Memandangkan sebegitu ramai yang kagum dan teruja dengan tahap kekacakan aku, maka aku akan cerita lah sedikit cerita pasal aku. Tapi sedikit sahajalah, kalau banyak nanti dikhuatiri memakan diri.
Sepertimana yang kita semua maklum, aku di masa kecil adalah amat hyperaktif. Cakap sahaja celah longkang mana di Taman Bagan, bumbung flat mana di Taman Bagan serta pokok mana di Taman Bagan yang aku tak pernah sampai. Taman Bagan adalah satu jenis taman di daerah Butterworth yang terkenal dalam melahirkan golongan kacak antaranya adalah aku sendiri.
Orang cakap budak kecil yang hyperaktif bila besar maka geniuslah ia, itu orang cakap, aku cuma sampaikan sahaja. Orang mana yang cakap aku sendiri pun tak berapa pasti, yang aku pasti, bukan setakat genius, malah kacak juga.
Selain itu, aku juga adalah seorang yang bad ass semasa kecil. Antara benda paling bad ass yang aku pernah lakukan semasa aku kecil adalah seperti tidak memulangkan buku yang dipinjam dari perpustakaan sekolah, masuk ke kelas lambat sepuluh minit bila waktu rehat sudah tamat, berwajah bengis ketika sesi cucuk BCG dan tidak ketinggalan juga ponteng kelas musik. Golongan hyperaktif yang kacak memang tidak berapa gemar mengikut peraturan yang remeh-temeh. Lagipun, buku yang aku pinjam tu bukannya hilang ke apa, cuma aku terconteng buku tu, kang kalau hantar buku yang diconteng, aku kena marah. Tak ingin aku kena marah.
Genius, kacak, bad ass. Sudah lengkap bukan ciri-ciri modal insan yang diimpi-impikan semua?
Saturday, March 30, 2013
Stereka-i
Sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk aku menghabiskan masa dengan sewenang-wenangnya kerana seperti yang kita semua maklum, aku sedang mengalami satu fenomena yang dinamakan peperiksaan akhir. Menulis entry yang entah apa-apa entah adalah contoh yang paling sesuai dalam mencerminkan gejala membuang masa dengan sewenang-wenangnya.
Blog ini bukanlah satu jenis blog yang super popular hinggakan stesen-stesen televisen berebut-rebut mahu membuat liputan. Jauh sekali dari itu. Bahkan penulis blog ini adalah seorang yang sangat bermurah hati, rendah diri, serta tidak ketinggalan kacaknya ya Allah hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Bercakap pasal rendah diri, ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku yang amat luas ini. Adakah dengan mengaku bahawa diri kau seorang yang rendah diri adalah satu perbuatan meninggi diri? Dengan mengeluarkan ayat berbunyi "Aku ni rendah diri orangnya.", adakah kau dengan secara otomatik dan separa sedar telah meninggi diri? Adakah? ADAKAH?! Kau ni bisu ke sampai aku tanya pun tak jawab?!
Serupa juga dengan gejala mengaku bahawa kau itu adalah seorang yang tidak riak. Adakah perbuatan mengaku tidak riak itu sendiri sebenarnya adalah perbuatan riak dan takkabur serta dilaknat wahai sedara sedari sekalian? Tidakkah?! TIDAKKAH?! Ha kau jangan buat aku marah, aku terajang nanti. Aku ni bukan nak sangat terajang-terajang orang tapi kalau dah aku tanya dan tak ada yang nak jawab, hai terketar-ketar juga batang kaki aku ni nak terajang.
Serupa juga dengan perbuatan menulis di dinding bangunan dengan ayat "Jangan conteng kat dinding la mangkuk!". Kenapa ada yang sanggup bertindak sedemikian rupa? Kemana perginya akal fikiran yang dikurniakan oleh Tuhan? Kemana? KEMANA? Aku nak marah lagi ni, nasib baik kali ni aku dah pandai kawal kemarahan aku jadi aku tak berapa jadi nak marah.
Poen saya yang kelima tuan-puan serta hadirin-akhirat sekalian, siapakah yang mula-mula mencipta ayat "Aku ni bukan nak mengumpat cek jah oi, tapi cube kau tengok sipolan tu? Ade ke patut bla bla ade ke patut bla bla muka serupa beruk bla bla badan serupa tong gas bla bla.". Siapa yang mulakan? SIAPA? Rilek aku tak marah, aku dah pandai kawal dah. Tapi siapa? Geram pula aku bila aku tanya banyak-banyak kali tak ada orang nak jawab ni. Itu kan dah namanya mengumpat? Tapi tu lah, bukankah perbuatan mengherdik di belakang sang pengumpat itu sendiri adalah perbuatan mengumpat? AH-HAH!
