Tuesday, March 26, 2013

Keow teow goreng

Aku kat kedai makan ni. Kedai keow teow/mee/bihun goreng paling sedap di Perlis. Kalau dah sedap gila babi, harganya pasti mahal bukan? Bukan. Langsung tak. Keow teow goreng penuh satu pinggan siap dengan cucur udang dalam tu hanyalah RM 3.50. Tukang masak dia gemuk. Sebab tu sedap dan kuantitinya banyak untuk harga serendah itu.


Selalunya orang datang sini beli bungkus, sebab kedai dia kecil. Aku pun beli bungkus jugak ni. Sementara menunggu keow teow goreng aku siap, aku tengok orang.


Banyak pesen orang kat kedai ni. Yang paling ketara sekali adalah golongan pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Rupanya semakin kau tua semakin tahap kesabaran kau menurun. Kalau kau datang kedai makan ni kau akan ingat ada kecemasan. Sebab semua pakcik-makcik yang datang beli bungkus, semuanya kerumun tempat tukang masak. Pesen tak sabar tunggu makanan siap.


Golongan yang muda-muda sikit aku tengok rilek je duduk kat meja sambil tunggu makanan siap. Ke pakcik-makcik ni teringin nakbelajar memasak? Pelik sungguh aku.


Lepas tu tadi, masa aku tengah tunggu makanan aku, ada satu pakcik ni, pakai semat, siap tag nama kat dada, kasut kulit hitam, kumis dicukur rapi, songkok diletak muat-muat kepala sera cara berjalan yang cermat. Beliau datang ke meja aku dan bersalam dengan aku. Aku tak tahu apa motif beliau. Nak kata ahli politik, aku haram tak kenal. Entah-entah aku sudah sebegitu popular sehinggakan beliau menghormatiku?


Lagi satu pesen golongan adalah golongan yang kacak. Kat kedai makan tadi tu aku syak aku sorang je yang termasuk dalam golongan tu.


*salam semua orang*

1 comment:

smbotak said...

Dari dulu sampai sekarang, aku masih anggap perlis tempat yang rendah kos sara hidup. Sesuai untuk aku yang tak berapa gemar benda mahal...