Thursday, January 28, 2010

Putus, Mampus.

Tu la, mak dah cakap, ayah dah bilang dan nenek dah pesan barang orang jangan pandai-pandai nak sentuh, kan dah putus tali gitar member.Bukan sengaja nak putuskan (ye la, orang gila je kot yang sengaja nak putuskan tali gitar member sendiri), tengah syok-syok dok tune gitar, tetiba, "TUSS", putus sudah talinya, NAJIS!


Aku rasa tangan aku memang lahanat, kalo sentuh barang orang kalau tak rosak, kalau tak lingkup, dan dalam kes ini kalau tak putus, tak sah. Nasib baik aku tak sentuh Eiifel tower time pegi hari tu, kalau tak konfem tumbang sudah menara berkarat itu.


Apa salah aku? Aku sekadar mahu men'tune' gitar kapok itu (walhal dah sedia ter'tune'), babi la. Gedik nak tune sapa suruh?? Kang tak pasal-pasal aku tido luar malam ni, hahahaha (boleh pulak gelak).


Aku cadang nak buat khidmat servis Lingkupkan Harta Rakan, alang-alang dah ada bakat melingkup, ada guna jugak aku mengeksploitasikan bakat aku ni.




ps: mana mau cari tali gitar ha?

2 comments:

fish said...

hahahahahaha tulaa bkn rockstar nak blagak mcm rockstar...padan muka hang!!!hahahaha

PokaPola said...

tu la, aku patut main kompang ja kot