Nampak gayanya masa mencemburui kita, bukan setakat kita sahaja, malah di mana-mana acara, masa sering cemburu. Jangan bimbang, kerana seperti juga mana-mana acara, aku berjanji kita akan bertemu di hari yang sama! Waktu yang sama! Serta saluran yang sama!
Aku rasa macam nak marah balik ni!

Tuesday, March 26, 2013
Keow teow goreng
Aku kat kedai makan ni. Kedai keow teow/mee/bihun goreng paling sedap di Perlis. Kalau dah sedap gila babi, harganya pasti mahal bukan? Bukan. Langsung tak. Keow teow goreng penuh satu pinggan siap dengan cucur udang dalam tu hanyalah RM 3.50. Tukang masak dia gemuk. Sebab tu sedap dan kuantitinya banyak untuk harga serendah itu.
Selalunya orang datang sini beli bungkus, sebab kedai dia kecil. Aku pun beli bungkus jugak ni. Sementara menunggu keow teow goreng aku siap, aku tengok orang.
Banyak pesen orang kat kedai ni. Yang paling ketara sekali adalah golongan pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Rupanya semakin kau tua semakin tahap kesabaran kau menurun. Kalau kau datang kedai makan ni kau akan ingat ada kecemasan. Sebab semua pakcik-makcik yang datang beli bungkus, semuanya kerumun tempat tukang masak. Pesen tak sabar tunggu makanan siap.
Golongan yang muda-muda sikit aku tengok rilek je duduk kat meja sambil tunggu makanan siap. Ke pakcik-makcik ni teringin nakbelajar memasak? Pelik sungguh aku.
Lepas tu tadi, masa aku tengah tunggu makanan aku, ada satu pakcik ni, pakai semat, siap tag nama kat dada, kasut kulit hitam, kumis dicukur rapi, songkok diletak muat-muat kepala sera cara berjalan yang cermat. Beliau datang ke meja aku dan bersalam dengan aku. Aku tak tahu apa motif beliau. Nak kata ahli politik, aku haram tak kenal. Entah-entah aku sudah sebegitu popular sehinggakan beliau menghormatiku?
Lagi satu pesen golongan adalah golongan yang kacak. Kat kedai makan tadi tu aku syak aku sorang je yang termasuk dalam golongan tu.
*salam semua orang*

Friday, March 15, 2013
Enjit-enjit semut
Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas.
Siapa yang tidak pernah dengar akan ungkapan di atas? Kalau kau cakap ya aku tak pernah dengar ungkapan di atas maknanya kau penipu. Tak takut ke menipu? Orang cakap siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama-lama mencuri. Ada juga yang berbohong semata-mata mahu mencuri hati mana-mana lelaki/perempuan yang diminati.
Berbalik kepada kisah semut tadi.
Tahukah anda maksud sebenar disebalik enjit-enjit semut siapa sakit naik atas tersebut? Aku tahu. Sebab aku kacak. Kalau kau tak kacak, memanglah kau tak tahu macam yang aku tahu.
Lagu enjit-enjit semut ini sebenarnya sudah pun popular semenjak zaman nenek moyang kita lagi. Pada zaman tersebut, klinik serta hospital adalah ibarat pakaian dalam di malam pertama, jarang. Jadi segala jenis penyakit adalah ibarat rasuah di Malaysia, banyak.
Pesakit yang sakit selalunya akan dikunjungi oleh sahabat handai dari kampung-kampung bersebelahan mahupun dari mukim yang bersebelahan. Jadi setiap kali dikunjungi, sahabat handai akan cuba menteteramkan pesakit ini dengan lagu enjit-enjit semut.
Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas. Enjit-enjit semut, siapa sakit 'naik atas'. NAIK ATAS.
Kau faham ke tak ni? Generasi dulukala suka berpuisi dan bercakap double meaning. NAIK ATAS yang dimaksudkan adalah PERGI MENINGGAL sebab kau sakit dan kampung kita mana klinik mahupun tabib yang power dan kau adalah satu liabiliti kepada kampung kita sebab bila sakit kau tak produktif kerja menghabiskan bekalan beras kampung sahaja.
