Tuesday, March 12, 2013

Perihal perut sendiri

Aku sedang lapar ni. Serupa juga dengan kereta tempatan mahupun kereta buatan luar negara yang tidak mampu berfungsi jika tiada petrol, aku juga tidak ketinggalan turut sama tidak mampu berfungsi ketika perut kosong. Namun, serupa juga dengan rata-rata insan di dunia, biarpun perut kosong, aku masih mampu memberitahu bahawa aku lapar. Aku rasa itu adalah perkara pertama yang akan dilakukan oleh semua orang, berkata "Lapar weh" di kala sedang lapar. Seolah-olah pemberitahuan tersebut bakal mengenyangkan.


Satu perkara yang jarang berlaku adalah pemberitahuan "Kenyang weh". Jika berlaku pun, ianya tidaklah sekerap "Lapar weh". Jika berlaku pun, ianya sebagai tanda hormat menolak pelawaan tuan rumah yang menjamu makanan, bukan kerana memang betul-betul kenyang, tetapi mungkin kerana perasaan malu ataupun makanan yang dijamu tidaklah seberapa.


Satu lagi perkara yang jarang, bahkan tidak mustahil untuk mustahil berlaku adalah pemberitahuan "Aku tak tahu aku lapar atau kenyang weh". Ini adalah pemberitahuan yang aku boleh kategorikan sebagai pelik dan langsung tidak masuk akal. Jika ada yang berperangai sebegini, jauhi mereka. Mungkin mereka tidak punyai akal fikiran yang waras.


Aku sekarang masih tertanya-tanya dan mungkin akan terus bertanya, apakah relevannya memberitahu perihal kelaparan atau kekenyangan perut sendiri? Sendiri punya perut, sendiri jugalah pergi makan. Takkan itu pun nak diajar? Takkan nak suruh aku suap pulak?


Inilah akibatnya jika masa yang terluang tidak tahu dengan apa hendak diisi lantas perkara yang langsung tidak memberi manfaat kepada bukan sahaja diri sendiri malah kepada komuniti dikongsi di mana-mana laman sosial.


Tapi serius aku tengah lapar ni. Dah dua kali tulis yang sedang lapar dekat blog sendiri pun aku masih juga lapar.

1 comment:

Anonymous said...

"aku ngantuk weh" kata aku sebelum berbaring di bawah meja untuk melelapkan mata ketika waktu kerja...