Thursday, April 29, 2010

Culik kumbang

Semalam ada sekor kumbang sebesar duit satusen masuk rumah.

Aku jentik, dia melayang, dia jatuh betul-betul atas tilam aku.
Aku angkat, letak dalam ashtray yang setinggi sepuluh cm.

Ingat dah mati, rupanya tidak. Dia struggle nak keluar tak boleh, kedengaran la bunyi-bunyi 'keriukkkkk....keriukkkkkk....' dia berjalan dalam ash tray yang penuh dengan abu rokok tu.





Lepas tu time aku nak tidur, aku dengar ada sekor lagi kumbang yang nak jugakkkkk masuk rumah tapi nasib baik sliding door dah ditutup.

Dia terbang, langgar pintu, jatuh.
Terbang lagi, langgar pintu, jatuh.
Terbang lagi, langgar pintu, jatuh.

Lepas tu aku terpikir, "Apa bodohnya kumbang ni."
Lepas tu pikir lagi, "Eh, mungkin dia nak selamatkan kumbang dalam ashtray aku. Konon-konon hero la ni."





Kesian pulak aku dengan kumbang ni, mana tahu anak dia tengah tunggu kat rumah ke, esok lusa hari perkahwinan dia ke, kumbang-kumbang sekampung dia tengah melakukan gerakan mencari ke.

Entah-entah........dia kumbang yang penting dalam organisasi kumbangan kat sini.....Wah, aku berjaya kidnap Presiden Negeri Kumbang.



Dengar sini kumbang-kumbang sekalian, your president is in my ashtray dan aku mahukan wang tebusan!!!!! Dan sebuah helikopter untuk manusia, bukan untuk kumbang.

Wednesday, April 28, 2010

Sekor-peon

Bila takdak duit, semua benda nampak mahal. Snickers sebatang pun nampak mahal macam gampang.






Bila ada duit, tiket konsert Scorpions limaploh euro pun nampak macam limakupang. Ahh, tak kira, aku nak pegi jugak. AKU NAK PEGI!









Kalau lagi tigabulan aku muflis balik, aku salahkan Klaus Meine.

Pulangkannnn....!!!! *sambil mata terbeliak*

Siapa tak takut hantu kan? Tough mana pun kau, sasa mana pun kau, hati kering mana pun kau, tetap akan bertukar menjadi gay sekejap seraya berkata "Ha....ha.....ha....han...tuuu...." kalau terserempak dengan hantu. Silap-silap boleh tercirit.




Bukan nak cakap besar, tapi semenjak datang oversea, perasaan takut aku kepada hantu hilang semakin berkurang. Dekat sini variasi hantu teramatlah terhad, yang paling menakutkan pun sekadar zombie dan vampire. Kalau kat Malaysia, hambek kau, semua jenis hantu ada, toyol, pontianak (member aku cakap nama ni berasal dari peremPUAN yang kemaTIan ANAK), hantu kum-kum, pocong, hantu raya, hantu galah, hantu tetek sebelah, hantu bungkus etc.




Tambah-tambah kalau membesar kat asrama, kepercayaan hantu ni dah jadi macam satu tradisi. Histeria berlungguk-lungguk. Kat asrama aku dulu, sampai satu tahap histeria ni dah jadi macam wabak, kejap-kejap kang budak blok ni, esok kang budak blok lain pulak, lusa kang dua-dua sekali lawan menjerit kehisteriaan. Yang aku pelik, perempuan je pulak tu yang kena. Mungkin hantu tetek sebelah yang mencari sebelah lagi. Wah, lucah. Nasib baik takdak hantu testis sebelah. Ke ada?




Tahun lepas aku ada buat satu researh pasal Chaos System, assignemenet untuk Mathematic. Dan aku terjumpa something yang buat aku konpius. Seizure. Epileptic. Sawan.


Ada satu jenis sawan ni berlaku bila someone ni banyak nak mampos stress dan otak dia tetiba hang, macam komputer.