Cerita ini adalah cerita betul. Baru je aku reka tadi. Kau tak percaya sudah, macam aku peduli pulak. Lagipun manalah tahu, kalau aku bohong, aku dapat curi hati kau satu hari nanti sebab siakap senohong gelama ikan duri aku cakap bohong lama-lama aku curi.
Enjit-enjit semut, siapa sakit naik atas dah tak berapa relevan sekarang sebab dah banyak klinik dan hospital.

Tuesday, March 12, 2013
Perihal perut sendiri
Aku sedang lapar ni. Serupa juga dengan kereta tempatan mahupun kereta buatan luar negara yang tidak mampu berfungsi jika tiada petrol, aku juga tidak ketinggalan turut sama tidak mampu berfungsi ketika perut kosong. Namun, serupa juga dengan rata-rata insan di dunia, biarpun perut kosong, aku masih mampu memberitahu bahawa aku lapar. Aku rasa itu adalah perkara pertama yang akan dilakukan oleh semua orang, berkata "Lapar weh" di kala sedang lapar. Seolah-olah pemberitahuan tersebut bakal mengenyangkan.
Satu perkara yang jarang berlaku adalah pemberitahuan "Kenyang weh". Jika berlaku pun, ianya tidaklah sekerap "Lapar weh". Jika berlaku pun, ianya sebagai tanda hormat menolak pelawaan tuan rumah yang menjamu makanan, bukan kerana memang betul-betul kenyang, tetapi mungkin kerana perasaan malu ataupun makanan yang dijamu tidaklah seberapa.
Satu lagi perkara yang jarang, bahkan tidak mustahil untuk mustahil berlaku adalah pemberitahuan "Aku tak tahu aku lapar atau kenyang weh". Ini adalah pemberitahuan yang aku boleh kategorikan sebagai pelik dan langsung tidak masuk akal. Jika ada yang berperangai sebegini, jauhi mereka. Mungkin mereka tidak punyai akal fikiran yang waras.
Aku sekarang masih tertanya-tanya dan mungkin akan terus bertanya, apakah relevannya memberitahu perihal kelaparan atau kekenyangan perut sendiri? Sendiri punya perut, sendiri jugalah pergi makan. Takkan itu pun nak diajar? Takkan nak suruh aku suap pulak?
Inilah akibatnya jika masa yang terluang tidak tahu dengan apa hendak diisi lantas perkara yang langsung tidak memberi manfaat kepada bukan sahaja diri sendiri malah kepada komuniti dikongsi di mana-mana laman sosial.
Tapi serius aku tengah lapar ni. Dah dua kali tulis yang sedang lapar dekat blog sendiri pun aku masih juga lapar.

Wednesday, March 6, 2013
Berdoa di Facebook
Hai. Salam kesedihan serta salam kebimbangan. Sekarang bukan lagi masa untuk melaungkan salam hormat atau bersalam-salaman kerana sepertimana yang begitu kecoh dan heboh sekarang, negara kita dilanda puak luar yang jahatnya ya ampun. Jadi mari bersedih dan bimbang. Tapi jangan panik, teruskan dengan hidup dengan normal umpamanya bergambar di dalam tandas atau pun pakai seluar londeh-londeh.
Sedar tak sedar ye tuan-puan, di kala ada sesuatu yang berlaku baik di dalam atau di luar negara, laman sosial pastinya laman yang bakal hangat dengan perbincangan, makian, kutukan serta puji-pujian. Aku juga tidak ketinggalan berbincang, memaki, mengutuk dan memuji sesetengah pihak bila ini berlaku. Al-maklumlah, biarpun sebegitu kacak, jangan dilupa tuan-puan bahawa aku masih insan biasa.
Cuma aku tertanya-tanya juga. Adakah wajib bagi kita orang Malaysia untuk menulis status berkaitan isu semasa di laman-laman sosial setiap masa berlakunya apa-apa kejadian?
Sebagai contoh. Petang tadi semasa aku sedang melayari sebuah laman sosial yang bernama Facebook, aku terlihat, dan aku tergamam, serta aku tergelak kecil, apabila ada satu atlet Malaysia yang namanya tidak perlulah ditulis di sini, memohon dengan bersungguh-sungguh supaya semua umat Malaysia mendoakan agar keadaan di Sabah kembali normal dengan kadar segera.
