Saturday, March 30, 2013

Modal insan yang baik

Memandangkan sebegitu ramai yang kagum dan teruja dengan tahap kekacakan aku, maka aku akan cerita lah sedikit cerita pasal aku. Tapi sedikit sahajalah, kalau banyak nanti dikhuatiri memakan diri.


Sepertimana yang kita semua maklum, aku di masa kecil adalah amat hyperaktif. Cakap sahaja celah longkang mana di Taman Bagan, bumbung flat mana di Taman Bagan serta pokok mana di Taman Bagan yang aku tak pernah sampai. Taman Bagan adalah satu jenis taman di daerah Butterworth yang terkenal dalam melahirkan golongan kacak antaranya adalah aku sendiri.


Orang cakap budak kecil yang hyperaktif bila besar maka geniuslah ia, itu orang cakap, aku cuma sampaikan sahaja. Orang mana yang cakap aku sendiri pun tak berapa pasti, yang aku pasti, bukan setakat genius, malah kacak juga.


Selain itu, aku juga adalah seorang yang bad ass semasa kecil. Antara benda paling bad ass yang aku pernah lakukan semasa aku kecil adalah seperti tidak memulangkan buku yang dipinjam dari perpustakaan sekolah, masuk ke kelas lambat sepuluh minit bila waktu rehat sudah tamat, berwajah bengis ketika sesi cucuk BCG dan tidak ketinggalan juga ponteng kelas musik. Golongan hyperaktif yang kacak memang tidak berapa gemar mengikut peraturan yang remeh-temeh. Lagipun, buku yang aku pinjam tu bukannya hilang ke apa, cuma aku terconteng buku tu, kang kalau hantar buku yang diconteng, aku kena marah. Tak ingin aku kena marah.


Genius, kacak, bad ass. Sudah lengkap bukan ciri-ciri modal insan yang diimpi-impikan semua?

2 comments:

Hikaru Yui said...

pustakawan sekolah aku dulu... dia trace sampai ke sudah sapa yg xhantaq balik buku tu... kahkah

meg shiei said...

If only i can un-read this post