Mula-mula dia berhalusinasi kejap.
Lepas tu akan menjerit-jerit ketakutan.
Lepas tu akan pucat.
Lepas tu akan jadi marah.
Lepas tu pengsan kejap duatiga saat.
Bila bangun dia akan menjerit-jerit lagi dengan suara yang garau.
Meracau-racau.
Tenaga dia akan bersamaan dengan tigabelas ekor lembu New Zealand.
Lepas sepuluh minit pengsan balik.
Lepas pengsan duatiga saat dia bangun balik dan tak ingat hapa-hapa. 


Sebijik macam histeria. Aku konpius. 




Ada satu je beza yang aku perasan. Kalau orang tu histeria, 'dia' akan bercakap, contoh "Ini rumah aku, aku taknak pergi!!!!!!" takpun "Kau baca surah apa ni setan??!!!" takpun "Aku nak pulut kuning dan ayam kampung masak merah!!!!!" takpun "Budak ni curi tetek aku sebelah!!!!!" takpun somehing dalam bahasa thailand. Dua ayat pertama tu aku pernah dengar time seorang ahli keluarga aku histeria.





Tetiba pulak kepercayaan aku kat hantu bertambah balik. Dahla tidur sorang malam ni. Teringin pulak nak tidur berdua, eh melalut.

Tuesday, April 27, 2010

Masak ranum

Kematangan mempunyai suis yang boleh dibukak mahupun ditutup. 




Ada masa perlu matang. Ada masa perlu separa-matang. Dan ada masa perlu spastik. Tak perlu sepanjang masa matang, dan tak perlu juga sepanjang masa spastik.




Kalau tengah main-main dengan budak kecik enamtahun, takkan nak bersikap matang. Takkan nak sound budak tu "Hoi, boleh tak dok diam kejap, sikit-sikit nak berlari, sikit-sikit nak main nyorok-nyorok, sikit-sikit nak berak atas kapet". Terbantut pembesaran budak tu kang, biarlah dia nak berlari ke, nak menyorok ke, nak berak atas kapet ke.




Bayangkan kau adalah seorang prof dan sedang bersembang dengan seorang student pasal benda yang teramatlah penting. Takkan selang duatiga ayat nak sebut perkataan "Wanker" dan "Pelacur" dan "Masturbasi". Bila student kau gelak, kau boleh pulak pegi sound dia "Kau seorang pelajar yang tidak serius, wanker". Apakah?









Pastikan suis kematangan anda dibukak dan ditutup pada masa dan ketika yang betul.

Monday, April 26, 2010

Konichiwa!

1. Bagi mereka, semua orang Asia bercakap cina.

2. Bagi mereka, semua orang Asia akan menunduk-nundukkan kepala bila bercakap.

3. Bagi mereka, semua orang Asia tahu berkungfu.

4. Bagi mereka, semua orang Asia makan pakai chopstick.

5. Bagi mereka, semua orang Asia perlu bermata sepet. (vice versa)

6. Bagi mereka, semua orang Asia tidak pandai mencukur. (O_o') 

7. Bagi mereka, semua orang Asia berkulit cerah.




Dengan erti kata lain, aku bukan Asian di mata mereka kerana aku tidak memenuhi kriteria-kriteria di atas kecuali kriteria nombor enam.




Konklusi, bagi mereka, Asia adalah China dan Jepun. Salah siapa? Salah internet yang hanya menunjukkan result berunsurkan cina ataupun jepun (Maria Ozawa) apabila 'Hot asian chicks' ataupun 'Busty asian girls' ataupun 'Asian ass' digoogle.




Kenyataan "Negara kita dikenali di seluruh pelusuk dunia" adalah dusta belaka.

Saturday, April 24, 2010

Masukkanlah.

Ya betul, duit tidak boleh membeli kebahagian. Tapi selalunya bila takdak duit, timbul rasa tidak bahagia.




