Saturday, April 24, 2010

Masukkanlah.

Ya betul, duit tidak boleh membeli kebahagian. Tapi selalunya bila takdak duit, timbul rasa tidak bahagia.




Dan sekarang aku rasa amat tidak bahagia, rasa macam baru lepas kematian isteri. Haish.




Mak aku selalu pesan "Duit tu jaga elok-elok". Macam mana entah nak jaga duit elok-elok. Tak reti. Aku fail dalam bab-bab jaga duit. Konfem akan hilang kat kedai baju, dakpun hilang kat kedai rokok, dakpun kat website porno ebay sampai kadang-kadang aku rasa macam aku penggerak ekonomi kat sini.




Kalau bab perut, aku memang tak pandai nak berjimat. Apa yang aku nampak sedap dan halal (ni kena cakap, kang ada mulut-mulut puaka cakap "Nama pun dok oversea, konfem katokkkkkkkk"), semua aku bantai. Dan bila aku boros bapak aku selalu cakap "Hang tak sayang duit", tak reti la abah nak menyayangi duit.




Pihak penaja, masukkanlah duit yang ditunggu-tunggu itu. Masukkanlah, masukkanlah, masukkanlah.

2 comments:

MrCongeniality said...

duit xleh beli kebahagiaan....tp kalau nak bahagia..mesti kena ada duit...~

chin tee said...

website porno pulak... hahaha!!