Sunday, April 28, 2013

Samseng Ass4

Kau tahu tak semalam ada telefon yang baru sampai Malaysia? Kau tak tahu ke? Kau ni kolot betul. Kau duduk dalam gua ke? Kau pergi tengok akaun Twitter aku, akaun Facebook aku, akaun Keek, dengan akaun Instagram aku, dekat situ-situ aku dah kemaskini pasal telefon tersebut. Itu lah kau, kau follow aku ke tak dekat akaun-akaun tersebut? Kolot betul kau ni. Penat aku beratur kau tahu tak sebab nak beli telefon tu, pukul 6 pagi aku dah ada depan kedai! Aku antara orang pertama dekat Malaysia ni yang dapat beli peranti mudah alih tersebut. Power kan aku?


Tak pun sebenarnya.


Aku ada teori yang berkaitan pemikiran manusia yang aku dah lama pendam. Teori ni aku panggil teori "Aku orang pertama". Teori ni selalunya betul kepada orang yang pesen mementingkan hak membanggakan diri (bragging rights?) sebagai orang pertama dalam apa-apa kejadah. Contohnya, telefon yang baru sampai Malaysia semalam tu, entah apa ke entah nama dia.


Orang macam ni adalah sangat menjengkelkan. Ye brader, kita semua tahu bahawa ada telefon baru sampai Malaysia, tapi bukan semua orang ada masa (dan duit, serta kebodohan) untuk membanggakan diri sebab jadi makhluk Tuhan kat Malaysia yang pertama yang dapat pegang telefon bimbit tu. Lagipun, selain menjadi kebanggaan, apa kelebihan lain sebenarnya bila jadi yang pertama? Telefon tu boleh buat kau terbang ke? Ada nama kau masuk dalam Buku Rekod Malaysia sebagai "Yang Pertama Memegang Ass4 di Malaysia!", ada ke? Eh dah tersebut pulak nama telefon tu. Kahkahkah. Eh padahal dalam tajuk entry pun dah tulis dah. Ass.


Teori "Aku orang pertama" ni selalunya dimiliki mereka-mereka yang gilakan pujian dan perhatian. Kalau mereka-mereka ni tak dapat pujian sebab jadi orang pertama, maka keluarlah ayat dalam perenggan pertama yang aku tulis tadi tu. Dia seolah-olah pelik, "Eh apahal kau tak puji aku sial? Aku orang pertama yang beli S4 kot, entah-entah kau tak ikuti perkembangan semasa. Tak apa, aku maafkan." Ha lebih kurang macam tu lah. Bila kau dah start puji "Peh, kau orang pertama?! Power doooooooh kau!", maka nanti akan ada tindakan susulan oleh beliau. Selalunya beliau akan bercerita pasal harga, spesifikasi dan sejarah pasal telefon tu seolah-olah orang lain tak tahu benda-benda tu padahal informasi kini di hujung jari bodoh betul rasa nak terajang tengkorak.


Susulan dari teori "Aku orang pertama" tadi, maka penjualan apa-apa benda yang baru (dan mahal) selalunya akan laku macam pisang goreng panas. Tak kisahlah benda apa-apa pun, telefon ke, tablet ke, laptop Alienware ke, kereta harga ratus-ratus ribu ke, BAJU YANG DIBUAT DARI EMAS YANG MAHAL GILA BABI YANG TENGAH KECOH SEKARANG NI ke, dan sebagainya. Bila tiba masa barang tu dah jadi common, dan dah tak jadi 'baru', maka orang-orang macam ni akan duduk diam sekejap sambil mencari-cari lagi benda baru yang mahal apa pulak yang nak keluar sambil standy di laman-laman sosial. Elok je barang tu dah lancar, maka keluarlah mereka dari sarang penyembunyian lepas tu mereka start balik, "Eh kau tahu tak aku beratur awal pagi bla bla bla".


Lagi yang tak boleh diterima akal adalah perbalahan antara geng telefon. Hahahaha. Kejadah bodoh sangat? Kau pakai je lah telefon kau tu, yang kau nak meremeh-remehkan telefon orang lain kenapa? Macamlah kampeni telefon tu abah kau yang punya. Abah kau Steve Jobs? Abah kau Samsung? Abah kau Sony? Abah kau HTC? (Aku tak tahu nama bos kampeni telefon Samsung, Sony dan HTC. Lepas tu aku sengaja tak tulis nama BlackBerry sebab entah benda la pakai BlackBerry lagi di zaman serba moden ni).


Sent from my iPhone 7ass yang I baru beli semalam eh u tak tahu ke semalam baru keluar iPhone 7ass kolot la u ni.






5 comments:

yui said...

ahahaha ko jeles lettew ko xde henpon ass4


-respon tipikal

=p

rinz raime said...

Hahah.. betul dan betul.. like your writing style.. semoga pemakan lada akan kepedasan..

PokaPola said...

Jeles gila kot, aku hanya mampu pakai iPhone sahaja.


*respon berunsurkan sarkastik dan menunjuk-nunjuk*

PokaPola said...

Terima kasih. I pun like I punya writing style.

Anonymous said...

kelakar sangat dulu lepas iphone 4, ada manusia kata dia dah order iphone 5 dari US nun. konon nak menunjuk dialah yg pertama ada iphone 5 di malaysia.

sekali lepas iphone 4 yg keluar 4s ler. tak ke rasa nak gelak guling2 dgn manusia begini. kalau cakap macamkan apple tu kompeni bapak dia. blm release kat market dia dah pakai dulu.