aku tengok lelaki pakai baju terdedah nampak lurah sana-sini. Pakai seluar ketat sampai nampak line spender. Ha. Pelik. Sapa yang kotor fikiran sekarang? Yang tunjuk ke yang tengok?








Aku tengah cuba untuk tidak memakai shorts ke param.

Sunday, August 14, 2011

Bangang

Siang tadi aku bawak kereta.




Entah mana muncul tetiba ada kereta depan aku, opposite direction. Atas lane aku. Kereta kancil. Ada pelekat L.




Aku baru nak start hon bila aku sedar yang aku berada atas lane yang salah, lane sebelah kanan.




Kau ingat kau kat Eropah ke brader? Betul. Tak cukup tidur buat kau jadi bangang kejap.

Saturday, August 13, 2011

Eksiden

Dua hari lepas aku mimpi langgar kucing.




Semalam mimpi kereta jatuh gaung.




Scary.

Wednesday, August 10, 2011

Nombor best.

Ramai orang suka nombor.




Kalau orang cina, nombor lapan sangat best. Nombor empat sangat tak best sebab bunyi dia dekat-dekat dengan mati.




Kalau kat France, tigabelas haribulan yang jatuh pada hari Jumaat adalah sangat best. Sebab bertuah.




Kalau nak beli nombor pendaftaran kereta pun, mesti nak yang best-best. Paling best pernah aku tengok, MAT1, PEN15, dan DE1. Kau tau tak, harga nombor pendaftaran yang sangat best cecah harga sebijik kereta. Siapa-siapa pernah nampak nombor K41 or KA1,bagitau aku. Sangat best.




Kalau dalam marketing, penjual suka letak harga barangan yang ada sembilansembilan kat belakang supaya nampak best. Contoh, harga roti singgitsembilanpuluhsembilansen, harga kasut empatpuluhsembilanringgitsembilanpuluhsembilansen etc.




Kalau main bola. Penjaga gol nak nombor satu. Penyerang nak nombor sembilan, sepuluh dengan sebelas. Best. Bintang selalunya nak nombor tujuh. Pertahanan selalu nak nombor-nombor kecik macam dua tiga empat lima. Aku pakai nombor lapanpuluhtujuh. Best kan.




Kalau orang Malaysia. Suka nombor jugak. Tikam nombor. 4D, toto, damacai dan macam-macam lagilah. Tikam dekat seribu, satu pun tak kena. Betapa sukanya orang Malaysia dengan nombor.




Aku sangat suka nombor. Kalau suruh aku baca, aku akan pening kejap.

Saturday, August 6, 2011

Jefri bukan aku (part II)

Hari khamis haritu. Ada orang tepon aku. Tak kenal.





Pihak sekolah mencari Jefri. Wadefak? Tak habis-habis la si Jefri menyusahkan aku. Pihak sekolah tu cakap anak dia dah tak datang sekolah. Pihak sekolah nak konfemkan yang betul ke Jefri ni nak berhentikan anak dia sekolah.




Kelakar ada. Pelik pun ada. Rimas pun ada. Boleh pulak si pihak sekolah tu pergi cerita kat aku sedangkan Jefri bukan aku.





Tak bertanggungjawab betul la Jefri ni. Dah tukar nombor tu, informla kat semua orang. Inform kat fesbuk ke.




Jefri Jefri. Misteri betul.