Dan sekarang aku rasa amat tidak bahagia, rasa macam baru lepas kematian isteri. Haish.




Mak aku selalu pesan "Duit tu jaga elok-elok". Macam mana entah nak jaga duit elok-elok. Tak reti. Aku fail dalam bab-bab jaga duit. Konfem akan hilang kat kedai baju, dakpun hilang kat kedai rokok, dakpun kat website porno ebay sampai kadang-kadang aku rasa macam aku penggerak ekonomi kat sini.




Kalau bab perut, aku memang tak pandai nak berjimat. Apa yang aku nampak sedap dan halal (ni kena cakap, kang ada mulut-mulut puaka cakap "Nama pun dok oversea, konfem katokkkkkkkk"), semua aku bantai. Dan bila aku boros bapak aku selalu cakap "Hang tak sayang duit", tak reti la abah nak menyayangi duit.




Pihak penaja, masukkanlah duit yang ditunggu-tunggu itu. Masukkanlah, masukkanlah, masukkanlah.

Thursday, April 22, 2010

Tak boleh blah la der

Mula-mula kena ringan-ringan. Lepas tu baru bantai betul-betul betul?

-Me-




Takkan baru kenal dah nak sembang bongkak diri masuk jamban flush sendiri macam syaitan lupa diri. Tak kira la seramah mana pun orang tu, langkah berhati-hati perlu diambil.




Warming up sangatlah penting, kalau tak orang naik menyampah "Eh eh, baru je kenal limaminit, dah sembang entah-hapa-hapa, macam dia bagus sangat, benci ah aku budak itu".




Biarlah dicop "bongkak" ataupun "pemalu" ataupun "bisu seribu bahasa". Bagi yang tidak kenal, tidak kenallah jawabnya, bagi yang sudah kenal, riuhlah bila bersua.




Orang yang perasan dia adalah wikipedia bergerak dan semua perbualan dia perlu ambek tahu adalah orang yang paling aku menyampah. Nak lepak sekali-sekali boleh, nak lepak selalu, no no tak boleh. Dan lawak serta jenaka yang diucapkan berulang-kali hanya sekadar mengundang ketawa-ketawa kecil yang penuh kepalsuan. At least google la lawak-lawak yang baru.











Ini lah akibat tekanan hidup hari ini, entri macam PerdanaMenteriKeLima sampah.

Wednesday, April 21, 2010

Saya sihat sahaja

Aktiviti hari ini :



Bangun pagi, sakit perut macam lahanat.


Pergi kelinik.


Tunggu duajam untuk jumpa doc.


Doc cakap maybe apendiks infected.


Esok kena buat test darah. Tapi aku malas.


Balik rumah.


Jumpa balik setokin sebelah yang hilang di bawah timbunan baju. Yes.

Monday, April 19, 2010

Keringat

Hari sudah panas.










Masa untuk keluarkan seluar pendek dan tshirt-entah-hapa-hapa, dan juga mencukur bulu ketiak.

Friday, April 16, 2010

Macam binatang!

Bila pikir-pikir balik kan. Aku rasa kesian kat binatang-binatang.




Kalau nak cakap orang tu bodoh : "Kau tak bijak. Macam kaldai."

Kalau nak cakap orang tu lembab : "Lemm-mbab! Maaacam penyuuuuu!"

Kalau nak cakap orang tu kedekut : "Kemut ah! Sebijik semut!"

Kalau nak cakap orang tu huduh : "Pergh, muka dia kalah babun doh"

Kalau nak cakap orang tu pemalas: "Makan tidoq, makan tidoq. Macam sloth"

Kalau nak cakap orang tu jahat : "Busuk hati! Macam Yahudi babi!"

Kalau nak cakap orang tu berjerawat : "Eiiiiyewwwww! Macam kodok yewwwww. XOXO"

Kalau nak cakap orang tu hina kedana : "Biarlah aku sendiri, ibarat gagak di rimba."

