Saturday, March 30, 2013

Stereka-i

Sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk aku menghabiskan masa dengan sewenang-wenangnya kerana seperti yang kita semua maklum, aku sedang mengalami satu fenomena yang dinamakan peperiksaan akhir. Menulis entry yang entah apa-apa entah adalah contoh yang paling sesuai dalam mencerminkan gejala membuang masa dengan sewenang-wenangnya.


Blog ini bukanlah satu jenis blog yang super popular hinggakan stesen-stesen televisen berebut-rebut mahu membuat liputan. Jauh sekali dari itu. Bahkan penulis blog ini adalah seorang yang sangat bermurah hati, rendah diri, serta tidak ketinggalan kacaknya ya Allah hanya Tuhan sahaja yang tahu.


Bercakap pasal rendah diri, ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku yang amat luas ini. Adakah dengan mengaku bahawa diri kau seorang yang rendah diri adalah satu perbuatan meninggi diri? Dengan mengeluarkan ayat berbunyi "Aku ni rendah diri orangnya.", adakah kau dengan secara otomatik dan separa sedar telah meninggi diri? Adakah? ADAKAH?! Kau ni bisu ke sampai aku tanya pun tak jawab?!


Serupa juga dengan gejala mengaku bahawa kau itu adalah seorang yang tidak riak. Adakah perbuatan mengaku tidak riak itu sendiri sebenarnya adalah perbuatan riak dan takkabur serta dilaknat wahai sedara sedari sekalian? Tidakkah?! TIDAKKAH?! Ha kau jangan buat aku marah, aku terajang nanti. Aku ni bukan nak sangat terajang-terajang orang tapi kalau dah aku tanya dan tak ada yang nak jawab, hai terketar-ketar juga batang kaki aku ni nak terajang.


Serupa juga dengan perbuatan menulis di dinding bangunan dengan ayat "Jangan conteng kat dinding la mangkuk!". Kenapa ada yang sanggup bertindak sedemikian rupa? Kemana perginya akal fikiran yang dikurniakan oleh Tuhan? Kemana? KEMANA? Aku nak marah lagi ni, nasib baik kali ni aku dah pandai kawal kemarahan aku jadi aku tak berapa jadi nak marah.


Poen saya yang kelima tuan-puan serta hadirin-akhirat sekalian, siapakah yang mula-mula mencipta ayat "Aku ni bukan nak mengumpat cek jah oi, tapi cube kau tengok sipolan tu? Ade ke patut bla bla ade ke patut bla bla muka serupa beruk bla bla badan serupa tong gas bla bla.". Siapa yang mulakan? SIAPA? Rilek aku tak marah, aku dah pandai kawal dah. Tapi siapa? Geram pula aku bila aku tanya banyak-banyak kali tak ada orang nak jawab ni. Itu kan dah namanya mengumpat? Tapi tu lah, bukankah perbuatan mengherdik di belakang sang pengumpat itu sendiri adalah perbuatan mengumpat? AH-HAH!


Nampak gayanya masa mencemburui kita, bukan setakat kita sahaja, malah di mana-mana acara, masa sering cemburu. Jangan bimbang, kerana seperti juga mana-mana acara, aku berjanji kita akan bertemu di hari yang sama! Waktu yang sama! Serta saluran yang sama!


Aku rasa macam nak marah balik ni!

1 comment:

yui said...

bukan nak kata la kan... tapi __________________.

Ini ialah template untuk justify mengumpat supaya xdikira mengumpat di mata manusia.