Tuesday, April 13, 2010

Kat rumah dah banyak dahhhhh

Time-time kecik dulu, apa yang aku mintak, semua tak dapat.




Nak beskal BMX tak dapat, nak kereta kontrol berkuasa tinggi tak dapat, nak pedang Tandekets tak dapat, nak jam tangan Boihlanden tak dapat, nak game tv pun tak dapat.




Selalu la jugak dulu main hempas-hempas pintu rumah serta mogok lapar kalau tak dapat. Rasa nak lempang diri sendiri bila ingat-ingat balik.




Aku teramat-amatlah bersyukur karena makbapak aku dulu tak manjakan aku dengan wang ringgit. Sebab tu sampai sekarang, aku tak suka dibantu, kecuali kalau dah memang desperet. Bapak aku penah omong "Kalau hang tak pecah ruyung tu, macam mana nak dapat sagu kat dalam". Baiklah bos.





Soooooo, nanti kalau aku dah kaya, duit aku nak simpan dalam bank banyak-banyak. Apa yang anak aku mintak aku tak mau bagi, pandai-pandai la hang nak hidup. Biar aku sorang kaya. Ha. Ha. Ha.

2 comments:

mata mewangi said...

betul. bile tengok adik aku yg umo 6thn dpt je sume yg die mintak, i wonder what shes gonna be like when shes grown.

~ myzOne ~ said...

kesian kat anak nanti..xpe..xpe..harap mak dia nanti baik hati sikit..haha~