Kalau nak cakap orang tu busuk : "Big, awek kau bau bangau."

Kalau nak cakap orang tu pekak : "Asal kau pekak? Kau keturunan badak eh?"






Jarang la dengar orang cakap : "Terer dia ni main hoki, macam kijang", takpun "Haah, dia memang baik, macam tapak sulaiman", takpun "Ya Tuhan, kau jadikanlah anakku seperti ostric, aaminnnn", takpun kan takpun kan takpun kan "Nanti aku dah besar aku nak jadi macam Yahudi burung flamingo".









Apa salah mereka? APA? Mereka juga punya perasaan. Haih manusia-manusia, macam denosor.

Wednesday, April 14, 2010

Setan Aminurrashid

Kan best kalau filem-filem P. Ramlee di'remake'. Contoh, filem Bujang Lapok. Setelah sesi casting secara berjemaah.




Kami dapati pelakon-pelakon yang sesuai adalah :

Afdlin Shauki sebagai Ramlee
Sathiya sebagai Ajis
Harun Salim Bachik sebagai Sudin




Tuan direktor mestilah kami, siapa lagi.





Naik Gerek kat Paris bersama Big Kahuna dan Wizard

Tuesday, April 13, 2010

Kat rumah dah banyak dahhhhh

Time-time kecik dulu, apa yang aku mintak, semua tak dapat.




Nak beskal BMX tak dapat, nak kereta kontrol berkuasa tinggi tak dapat, nak pedang Tandekets tak dapat, nak jam tangan Boihlanden tak dapat, nak game tv pun tak dapat.




Selalu la jugak dulu main hempas-hempas pintu rumah serta mogok lapar kalau tak dapat. Rasa nak lempang diri sendiri bila ingat-ingat balik.




Aku teramat-amatlah bersyukur karena makbapak aku dulu tak manjakan aku dengan wang ringgit. Sebab tu sampai sekarang, aku tak suka dibantu, kecuali kalau dah memang desperet. Bapak aku penah omong "Kalau hang tak pecah ruyung tu, macam mana nak dapat sagu kat dalam". Baiklah bos.





Soooooo, nanti kalau aku dah kaya, duit aku nak simpan dalam bank banyak-banyak. Apa yang anak aku mintak aku tak mau bagi, pandai-pandai la hang nak hidup. Biar aku sorang kaya. Ha. Ha. Ha.

Monday, April 12, 2010

Tak best kedai itu

Pergi makan tengahhari kat satu kedai asia ni. Dah habis order, sekeping duapuluh euro dihulur sebagai tanda ingin membayar.



Duit balance yang diberi tak cukup enamkupang euro.



Bila aku cakap "Eh, tak cukup ni". Boleh pulak dia balas "Ohhhhh, ko nak ke enamkupang tu? Kejap............nah". Aku konpius.



Dah memang duit aku, mesti la aku nak kan? Apahal pulak tetiba aku nak bagi enamkupang aku? Nak kata aku kena bagi tip, kedai haram tak kelas langsung, setakat lobang-lobang berwarna oren kat dinding, nenek aku pun boleh buat.



Nak kata dia bagi balance silap atas dasar honest mistake, macam tak logik. Sangat tak logik berdasarkan ayat yang direply kat aku dan muka tak bersalah minah china itu. Babi, takdak kerja lain, nak kelepet kastemer. Jubor hang!









Dah la bila makanan dah siap, kena pergi ambek sendiri pulak tu kat kaunter. Pemalas! Baluq! Baghal!

Friday, April 9, 2010

Sirap dan cendol

Secara logik, cendol mestilah lagi tinggi darjatnya dari sirap. Tambah-tambah di hari yang panas terik.




Bagi yang dah ada sirap di hari yang panas. Mesti akan timbul jugak perasaan ingin memiliki semangkuk cendol. "Panas hari ini, kalau ada cendol best ni" sambil menghirup sirap.