Itu bagus. Namun ada serangkap ayat yang menggamit aku untuk maki beliau sikit. Ayat beliau berbunyi lebih kurang begini :
"Rakyat kt Sabah brtarung nyawa utk slamatkn diri drpd penceroboh tp rakyat kt semenanjung sini xabes2 dgn 'goal..bola..MU..'..bknnya nak berdoa utk keselamatan sabah..brtimbang rasa laa sikit,xkn nk tggu diri sndiri ditimpa musibah bru nk berdoa????" -atlet.
Ya tuan-puan sekalian, adakah kau juga tergamit mahu ketawa? Bukan ketawakan soal isu di Sabah nun di sana. Cuma ketawakan ayat beliau yang terakhir. Takkan nak tunggu diri sendiri ditimpa musibah baru nak berdoa katanya.
Semenjak bilakah laman sosial berubah menjadi pusat kegiatan berdoa? Cuba beritahu aku sikit. Kalau betul lah begitu kiranya, maknanya aku jarang gila babi lah berdoa sebab tak pernah aku tulis status di Facebook berbunyi "Aku berdoa..". Kalau macam tu, mak aku, abah aku, mak kau, abah kau, mak jiran kau, abah jiran kau serta mak-mak dan abah-abah yang lain juga aku kira tidak pernah berdoa. Tak malu ke tak berdoa?
Aku faham, di kala situasi sebegini, umpama juga situasi di Palestin, bila suasana tengah hangat, semua mahu berlagak ustaz dan ustazah di laman sosial tak lupa juga yang berlagak orang kuat kerajaan serta orang kuat pembangkang di mana-mana laman sosial. Itu aku faham. Tetapi, janganlah pula ku pergi bantai golongan yang kau tuduh secara membabi-bita 'tidak berdoa' serta 'tidak kisah' akan situasi yang berlaku. Itu bangang serta bahalol samdol unta namanya.
Nak buat berdoa di laman sosial, berdoalah. Orang lain masih ada hidup sendiri, masih ada yang menonton bola sepak walaupun situasi di Sabah begitu tegang sekarang. Tak salah aku kira kalau nak tulis apa-apa pun di mana-mana laman sosial sekarang. Macam yang aku tengah tulis blog ni. Walaupun aku tak tulis pasal 'mari mendoakan...' situasi di Sabah, kau tahu ke tak betapa bimbang dan runsingnya aku sekarang ni? Aku pasti ramai juga yang macam aku. Sambil terlentang tengok TV pun aku boleh berdoa juga bukan?
Sekian sahaja makian saya kepada atlet buta perut tersebut. Jika ada orang Sabah yang membaca, aku doakan selamat maju jaya, jangan mahu jadi hero, serahkan kepada pihak berkuasa menangani masalah ini. Aku dengar Jumaat ini ada aktiviti meletak bunga di hadapan kedutaan Filipina di Malaysia bagi mengingati mereka yang terkorban. Siapa-siapa yang free tu pergi lah sokong. Bukannya protes, cuma sebagai tanda keamanan serta tribute kepada pahlawan negara.

Friday, March 1, 2013
Temuramah yang tak ramah langsung
Hangat sebenarnya isu Lahad Datu sekarang ni. Sudah berminggu berita ini hanya suam-suam kuku. Tapi bila berlaku pertumpahan darah, baru berita sebegini menjadi hangat. Ingat. Bukannya sehangat asmara.
Aku sudah lama memerhati perangai ruangan berita di Malaysia. Berita di kala ada kematian ahli keluarga.
Aku sampai sekarang tak faham apa fungsinya kau temuramah ahli keluarga si mati? Sebab setiap kali jawapan dari mereka pasti sama "Saya sedih". Tak pernah lagi aku tengok orang yang kematian ahli keluarga melompat-lompat kegirangan dan pabila ditemuramah beliau akan menjawab "Saya heppiiiii!". Pernah?
Macam tadi. Berita pasal polis meninggal kat Lahad Datu tu. Dah kenapa kau pergi temuramah anak arwah yang tak silap aku baru berumur empat tahun? Budak tu, definisi 'mati' pun entah beliau tahu entahkan tidak. Yang kau sibuk pergi tanya "Ayah mana? Ayah mana?"
Kot-kot lah ada yang berkerja sebagai wartawan ke, pemburita ke, tak pun yang ambil jurusan berkaitan, cuba terang sikit kepada aku yang mungkin jahil ni, apa fungsi kau temuramah keluarga si mati?
Supaya kita dapat mendalami perasaan mereka yang kehilangan ahli keluarga? Atau bagi tukang berita, prinsip 'di mana ada berita, di situ perlu ada temuramah'?

Subscribe to:
Posts (Atom)