Bagi yang takdak sirap (apatah lagi cendol) di hari yang panas. Mesti akan timbul jugak perasaan ingin memiliki secawan sirap. "Panas hari ini, kalau ada sirap kan best" sambil menghirup air suam.













Konklusi, mana ada orang pernah bersyukur dengan apa yang dia ada. Tetapi, janganlah terpedaya dengan sirap yang berkulitkan cendol, takpun air suam yang berkulitkan sirap.

Tuesday, April 6, 2010

Musim cuti

Cuti duaminggu dah start semenjak hari sabtu hari tu. Memandangkan poket dan dompet aku dah tak berisi, so aku tak pegi mana-mana.




Definisi 'tak pegi mana-mana' bagi aku adalah : aku cuma akan turun paris kejap untuk berpoya-poya dan sambil-sambil tu renew paspot. Ok la kan definisi tu?




Ada setengah orang bila tanya "Eh, cuti pegi mana?". Rasa macam nak bunuh diri bila dia jawab "Tak pegi mana-mana pun, cuma esok ambek flight pegi Amsterdamn, lepas tu pegi Spain kot, ingat lepas pegi Spain nak pegi Sweden pulak, entah, tak pegi mana-mana kot tapi tiket flight pegi Spain dan Sweden dah book"





Tak pegi mana-mana la sangattttttttt, flying kick mau?

Monday, April 5, 2010

Apajadah?

Selalunya time hujung minggu, penyelesaian untuk tensi-tensi dalam otak dan badan adalah tengok bola.





Tapi kebelakangan ni (especially tadi), tensi aku makin bertambah ada la. Rasa marah pun ada gak, tinggal sikit je lagi aku nak bertukar jadi inkredibelhak sekarang ni.





Dan sekarang aku perlu cari something (or someone) untuk lepaskan rasa marah aku. Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!











ps: mode tensi dan marah tahap dewa

Sunday, April 4, 2010

Budak hitam berlengas

Tadi bukak facebook. Tetiba ada notifikasi 'anda telah ditek ulih sipulan dalam sebuah gambar'.





Dan pabilaku kelik notifikasi itu, shite!!
















Eksklasmet time darjahenam (sebelas tahun yang lepas) post gambar ni. Shite! Wow! Damn! Ohlala! Gila lama beb gambar ni!!!!! Tergelak aku depan laptop. Lama jugak aku cari muka aku dalam gambar ni (dalam bulatan kuning). Bila dah jumpa aku pikir "Eh, asal muka aku macam kanak-kanak somalia?".





Time ni cikgu kitorang buat lawatan berkelah kat mana entah aku dah lupa. Best doh time kecik-kecik naik bas ramai-ramai, masing-masing jadi haiperaktif terlebih gula.





Perghhhhhh, kenangan! Aku cuma dapat cam tak sampai separuh budak-budak selekeh (diri sendiri turut termasuk) dalam gambar ni. Dan cikgu Singh tu teramatlah garang mengalahkan bapak beruang, sumpah garang. Boleh terkencing woo kalau tetiba terserampak dengan dia kat sekolah rendah dulu.





Sekarang aku lost kontek dengan hampir semua budak-budak dalam gambar tu (kecuali dengan sorangdua) sebab lepas UPSR aku pindah. Dan sejak gambar aku ditek tadi, ada la duatiga member sekolah rendah yang add aku kat facebook.

At least berguna jugak facebook aku, tak macam sesetengah orang yang hanya main mafiawars, bercucuk tanam dan tukar nama kat facebook seminggu tigakali untuk nampak kool walaupun pada hakikat memang sah-sah tak kool dan nampak seakan-akan mereka malu dengan nama penuh mereka tapi betul la jugak, kalau dah nama Sapeah binti Jumhadidu, takkan nak letak kat facebook kot, konfem la letak Sappy kan.



 














Ni kang kalau dah ramai yang kena tek kat gambar tu kang, ada la mulut-mulut yang akan keluar "Eh, jom buat reunion nak?". Sikit-sikit reunion, sikit-sikit reunion.

Friday, April 2, 2010

Kelawar-raga

Dilema.




Aku memang dah decide takmau balik Malaysia tahun ni. Tapiiiiiii, aku baru teringat satu benda.




Adik pompuan aku hujung tahun ni SPM. Shit, takkan takmau balik? Dulu time dia PMR aku buat bodoh ja, sebab ye la PMR tak penting sangat, just tiket untuk masuk asrama.




Tapi ni SPM macha, tiket untuk sambung stadi, kalau result tak gempak macam mana nak masuk unibersiti kan? Dalam kepala hotak aku sejak tahun lepas (entah macam mana aku boleh terlupa) adalah aku nak balik Malaysia time summer dan buat tusyen intensif untuk adik aku before dia SPM.




Dem, terpaksa lah aku cuba untuk mengikat perut beli tiket flight demi masa depan adik sendiri (yep, i'm a good brother, adik-adik aku sendiri cakap).




So,kalau aku jadi balik, no more astro for her this year!!!!*gelak syaitonn*















Big brother is watching you and will always be. 

Satu dalam duapuluhlapan juta

Sedih hatiku. Tapi Tuhan lebih berkuasa.





Walaupun aku di perantauan, aku selalu bukak radio malaysia kat internet. Pengubat rindu. Aku sanggup berjaga sampai pukul duatigapagi kat sini semata-mata nak dengar celoteh arwah secara live. Terhibur beb hati, boleh lupa semua masalah. Tambah-tambah slot drama sebabak, boleh tertelan gigi aku bantai gelak.





Time aku kecik (sampai form five, kecik la sangatttt), aku pelanggan setia komik-komik malaysia macam ujang dan apo? Sebahagiannya adalah seni karya arwah. Hasilnya, sekarang aku kadang-kadang jadi agak sengal dan ibarat badut. Aku bangga.





Aku tulis ni bukan sebab aku pernah jumpa arwah ke, bukan sebab arwah pernah jumpa aku ke, takdak connection langsung. Tapi cara arwah bercakap dan berceloteh membuatkan aku rasa teramat rapat dengan arwah. Dan, aku rasa terhutang budi dengan arwah. Aku nobatkan arwah sebagai pelawak spontan terhebat seluruh malaya.















Terima kasih Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri a.k.a Din Beramboi kerana selama ini berjaya menghiburkan hatiku. May God bless your soul. Amin.

Thursday, April 1, 2010

Ikan kertas

"Babi, nasib baik aku tak datang pukul tujuhpagi tadi, aku dah agak dah".





Sapa entah yang pegi lekat nota kat papan kenyataan semalam cakap hari ni ada kelas pukul tujuhpagi. Aprilful la kunun. Dan sapa yang datang pukultujuh pagi tadi adalah sangat bendul. Aku? Kewujudan nota tu pun aku taktau. Tambahan lagi, pukultujuh pagi, masih terbongkang lagi ini diri.




 
Kat France, hari ini adalah hari untuk menjadi paranoid dan sentiasa meraba-raba belakang diri sendiri. Diorang ni pelik sikit.

Pegi kelas dengan kertas yang dipotong berbentuk ikan dan seketul selotep dalam poket.

Atas kertas tu, tulis la apa-apa perkataan yang jijik. Contoh "Homoseksual", "Sedut saya", "Bahalol" takpun "Terajang diriku sekuat yang mungkin".

Pastu, lekat kat belakang klasmet-klasmet dengan secara diskret.

Pastu gelak ramai-ramai, waha.

Nak lagi beranimati, lekat kat belakang prof.





Bentuk ikan sebab dalam French, aprilful ditrenslet jadi Ikan April. Bagi diorang teramatlah kelakar tapi aku rasa macam pfffffffffffffffffffffffff, bazir kertas.











*raba-raba belakang* fuh, nasib baik.